View: 3830|Reply: 7
|
Dell gagal dalam rundