CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: girlwearsgucci

hujan petang

[Copy link]
Post time 9-10-2011 01:51 PM | Show all posts
ap da jdi ney??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2011 09:25 AM | Show all posts
slow sangat lah afiq nie :p
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2011 12:23 AM | Show all posts
#24 rainbow


Kata orang lepas hujan mesti ada pelangi.

And for me, the tragedy between Syakir and I always felt like raining heavily in the middle of a great summer.

Until Afiq came in my life.

He’s the rainbow.

But pelangi tak pernah kekal lama.

Does Afiq have to be like that too?

Dua minggu lagi masing-masing dah nak bertolak ke U. Afiq still thinks that I am going to UniS.

Setiap hari dia text aku tanya persiapan semua. Kadang-kadang dia call.

Dia tak cakap pasal denda tu dah.

Walaupun kami berbual macam biasa, hakikatnya ada feeling awkward.

Bukan awkward.

Tapi frustrated.

“ Temankan aku pergi beli barang esok.” Afiq tanya time dia call aku satu malam tu.

Aku terdiam.

“ Okay.” Jawab tanpa berfikir.

“ Okay. Aku pergi amik kau.”

“ Tak payahlah. Aku pergi sana je.”

“ Hmmm...”

Afiq tak melawan lagi.

Afiq is not Afiq anymore.

Tengah hari tu aku sarung blaus kotak-kotak, jeans, tudung malas dan sling bag. Aku drive sampai shopping complex.

Sengaja keluar awal in case kena round cari parking.

Ada banyak parking kosong rupanya. Aku tengok jam.

Still early.


Message masuk.

‘ Aku ada kat McD.’

Keluar kereta. Lock. Dan terus jalan ke entrance.

Jantung beating macam lepas marathon.

Sampai McD, tried to find a familiar face.

Afiq lambai-lambai.

Bila berjumpa masing-masing blur. Masing-masing tak tahu nak  buat apa.

Aku senyum. Dia sengih sambil garu kepala.

“ Nak makan dulu ke?” Afiq tanya.

“ Kau lapar ke? Kalau lapar makan jela. Aku kenyang lagi.”

Afiq terangguk-angguk. “ Kalau macam tu kita round dulu nak?”

Aku angguk je.

Aku perasan yang Afiq tak nak pandang wajah aku pun.

Kami jalan-jalan. Agak renggang.

Diam.

“ Nak beli apa sebenarnya ni?” Aku tanya.

Dia toleh tengok aku tapi muka blank.

“ Apa?” Afiq dekatkan telinga dengan muka aku.

“ Nak beli apa?” Tone aku lain sedikit.

“ Erm... Ingat nak beli kasut and some shirts.”

“ Okay.” Aku ikut je.

Aku ikut Afiq masuk kedai kasut. Dia belek kasut lelaki. Aku pergi area kasut perempuan.

“ Ada yang berkenan ke?” Afiq tanya.

Aku senyum. “ Aku tengok je.” Aku letak balik sandal purple yang aku belek.

“ Kalau berkenan ambik je. Aku bayarkan.” Nada suara Afiq lembut.

Aku geleng. “ Tak pe. Beli kasut kau tu.”

Aku tolong Afiq buat pilihan warna kasut yang sesuai. Beli sandal lelaki dan kasut bertutup.

Jalan lagi tanpa sembang apa-apa.

Masing-masing jeling je.

It’s too normal.

I miss the old arguing Afiq.

The old teasing Afiq.

The always-laughing Afiq.

Sampai area kemeja lelaki, again I helped him to choose the right colour and pattern.

Tak banyak conversation yang berlaku.

“ Kau tak nak beli apa-apa ke?” Afiq tanya bila dah habis beli barang. It only took an hour.

“ Aku dah beli semua barang dah.” Aku jawab sambil senyum kecil.

The truth is that I really hoped that Afiq will not say let’s go home.

Aku tahu ni the last time nak jumpa dia before masing-masing masuk U.

“ Nak tengok wayang?”

“ Okay.” Aku setuju lagi. Tak ada bantahan.

Jalan pergi cinema.

Afiq belikan tiket wayang and some Cokes and popcorn. Aku tak bantah dia nak bayarkan semua.

Masuk panggung je terus duduk dekat. Satu line kosong. Kami dua je.

Still tak ada sembang apa-apa sedangkan cerita belum mula.

Suddenly datang satu group lelaki dan duduk dekat line kami. Sorang laki botak duduk sebelah aku.

He stinks. Bau rokok.

Lelaki tu macam himpit ke arah aku. Bahu terkena Afiq time betulkan duduk aku.

“ Kenapa?” Afiq bisik.

“ Laki tu.” Aku bisik balik dan muncungkan mulut sambil pandang dia. Hopefully laki botak tak perasan.

“ Kita switch tempat duduk.” Afiq bagi arahan.

Aku bangun dan kami switch tempat. Mujur Afiq duduk tempat hujung.

Group lelaki bising-bising sikit.

Settle tengok wayang Afiq ajak pergi makan.

“Hari ni banyak okay eh?”

Aku pandang Afiq yang tengah senyum. Tapi senyuman dia tak macam selalu.

Senyum dalam sedih.

“ Meaning?”

“ Aku tanya je, kau okay. Selalunya kan kau bantah je.”

Aku tergelak kecil.

Then masing-masing diam.

“ Reni?” Afiq pandang aku bila dah sampai kat kereta aku.

Aku pandang muka dia.

“ Hmmm?”

“ Maaflah tak ada hadiah hari ni.”

Aku senyum. “ It’s okay. ReFi je dah cukup.”

“ Take a good care of ReFi okay?”

Or you’re planning to say take a good care of yourself?

“ Good luck Reni. Textlah aku bila free.”

“ Sure.” Aku angguk.

Habuk dah datang masuk mata.

Staring at each other, than terus masuk kereta. Afiq turned and walked away.

I’m going to miss the rainbow.

I know it’ll come again.

No.

I’m pretty sure it’ll come again.

One fine day.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 11:53 AM | Show all posts
Tq.....next.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2011 01:36 AM | Show all posts
#25 lucky?

Being a medical student is not something you should proud of.

There’s thousands of future doctors in Malaysia alone, oversea and local graduates.

Minggu pertama dekat UniX dah kena brainwash.

Medical.

Satu bidang yang susah.

Lagipun ada ke benda yang senang dan mudah?

None.

Disebabkan time orientasi aku banyak duduk dalam dewan dan dataran, aku still tak kenal banyak student kuliah aku.

Roommate aku student biomed.

She’s easygoing. Talkative. And baik.

Her name’s Zeera.

Time orientasi kitorang dibahagikan ikut group, and there are 5 guys in my group.

But one of the guys attracts me.

“ Cool kan Daniel tu?” Zeera bisik kat aku time kitorang duduk dalam group.

“ Dia pendiam la.”

“ Tak. Dia cool.”

“ Kalau macam tu, lelaki hot talkative la?”

Zeera sengih. Aku rasa dia belum sesuaikan lagi dengan diri aku yang sarcastic.

Yep. Dalia meninggalkan kesan buruk kat aku.

But this guy here, Daniel memang cool.

Dan pendiam.

Apa yang aku tahu dia pun student medic.

“ Syoklah kau selalu jumpa Daniel nanti.”

Mata bergerak dalam pergerakan membulat bila dengar Zeera cakap macam tu.


I’ve tried to make a conversation with Daniel.

“ Medic eh?”

Dia angguk. Tengok aku macam aku ni nak terkam dia.

“ Dari mana?” Buat muka friendly.

“ Penang.” Dan dia terus lari.

-.-“

How I really missed someone like Afiq.

Hari-hari aku ingat Afiq. Bila tengok ReFi.

Even aku pernah nampak dia time orientasi.

Halusinasi.

Buku nota yang letak atas paha terjatuh.

Terkejut.

Gosok-gosok mata.

Bila pandangan dah clear, aku pandang orang sebelah duduk aku yang tolong ambikkan buku.

“ Terima kasih.” Cover mulut in case bau air liur basi.

Daniel angguk.

“ Mengantuklah.” Aku mengeluh sambil dengar ceramah.

“ Pi lah basuh muka.”

Aku pandang Daniel pelik. But Daniel serius pandang depan.

Betul ke dia cakap dengan aku tadi?

Aku pun bangun perlahan-lahan dan pergi ke toilet.

Kena beratur jugak.

Ramai yang muka baru bangun tidur.

Aku tunggu kat luar sebab toilet crowded.

Regangkan badan.

Student lelaki baru keluar toilet lalu sebelah dan bau asap rokok.

Sempat lagi. -.-“

Tiba-tiba terpandang dua orang student lelaki yang on the way datang ke toilet.

Muka macam kenal.

Tenyeh-tenyeh mata lagi. Am not fully awake.

But still sama.

Bulatkan mata.

Salah seorang lelaki pandang aku.

Cepat-cepat pusing badan dan masuk toilet.

Dia tak nampak. Dia tak nampak. Dia tak nampak.

Dahi berpeluh.

Soalan penuh kepala otak.

Habis urusan, keluar toilet dengan selamba.

Hoping that he’s gone.

“ Hoi.”

Bila ada orang yang panggil korang dengan suara yang sangat dikenali tapi korang tak nak jumpa dia, apa yang korang buat?

Cepat-cepat lari masuk dewan balik.

Duduk je nafas termengah.

Daniel pandang pelik.

Tiba-tiba rasa vibrate.

‘ Penipu!’

Jari aku cepat je taip. ‘ Sapa yang tipu ha?’

‘ Kau cakap kau dapat UniS?’

‘ Kau cakap kau dapat UniZ?’ Reply.

‘ Aku tak suka orang forward balik message aku.’

Aku naik angin.

‘ Sila baca betul-betul. Aku tak forward message kau.’

Lima minit.

‘ Kenapa kau cakap kau dapat UniS? And don’t ask me the same question.’

Otak ligat berfikir.

‘  Kau salah dengar. Aku cakap UniX. Kenapa kau ada kat sini? ‘

Baguslah tu Reni. Menipu.

‘ Kau cakap UniS. Dan aku kat sini sebab aku dapat UniX.’

‘ Kau dapat UniZ.’ Fullstop. Bukan satu soalan. Sambung type lagi. ‘ Kenapa kau cakap kau dapat UniZ?’

‘ Sebab aku nak tengok kau dapat U mana. Kot-kot kau menipu. Oh, silap. Kau memang tipu aku.’

Ayat dia sadis.

‘  Kau tipu aku jugak ok. Kau ambik course apa?’

Dua minit dah lepas.‘ Kau bagitau dulu. Kalau kau jujur, aku pun jujur.’

Mengeluh sambil type. ‘ Medic. Kau?’

‘ We’re lucky.’ Ayat last Afiq memang mendera aku. ‘ We’re going to be in the same lecture hall.’
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2011 02:28 PM | Show all posts
alaaa ... daniel hero ke-2 ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2011 08:01 AM | Show all posts
sama2 tipu... sama2 kantoi... daniel bakal jadi orang ke3... mesti afiq jeles giler nanti...

sambung lagiiiiiiiiiii....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 10:53 AM | Show all posts
teringat kenangan kat matriks n uni.... tp xdak la kenangan becinta gini. hehehehe... the best time ever.... times flies....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2011 01:14 PM | Show all posts
#26 Distraction

I really hope that this will be my last orientation ever.

Weekend yang dinanti-nantikan.

Ramai kawan-kawan aku yang keluar pergi mall nak beli barang, but I rather stay in my room and get a good rest.

And because my room’s like hell.

Bangun agak lewat pagi, turun kafe, tapau. Makan sambil tengok movie.

My handphone vibrated.

“ Morning bebeh!”

Tengok jam tangan atas meja. Pukul 12.

“ Awal bangun.”

Dalia gelak. “ Jangan cakap macam kau bangun pukul 7 pagi okay?”

Kami share banyak cerita. Daniel part of it.

And Afiq.

She knew it since the day I saw Afiq. Aku terus text dia hari tu jugak.

“ Tak dating ke?”

“ Tak ada masa. Aku nak menternak lemak dalam bilik je.”

Dalia keep mumbling pasal senior dia yang smart dan handsome. Dalia’s type.

“ How about you?”

“ Aku tak tahu la Dalia. Mostly diorang balik esok kot. Setakat ni okay je.”

“ Bukan doktor hot ke? Tapi aku tahu lawyer lagi hot.”

Mencebik.

Tiba-tiba ada call masuk. Aku cakap kat Dalia nanti aku call lain.

Jawab call dengan muka bengang.

“ Hmm.”

“ Dah bangun? Baru nak kejut.”

Afiq gelak. Aku diam je.

“ Marah ke?”

“ Tak ah. Kenapa call?” Aku jawab acuh tak acuh.

“ Aku kat mall ni. Nak pesan apa-apa tak?”

“ Kau pergi mall dengan siapa?”

“ Dengan roommates aku la. Nak ajak girlfriend dia tidur lagi kan.”

“ Ada kau ajak aku?” Kening aku terangkat sebelah.

“ Eh, ngaku eh kau girlfriend aku?”

Afiq gelak-gelak lagi. Penyakit lama dia dah datang balik.

Reni, you’re dumb.

“ Aku tak nak pesan apa-apa. Thanks.”

“ Okay. See you later.”

Aku harap tak. Tapi macam mana pun jumpa gak. Dahlah satu DK.

Terasa bosan pulak. Thinking of finding a library to borrow some books.

Jalan sorang-sorang.

Masuk library dan terus ke fiction area.

Grab two novels of my favourite author after 30 minutes.

Ternampak seseorang tengah baca paper.

Pergi senyap-senyap.

“ Daniel.”

Dia angkat muka. Aku senyum.

“ Reni.”

He didn’t smile back, and he looked at the paper again.

“ Duduk boleh?”

Dia angguk, still mata on newspaper.

Aku duduk.

“ Tak keluar jalan-jalan ke?”

Daniel geleng.

“ Dah lunch?”

Daniel angguk.

“ Paper apa tu?”

Dia tunjuk muka depan. The Star.

Okay, aku tak tahu apa dah nak tanya.

Aku buka novel and baca.

Diam. Bunyi aircond.

Tiba-tiba bunyi kerusi. Daniel bangun.

“ Nak pergi mana?”

“ Balik.”

Daniel blah macam tu je.

Aku blur.

@#$^&&^(*(&$#&!!!

Exactly tak ada sebab nak marah, tapi Daniel tu rude sangat.

Perasan ke apa?

Tak ada mood, aku terus ke kaunter pinjaman buku.

On the way balik nampak mamat poyo tinggi perasan ada kat depan. Aku buat dek. Malas tegur.

Jalan dalam lima enam tapak di belakang Daniel.

Tiba-tiba dia pusing dan pandang aku dengan muka bengang.

Aku terkejut.

Jantung berdegub cepat, kali ni sebab terkejut.

Tak ada maknanya aku nak suka mamat ni.

Aku pandang dia dengan muka pelik.


“ Kenapa awak ikut saya?”

Suara dia keras.

“ Saya balik ikut jalan ni.” Aku buat-buat cool.

Terus jalan lintas dia.

Aku dengar tapak kasut kat belakang.

Aku tahan diri dari pandang belakang.

Tiba-tiba Rocket fills the air.

Aku kelam kabut cari handphone dalam beg.

Mamat poyo terus pintas aku.

“ Hello.”

“ Darling, jom jumpa.”

Aku tengok jam. Pukul 4.

“ Nak buat apa?”

“ Aku belikan Secret Recipe. Kita jumpa kat kafe eh. Kau blok mana?”

Kalau boleh aku tak nak bagitau Afiq aku tinggal blok mana.

“ Tak apalah Afiq. Kau makan jela.”

“ Hish, cepatlah. Kalau tak aku bagi denda lagi. Kau nak?”

Semestinya aku tak nak. Bercakap pasal denda buatkan aku kecut perut.

“ Kita jumpa Kafe P je.”Aku jawab jugak.

“ Okay.”

Sampai Kafe P nampak Daniel duduk dengan kotak Secret Recipe. Dengan KFC sekali.

“ Sayang.”

Afiq bangun dan panggil agak kuat.

Orang meja sebelah pandang aku pelik.

“ Afiq. Kau beli apa banyak-banyak ni?”

Aku kuatkan perkataan ‘kau’.

“ Mana ada. Saja nak makan sama-sama dengan kau.”

Afiq sengih. Aku duduk depan dia.

“ Lain kali jangan panggil aku sayang.” Aku cakap ala-ala bisik dengan dia.

“ Okay, sayang.”

Afiq senyum.

Orang meja sebelah dah start bergosip sesama sendiri.

I’m screwed.

“ Makan kek dululah.”

Ada satu kotak kecil je. Bila Afiq buka dia tolak kat aku dulu dan passkan garfu plastik.

Aku makan sepotong kecil.

“ Mana kau punya?” Aku tanya bila dia tengok je aku makan.

“ Aku beli kat kau je. Aku dah makan.”

Dahi berkerut. “ Lah, makanlah sekali.”

Afiq ngangakan mulut.

Mata aku berkelip-kelip pandang dia.

Budak meja sebelah bising-bising tiba-tiba.

Aku tak respons. Afiq gelak.

“ Aku gurau je.”

Afiq keluarkan garfu lain dan potong sedikit kek tu.

Jantung aku macam nak terkeluar tadi.

“ So, since we’re in the same U...”

Ahh. Sudah.

“ Denda yang aku cakap dulu still valid la kan?”

Aku pandang tempat lain.

Terasa ada sepasang mata memandang.
Zapp.

Daniel tengah pandang aku.

Dan dia terus hilang di celah-celah orang yang tengah beratur beli makanan.

“ Reni.”

Baru tersedar Afiq tengah bercakap.

“ Boleh?”

Apa yang Afiq cakap? Dia cakap pasal denda and...

Maybe dia ajak aku couple.

“ Boleh apa?” Aku tanya balik.

“ Yang aku cakap tadi.” Afiq selamba jawab.

“ Afiq, aku harap kau lupakan je denda couple tu sebab aku tak nak...”

Afiq tengok aku dan gelak kuat.

“ Reni. Kau berangan ke apa ni? Aku tanya kau setuju tak kita buat study group nanti.”

Aku tengok dia lagi. Blur lagi.

“ Kau... bukan cakap pasal denda?”

Afiq geleng dan terus makan kek.

I shouldn’t have look at Daniel just now.

Blushing tahan malu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 01:57 PM | Show all posts
Reply 69# girlwearsgucci

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 04:15 PM | Show all posts
Main tarik tali la plk....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2011 01:23 AM | Show all posts
#27 Mix up


Dua tiga hari ni aku kerap call and text Dalia.

Satu sebab Afiq.

Dua sebab lectures medical are killing me.

And tiga sebab...

“  He looked at you like Edward Cullen usha Bella time kelas Biology?”

Aku mengeluh. “ You’re reading that Twilight novel again? For like...thousands times?”

“ Admit it Reni. Twilight is the best teenage romance novel ever.”

Aku menggeleng.

“ Okay. Okay. No more Edward Cullen. So si Daniel tu asyik usha kau?”

“ Yep. Tapi dia bukan cakap dengan aku pun. And worse, kami satu group.”

“ Bagus lah tu.”

“Apa yang bagusnya?”

“ Persaingan sihat untuk Afiq.” Dalia terkekeh.

“ Tak ada persaingan la Dalia.” Rolling eyes.

“ Maksud kau, kau memang dah bercinta dengan Afiq , or kau tak suka dua-dua?”

Aku berfikir.

“ Ada option lain tak?”

Terdengar suara Dalia menjerit hysteria. “ Kau suka dua-dua??”

“ Absurd Dalia. Aku... tak tahu.”

“ What do you mean by tak tahu?”

“ Afiq did mention denda except this last few days.”

“ And you don’t think that’s  a good thing?”

Yep. Memang the last time Afiq sebut pasal denda adalah hari yang aku makan kek dengan dia.

Aku tak faham Afiq. We walked to the DK together. Makan sama-sama. Study sama-sama, if I don’t study with the girls.

I kind of afraid dia akan berubah macam Syakir.

But there’s a difference.

Kami bukan couple pun.

“ He didn’t ask me.”

“ Yet.” Dalia sambung. “ Apa yang dia tunggu tu? Korang kan dah satu U, satu DK lagi, so..???”

“ Biarlah dia. Belum tentu I’ll accept it.” Aku mengeluh.

“ You like him, Reni.”

“ Dalia, you’re making a statement. Bukan soalan.”

“ Because it is a statement, mangkuk! Go and tell him.” Dalia dah start encourage.

Ni yang malas aku nak consult Dalia ni.

“ Enough with the Syakir’s case. Aku dah serik.”Aku terus terang.

“ Reni, Afiq and Syakir are two different man.”

“ What makes them different? They both got XY gene.”

“ Don’t talk about medical stuff with me. And Afiq jauh lebih baik dari Syakir. Relakslah Afiq’ll ask you.” Dalia guna calming voice.

Aku diam je.

“ Reni suka Afiq. Reni suka Afiq.” Dalia teasing macam budak tadika.

Aku terus hang up.

Dalia text pulak benda yang sama.

Esok ada group discussion dengan doktor, so aku tak pergi dengan Afiq sebab kami different group.

Jalan dengan Ruby and Nad pergi tutorial room.

Terserempak dengan Daniel dekat pintu.

Aku senyum. Dia senyum kecik dan terus masuk dan duduk.

Aku duduk berhadapan dengan dia. And while I’m looking at notes and doctor, aku perasan dia tengok aku.

Takkan dia tengok dinding belakang aku kan.

Balik discussion sorang-sorang sebab Ruby and Nad tinggal dekat blok lain.

Heard footsteps.

Dekat ruang pejalan kaki aku bagi ruang sikit untuk orang belakang pintas aku.

It’s Daniel.

“ Reni.”

Aku pandang dia pelik. But cuba control jugak.

Pehal dia tegur aku?

“ Zip beg tak tutup.” Dia cakap sambil tunjuk beg aku.

Dan dia terus pintas aku. Aku pusingkan beg galas ke depan badan dan tutup zip.

Aku separuh menjerit. “ Terima kasih.”

Dia jalan straight ke depan. Tak toleh belakang langsung.

Ada message masuk.

‘ Makan jom.’

Afiq lagi.

Aku jalan ke kafe P.

Sampai je dia dah siap belikan makanan dan air. My favourite.

“ Makan. Aku belanja.”

Afiq sengih.

Sepelik mana pun Afiq aku dah tak rasa pelik.

Afiq mumbling tentang something but aku asyik terfikir pasal Daniel. Kenapa dia tu perangai macam tu? Macam mana nak jadi doktor kalau cold macam tu?

“ Erm, Afiq. Kau kenal Daniel kan?”

Afiq pandang aku. “ Budak kuliah kita tu kan? Dia tua setahun dari kita. Budak Penang tu.”

Aku angguk. “ Dia memang diam je eh?”

Afiq jungkitkan bahu. “ Tak tahu. Tapi roommate dia tak pernah cakap apa pun pasal dia. Roommate dia budak sekolah aku dulu.”

Aku terangguk-angguk.


“ Kenapa?”

Aku geleng dan terus makan.

Afiq diam.

Tiba-tiba Afiq diam.

Afiq jarang diam.

Aku dah sense something.

“ Keluar pergi mall weekend ni nak?” Afiq tanya lagi tiba-tiba.

Mata bergerak-gerak berfikir. “ Tengoklah macam mana.”

Afiq diam balik.

Dan terus diam.

Tiba-tiba terfikir.

Maybe I need a mix up of Daniel dan Afiq? They both have sort of multiple personality disorder.

Mengeluh. Lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 03:10 AM | Show all posts
Ouch...Afiq & Daniel. Their personality reminds me of Jacob & Edward

Anyway, nice story. Sweet, fast & straight to the point.
Keep up the momentum girl.

p/s: page 1 ke 2 ntah ada perkataan 'Exactly'. Rasanya nak sebut 'Actually' kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2011 03:30 PM | Show all posts
Reply 73# -MiAshi-


    hehe.muet band 10 memang cam ni. apa-apa pun thanks eh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2011 03:31 PM | Show all posts
#28 Stress?



“ You’re going to camp tomorrow and baru hari ni nak bagitau aku?”

Afiq marah.

First time tengok Afiq marah.

“ It’s just a two and a half days camp.” Aku sedut jus oren dengan relaks.

Sedangkan dah kecut perut.

“ Kenapa tak bagitau pagi esok je? Tak pun masa on the way dalam bas?”

Afiq’s really mad.

Dan dia tak ada sebab untuk marah.

“ Kenapa marah ni?” aku soal balik. Cuba kawal nada suara.

“ Kat mana?” Dia tak menjawab soalan.

He always tak menjawab soalan.

“ Hutan.”

Dia diam.

“ Ramai ke pergi? Kenapa aku tak tahu pun?”

“ Satu bas jugaklah. Ada je dia buat announcement dalam DK.”

“ Kalau ada announcement, surelah aku dah tahu.”

“ Manalah aku tahu kenapa kau tak tahu.” Tahan marah.

“ Kenapa kau tak ajak aku?”

“ Kau ada join pembimbing rakan sebaya?”Soalan aku dalam nada kasar.

Afiq geleng.

“ Aku join. So ada kem. And diarahkan pergi.”

Fullstop. Masing-masing diam.

“ Just take a good care of yourself.”

Afiq bangun dan terus blah.

Aku malas pandang dia.

Dua tiga minggu ni I can say that our relationship is...

Stressed. To say the least.

Maybe sebab lecture notes yang banyak dan perlunya study most of the time,so masing-masing stress.

But Afiq tak perlu marah pun sebab benda kecik macam tu.

And we’re not even couple.

He don’t even ask me yet to be his girlfriend or anything. Dah lima bulan kat sini.

Yet he still act like he’s my boyfriend.

Plus, dia tengah ‘berkawan’ dengan seorang student nursing.

Berkawan. That’s Afiq’s term.

Student nursing tu satu aras dengan aku. Sure kenal.

Teringat masa Afiq mula-mula cerita.

“ Ada sorang student nursing text aku.”

Kening terangkat. “ Owh, ye ke?”

Mula-mula Afiq cakap menyampah dengan Amy *her real name is Amiza*. Amy selalu kacau dia. Selalu missed call bila dia tak reply message, bla bla bla.But suddenly lepas seminggu Afiq dah tak cerita apa-apa pasal Amy.

Sampailah aku jumpa Amy time basuh baju.

“ Satu kolej eh dulu dengan Afiq?”

Aku senyum dan angguk.

“ Dia baik kan?”

Uhuh?  Smells someting fishy here.

“ Macam mana kenal dia?” Aku nak umpan.

“ Selalu message. Kadang-kadang call.”

Tak tahu kenapa aku rasa macam Amy menambah cerita.

“ Mana ada aku call, dia call ada la.” Afiq jawab masa aku tanya dia dalam DK.

Entah kenapa aku rasa Afiq’s lying.
“ You’re jealous Reni.”

Penasihat cinta gelak terkekeh.

“ I’m so not good in love.”

Mengeluh.

“ Aku suruh kau confess kau tak nak.”

“ Aku tak nak jadi macam Syakir.”

“ Habis, bila dah jealous sibuk meracau macam orang tak betul?”

Dalia sudah mula ayat sarcastic.

But she got the point.

“ Okay, Reni. Kau dengar sini. Berdasarkan instinct aku, firstly dia tak nak confess maybe sebab both of you in a medical course. Lama lagi kot kau nak grad. Secondly, he probably stress right now. Yela. Kau jugak cakap kat aku. Nak study lah, pergi group discussion bagai. Dulu text aku hari-hari, sekarang seminggu sekali pun payah. “

Mencebik. Emo pulak si Dalia ni.

“ And maybe he thinks that you’re stress too. So, dia tak confess lah lagi. And reason number three...”

Dalia stop sekejap kat situ.

“ Number three?”

“ Maybe. Mungkin jelah. Dia dah suka kat orang lain. Probably that Amy yang kau cerita dekat aku.”

Aku diam.

“ So, yang mana kau rasa sebab Afiq belum confess?” Dalia tanya.

“ I don’t know why, but I don’t like reason number three.”

“ Reni, realitinya, kau dengan Afiq tak couple. Aku repeat, TAK COUPLE.”

It feels like someone slaps you on the cheek.

“ Things with Afiq are totally different when you’re with Syakir. You can’t do anything. Lainlah kalau kau nak confess jugak dekat Afiq. But since you don’t want to do that...”

“ I’ll do it.”

“ WHAT?” Dalia macam kena hysteria.

“ Aku nak bagitau Afiq.”

And esoknya aku text Afiq cakap nak jumpa dekat Kafe P.

While waiting for him, aku fikir apa yang nak cakap dekat dia. Fikir consequence kalau dia tolak.

Kalau dia tolak?

Tiba-tiba aku nampak Afiq... and Amy. Together walking to the food counter.

Aku jadi blur.

Cepat-cepat bangun dan jalan ke arah diorang. Macam tarikan magnet.

“ Reni.” Afiq muka kelat. But still senyum.

Amy selamba dan senyum.

“ Hai.” Aku senyum. Pahitnya kalah peria.

“ Beli makanan?” Afiq tanya soalan yang agak bodoh pada pendengaran aku.

“ Takkan beli basikal pulak kan?” Aku tak pasti nada suara aku macam bergurau or memerli.

Amy gelak. Afiq pura-pura gelak.

“ Aku dah makan pun. Pergi dulu eh.”

Aku terus pusing, ambil sebungkus roti dan bayar.

Malas toleh belakang.

Sejak tu tak sembang dengan Afiq, sampailah aku text dia semalam cakap aku nak ke kem nanti.

Dia terus ajak aku jumpa dia.

Lepas ditinggalkan Afiq, aku dapat call dari Presiden PRS. Katanya ada meeting.

Bergerak ke bilik meeting dengan langkah siput.

Sambil berfikir tindakan aku terhadap Afiq.

“ Aku je yang salah? Dia tak salah?”

Bercakap sorang-sorang.

“ Kau cakap dengan aku ke?”

Terkejut ada orang tegur dari belakang aku. Betul-betul belakang aku.

Dengan wajah expressionless dia tengok aku.

Bila pulak dia jalan belakang aku?

“ Tak.” Aku jawab jugak.

Dia pandang depan dan berjalan dekat dengan aku.

Aku bagi laluan untuk dia pintas aku.

But instead dia jalan beriringan dengan aku.

“ Kau nak pergi meeting jugak?” I tried to be friendly.

“ Ha’ah.” Dia tak tengok aku.

Aku jalan slow so that dia pintas aku, but dia jalan sama-sama.

Masing-masing tak cakap apa-apa.

Dalam diam berfikir, macam mana Daniel yang diam ni nak bagi nasihat dekat orang?

Tunggu lif pun masih diam.

Daniel masuk lif dulu baru aku.

Daniel tekan button 4.

Diam lagi.

Tiba-tiba lif berhenti.

Mata bergerak ke kiri dan kanan. Otak proses apa yang terjadi.

Lif tak bergerak.

Aku tengok Daniel.  Daniel tengok aku.

I think I’m going to scream.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2011 03:22 PM | Show all posts
#29 Dreaming



Lepas ni sumpah nak naik tangga je walaupun naik tingkat enam!

Aku cuba tahan diri daripada menjerit.

Daniel tekan lagi button number 4.

Lif tak jalan.

Tekan lagi.

Still tak bergerak. Aku dah cuak.

Daniel tekan-tekan banyak kali non stop.

Muka aku dah berpeluh.

Daniel is muttering. Dalam bahasa... Perancis? Ke German?

Daniel tekan button loceng. Dan cuba bercakap through the intercom.

Tak ada respons.

Aku keluarkan handphone.

Call Afiq.

“ Please leave your voicemail after...”

Aku call Zeera.

No answer.

“ Kau boleh tak call sesiapa?” Aku tanya Daniel.

“ Aku tak bawak phone.” Daniel jawab dengan nada relaks but muka dia berkerut.

He kept clicking the button 4, then he kept clicking the bell button.

Dia mengeluh berat.

I don’t want to be stuck in the elevator WITH HIM!

Duduk bertinggung.

Daniel click the button again dan bercakap through intercom.

Alhamdulillah ada orang respons.

But it takes time untuk orang datang dan baiki lif.

Aku pandang sekeliling lif. Daniel still berdiri. Tak pandang aku. Dia menghadap pintu.

And he was staring at it.

As if the elevator door could open.

Aku tergelak.

Dia pandang aku.

Aku buat muka serius.

“ Kau patutnya takut terperangkap dalam lif ni dengan lelaki.”

Okay. Poyo. Saja nak takutkan aku kan?

“ And you should feel scared to be trap with a girl like me.”

Dia tengok-tengok aku dengan pandangan pelik.

Berani dekat? I’ll kick your balls.



“Hish. Panaslah.”

Aku mengeluh.

Daniel still diam.

Okay. I’m talking to the walls. You don’t have to say a thing.

Fortunately, tak ambil masa yang lama untuk terperangkap dalam lif.

Lagipun it is so annoying to be trap ALONE, consider Daniel as one the elevator’s wall.

Sampai bilik meeting aku cuba senyum.

Daniel ikut belakang.

“ Harap lepas ni sila datang meeting baru dating okay?”

Pengarah PRS sempat perli.

Lepas 2 jam semua orang terus balik.

Tengok jam, pukul 6 petang. Padanlah aku exhausted gila.

Baju belum packing lagi. Nota berlambak atas meja.

Aku jenguk handphone. Afiq tak call balik.

Merajuk dia datang lagi lah tu.

Tak pun tengah date dengan Amy.

Whatever. I shouldn’t be concern about that.

Betul cakap Dalia.

Kami bukan couple pun.

Tarik nafas, tahan, hembus kuat-kuat.

Terdengar ada orang di belakang mendengus. Aku cepat toleh.

As expected.

Did he laughed just now?

Aku pandang dia dengan mata kecik. Dia pandang aku balik dengan muka blur.

Aku pandang depan balik.

Muka rasa panas. Shoot!

Dia tak pintas aku hari tu.

Malam tu lepas packing terus tidur.

Esok pagi terjaga sebab Zeera kejutkan.

Pukul 7.30 aku turun breakfast. Nampak Daniel breakfast.

Aku beli makanan dan pergi dekat dia. Segan pulak makan sorang-sorang.

“ Nak duduk?”

Dia angguk sambil kunyah makanan.

Sunyi. Bunyi sudu berlaga dengan pinggan plastic je.

Kadang-kadang aku jeling dia. Kadang-kadang mata kami bertembung.

But still, speechless.

“ Reni.”

Aku kenal suara yang tegur aku.

Aku pusing dan nampak Afiq. Dan Amy.

Kasut sukan. Oh, jogging...

Control mimik muka.

“ Daniel.” Nada suara Afiq lain.

Daniel angkat tangan.

“ Nak pergi mana ni Reni?” Amy tanya.

“ Camping.” Mata aku pandang Afiq, then pandang Amy. Senyum.

“ Owh, selamat bercamping ye.” Amy wish kat aku.

Afiq diam je dan terus pergi macam tu je. Amy ikut dari belakang.

Tiba-tiba aku hilang selera makan. Mee goreng ada setengah pinggan lagi.

“ Boyfriend?”

Aku tak sangka Daniel akan tanya soalan macam tu.

Aku geleng.

Daniel tak tanya lagi dah.

Naik bas aku duduk sebelah student nursing. Great!

Dia agak peramah. Tanya aku tinggal blok mana semua.

“ Satu aras dengan Amiza eh?”

Aku angguk. Agak pelik di situ bila orang panggil nama penuh dia.

“ Dia sekarang dengan budak medic.”

Aku tak tahu kenapa perkara tu dibangkitkan. Dan ayat Ika bukanlah satu pertanyaan.

“ Eh, batch awaklah pakwe dia tu rasanya.”

Aku buat muka tak tahu. Tapi dalam hati dah macam lava gunung berapi aktif.

“ Kenal Afiq?”

Aku angguk dan senyum. But senyuman aku tak kekal lama, so aku pura-pura renung skrin handphone.

“ Mula-mula cam kitorang tak percaya dia date dengan budak medic. Dah nampak mata sendiri barulah percaya.”

Well, honestly Ika looks like a type yang suka gossip.

“ Macam mana awak kenal Afiq tu?” Ika tanya sambil kunyah kerepek pisang. Dia hulurkan kat aku.

Aku geleng. “ Satu kolej.”

Ika terangguk-angguk. “ Dia ada girlfriend kan time study kolej dulu?”

Aku jungkitkan bahu.

“ Eh, takkan tak tahu. Kan satu kolej?”

Sorry lah. I’m not the one who likes to gossip.

Ika kept mumbling, sampailah aku tertidur.

Sedar je semua orang dah galas beg.

Terus berdiri. Kepala terhantuk.

Dizzy.

Orang belakang tahan badan aku dari jatuh.

“ Cuba duduk dulu. Jangan terus bangun.”

Woah. First time aku rasa ayat Daniel panjang sedikit.

Aku cakap terima kasih. Dia angguk dan tolong aku bukakan tempat ambil bag atas seat.

Aku senyum.

First time ever, dia senyum balik kat aku. Then muka ketat balik and turun dari bas.

Aku bermimpi ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2011 10:08 PM | Show all posts
alahai..nape cam 2 plak afiq??
reni ngan daniel kew afiq??
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 08:04 PM | Show all posts
sempoi je...sambung banyak2 lagi girl
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2011 12:33 AM | Show all posts
#30 Knowing Daniel


I always sucks at camping.

Plus, I hate it.

Aku di assign untuk tidur dengan tiga orang student yang aku baru je kenal. Two of them, Ariana and Kim okay je. They helped me a lot, especially Kim sebab dia cakap dia suka camping.

But the other girl, yang dia suruh kami panggil dia Kay, ingat dia tu puteri raja kot.

“ She supposed to help us,” Kim bisik kat aku time kami tengah pasang pancang khemah. Aku mencebik dan tengok dia.

“ Boleh pulak dia pergi menggatal,” Ariana cakap kat kami.

Serentak kepala toleh tengok dia tengah sembang dengan Presiden PRS.

She’s flirting is the better word.

Sejam lepas tu Presiden PRS panggil and we’re divided into five groups. Group aku nama group kayu api sebab tugas kami cari kayu api.

What a name. But at least kami bukan group masak.

Kalau aku masak, sure semua kena diarhea.

Aku nampak Daniel under group pak guard. Diorang kena round camping site time malam.

Tengah seronok breaking the ice dengan budak group, Daniel panggil salah sorang student lelaki. Dia tak tengok aku langsung.

Diorang pergi jauh sikit dan nampak macam tengah berbincang.

Okay, Reni. Stop staring.

Aku terus sembang dengan budak group aku.

Tiba-tiba Daniel datang dan duduk.

Mata terbukak luas.

Semua orang tengok dia pelik.

Dia betulkan suara.

“ Nama saya Daniel. Medic 1. Saya tukar dengan Jason dan masuk group ni.”

Serius terperanjat. Aku tengok dia lama.

Daniel bersalam dengan Amin dan Savin.

Tiba-tiba dia pandang aku.

Mata aku berkelip.

Dia pandang bawah.

Dia senyum ke?

Okay, aku start rasa Daniel ni pelik.

“ So sekarang ni aku rasa kita better cari kayu api sekitar ni je dulu, tengok banyak mana yang ada. Jangan pergi jauh sangat ar.” Amin pesan kat kami.

Kami pergi kawasan sekitar. Aku tengok student perempuan dalam group aku pun ada dekat dengan aku. Aku start kutip ranting or dahan yang boleh pakai.

“ Yang basah tak payahlah kutip.”

Okay, bila kau tengah khusyuk kutip kayu, in the middle of jungle, bila ada orang tegur kau, sumpah kau mesti terkejut.

Kayu yang aku kumpul terjatuh.

“ Jangan buat macam tu boleh tak?” Aku marah dan kutip balik kayu api yang jatuh.

“ Sorry. Tapi takkan nak cakap, ‘buat apa tu? Kutip kayu api ke’?”

Daniel dah banyak cakap sekarang. Aku menjeling.

“ Meh tolong bawakkan kayu tu,” Daniel volunteer. Aku bagi je kat dia.

Bila masa pulak dia kat belakang aku tadi?

Aku terus jalan lagi. Dia ikut belakang aku.

Diam sambil kutip kayu.

“ Adoi!”

Aku terkejut. Pusing tengok Daniel.

He’s holding his hand. It’s bleeding.

Cepat-cepat aku pergi dekat dia.

Muka dia berkerut sambil tangan kiri dia pegang pergelangan tangan kanan.

Aku keluarkan sapu tangan dan letakkan atas tangan dia. Aku press luka tu untuk hentikan pendarahan.

Dia cepat tepis dan alihkan tangan dia jauh dari aku.“ Takpe. Aku boleh handle sendiri.”

Pegang wrist tangan yang bleeding? Macam tu nak handle diri sendiri?

“ Jangan degil boleh tak?” Aku marah dan tarik badan dia so that dia betul- betul menghadap aku.

Dia diam dan ikut je.

Aku presskan lagi sapu tangan yang bersih kat tangan dia. Dan aku lilit tapak tangan dia dan ikat dengan kemas.

“ Kena apa?” Aku tanya time lilit tangan dia.

“ Kayu tajam.”

“ Tu lah. Nama je medical student. Tapi tak tahu nak handle diri sendiri. Lain kali hati-hatilah...”

Aku pandang dia bila dah habis ikat.

He’s scrutinising me.

I’m transfixed.

“ Reni, Daniel, jom balik.” Savin melaung dari jauh.

Aku cepat-cepat jauhkan diri dan kutip kayu api tadi.

Terus jalan dan tinggalkan Daniel kat situ.

Lagi lama kat situ aku takut dia perasan aku blushing.

Dan selepas je daripada insiden tu, aku perasan yang Daniel selalu dekat dengan aku.

Like he’s following me.

Nope.

Like he’s watching me.

Nope.Nope.

Like he’s protecting me.

Yep. Protecting.

“ How’s your hand?” Aku tanya masa berjalan balik dari tapak ceramah.

“ Okay.” Dia mengangguk sambil tengok tangan dia.

“ Thanks.”

Aku senyum je. Tak tahu lah dia nampak ke tak dalam gelap ni.

Dan aku dapat tahu khemah dia tak jauh dari khemah aku.

Great. :/

Masuk khemah tak tukar baju, and siap pakai stoking and tudung takut kena panggil secara mengejut malam-malam.

Kami bersembang dalam khemah. Kay dah lama hilang, or dia tak nak sembang dengan kami.

Whatever.

“ Eh, Reni satu group dengan Daniel eh?” Tiba-tiba Ariana tanya. She insisted on calling her akak because she’s one year older than me.

“A’ah.”  Agak pelik Ariana kenal Daniel. Maybe Daniel famous sebab dia tinggi dan smart kot.

“ Daniel tu dulu satu kelas dengan akak time sekolah dulu.”

“ Ooo.” Mulut aku membulat. Tertarik dengan statement Ariana. “ Memang dia pendiam eh?”

“ Hmm... Tapi dia sebenarnya tak adalah pendiam sangat pun dulu. Cuma sejak dia frust bercinta je dia jadi macam tu.”

Kening terangkat. “ Frust bercinta?”

Ariana angguk. “ Ada dia bercinta dengan siapa entah sebelum dia seat for SPM dulu. Dia dulu talkative, macam lelaki normal yang lain lah.”

That’s a new info.

“ Girlfriend dia tinggalkan dia sebab apa?”

Aku rasa macam aku tak patut tanya soalan tu. Macam busy body gila.

Or actually aku takut dia ingat aku minat kat Daniel.

Which is so impossible. At the time being.

But instead, Ariana jawab je dengan muka slumber. “ Akak dengar sebab dia terlalu care for her girlfriend, sampai girlfriend dia rasa annoying dengan dia. Last-last girlfriend dia end up dengan kawan baik dia sendiri.”

I felt sorry for him.

“ Plus...” Ariana sambung. “ Kawan baik dia cakap yang Daniel ni mulut longkang. Bising and annoying. Though akak tak faham kenapa dia cakap macam tu, macam dia pulak girlfriend si Daniel ni. I mean they are best friend, macam mana dia boleh khianat...”

Aku tak dengar ayat last Ariana because I was thinking of him.

No wonder Daniel macam  tu.

But when a guy changed because of a girl, that means he loved her whole heartedly.

And he’s stupid too.

That night aku terfikir kenapa dia sanggup berubah sebab perempuan dan jadi paranoid macam tu.

He supposed to be smart and cool, but he prefer to be what he is now.

Dalam diam aku mengeluh. Thinking of him again.

And I think and think and think until I fell asleep...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2011 06:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by girlwearsgucci at 2-11-2011 20:48

#31 Honey and poison



Group kayu api kena bangun awal pagi cari kayu api.

Aku bangun awal dengan tudung yang senget benget.

Aku pergi toilet dengan slow, cuci muka, gosok gigi. Sejuk gila.

Lepas solat Subuh, terus berkumpul dekat bawah pokok besar.

Aku tengok Daniel dengan muka seposen dia.

Dia pandang aku.

Senyum. Sama-sama senyum.

Mata beralih ke tempat lain.

Jalan-jalan sambil tengok kiri dan kanan. Cari kayu api. Kali ni aku pegi jauh sikit sebab kawasan berdekatan dah tak ada kayu yang boleh jadi kayu api.

Tiba-tiba aku terdengar orang terbatuk.

Bulu roma meremang.

Cepat-cepat pusing.

Pandang dengan mata kecik.

“ What?” Dia tanya. Blur.

“ Kenapa kau ikut aku?”

Daniel kutip satu ranting. “ Aku kutip kayu.”

Aku tengok gerak geri dia.

“ Ranting tu basah.” Aku tunjuk kat dia ranting yang dia baru kutip.

Dia cepat-cepat lepaskan dan berdehem.

Aku pandang depan so that dia tak nampak aku nak gelak.

Tiba-tiba dari belakang terdengar macam ada benda bergerak-gerak dalam semak.

Langkah aku berhenti dan aku tengok Daniel.

Daniel pandang semak.

Kaku.

Tiba-tiba ada babi hutan tersembul dari semak.

“ Jangan bergerak.”

Babi hutan tu buat bunyi yang annoying dan babi tu bergerak sedikit.

Of course I won’t wait anymore.

Aku lari laju tanpa fikir ke mana aku nak lari.

Cuma dari belakang aku dengar Daniel is shouting too.

He said run.

Or dia menjerit macam perempuan?

“Stop! Stop!” Aku dengar Daniel cakap.

Larian aku slow. Kami dua-dua termengah-mengah.

Sunyi.

“ Kenapa...kau...lari?” Daniel tanya. He looked at me as if he’s mad or something.

“ Habis tu, takkan nak bagi babi tu sondol kot?” Aku dah nak baik angin.

Daniel tegakkan badan dan pandang aku. “ Tengok kat mana kita sekarang?”

Aku tengok sekeliling.

Uh oh.

Don’t looked into his eyes Reni.

“ Lain kali nak lari tu fikir sikit boleh?” suara Daniel dah naik daripada moderate volume.

“ Nama pun lari, mana ada masa nak fikir-fikir dah?” aku bidas.

“ Habis tu, sekarang ni kita kat mana?” Aku terkejut bila dia jerkah.

This is the first time I heard his ‘jantan’ voice, despite of the screaming just now.

“ Tak tahu.” Aku jawab perlahan.

“ What?”

“ Tak tahu.” Aku jawab kuat.

“ Sebab tulah. Lain kali guna kepala otak, bukan kepala lutut.”

Then, he’s muttering again. In French?

Amboi, ni dah melampau.

“ Eh, yang kau ikut aku pehal?” Aku tanya dia balik.

Dia diam.

“ Dah cakap nak lari pakai kepala otak kan? Kenapa tak lari je ke mana yang kau nak lari? Kenapa kau ikut aku?”

Mata berair.

Dayyuummm! Time nilah dia nak berair pun.

But you can’t do much when you’ve been scolded because you ran away from a wild boar and now you’re in the middle of you-don’t-know-where.

Setitik dah jatuh kat pipi.

Crap! Crap! Crap!

Aku pandang tempat lain dan duduk sambil peluk lutut. He’s still standing and watching some trees.

Aku tahan diri aku daripada menangis.

Tersedut air hidung.

Shaite.

“ Sorry.” Perlahan je perkataan tu.

Dia dah ada kat depan aku. Aku tak nak pandang dia.

Dan dia pun duduk sebelah aku.

Masing-masing diam.

“ Kau tahu tak.”

Ayat tu buatkan aku pusing tengok Daniel.

“ Kau macam someone yang aku kenal tapi dah lama tak jumpa.”

Daniel tersengih sorang-sorang.

Aku blur.

“ Cara kau cakap, cara kau senyum.”

Okay, Daniel macam talkative pulak hari ni dan time macam ni.

Is it his ex girlfriend?

“ Siapa?”

Daniel pandang aku. Muka dia kendur.

“ Dah habis nangis?”

Aku pandang bawah. “ Bila pulak aku nangis?”

Daniel smirking. “ Dahla. Jom balik.”

“ Macam tahu je jalan nak balik.” Aku mencebik.

“Kurang-kurang kita cuba kan?” Daniel nampak semangat gila.

He’s different.

Aku bangun.

We walked together.

Kepala Daniel bergerak-gerak. Maybe dia nak tahu denai ni ke yang kami lalu tadi.

Aku pun mencari-cari jugak. But mostly aku terpandang Daniel.

And suddenly my heart beats faster.

Don’t you dare, Reni!

“ Reni.”

Aku macam bangun tidur.

“ Ha?”

“ Kau tengok aku tadi. Nak bagitau apa?”

Aku geleng dan tengok arah lain.

Lama jugak berjalan, jumpa longgokan kayu api yang kami tinggalkan tadi.

Bila ingat balik macam kelakar pulak.



Lima minit lepas tu jumpa group aku.

“ Eh, lamanya korang cari kayu api?”


“Korang betul ke cari kayu api neh?”

Semua ketawa.

Daniel selamba. Aku blushing.

Lepas breakfast ada aktiviti dalam kumpulan.

And entah kenapa aku rasa rapat gila dengan Daniel.

Makan lunch kami duduk membulat dan aku makan menghadap Daniel.

He’s scrutinising me again.

Or aku tengah perasan?

Muka merah padam.

Lepas lunch kemas-kemas dan balik.

Balik naik bas aku duduk sorang-sorang. I don’t think I can have a chat with someone.

Tak larat pun nak buka mulut and cakap.

Bas belum bergerak dah sampai London.

Sedar je dah sampai UniX.

Turun bas sambil dalam otak plan nak sambung tidur.

Lalu kafe nak tapau makanan untuk dinner sebab dah malas turun.

“ Reni.”

Aku pusing lambat. Letih.

It’s Afiq.

“ Afiq, esok jela sembang eh, aku..”

“Kenapa tak reply text aku?” Suara Afiq kuat.

Aku terkejut. Pedulikan orang-orang yang tengah bayar makanan yang tengok kami.

Pehal Afiq emo pulak ni?

“ Ingat aku camping kat tengah bandar ke nak ada line handphone?”

Jangan uji kesabaran aku time letih.

“ I’m sorry.” Afiq mintak maaf. “ Tapi aku nak cakap dengan kau.”

Aku buat muka annoying. “ Nanti jela. Aku letih ar.”

Muka Afiq berubah. “ Penting ni, Reni. I must tell you..”

“ Aku balik dulu Afiq. Kalau kau nak cerita sangat kau text je aku. Dah bangun tidur aku baca.”

Tak pun kau pergi cari Amy.

Unfortunately tak keluar pun ayat tu.

Aku tinggalkan Afiq macam tu je.

Balik terus landing atas katil. Check handphone.

Banyak message.

Mostly from... Dalia?

Aku baca message Dalia.

“ Beb, I know you’ll feel sad...”

Apa yang Dalia cakap ni?

Bukak other messages.

“ Can you believe that? Such a bitc...”

Kenapa Dalia mencarut-carut ni?

Aku buka message yang dia hantar paling awal. Which was last night.

Panjang betul text dia.

‘ Beb, since I can’t call you, so I texted you. And you do know how I hate to type long messages? But untuk kau, aku buat je. Remember when you asked me to stalk Amy, Afiq’s scandal?’

Bila pulak aku suruh Dalia stalk Amy?

Owh, ya. Aku suruh Dalia tengok FB Amy.

Wait. She stalked her every day?

‘ Okay, I found something. Actually many things la. You know what, aku nampak Amy ni letak gambar dia and Afiq dekat FB. And caption dia, vacation with my darling, Cameron Highland. Sumpah terkejut beb. So the next few hours, aku nampak Amy tukar relationship status. In a relationship with Afiq Asyraf.’

Jantung aku rasa sentap.


‘ Beb, I can’t type anymore. I think you should call me bila dah sampai UniX. Ingat tau! Call aku. Chill k beb.’

Lupakan nak tidur.

I think I need to call Dalia.

Now.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.364753 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list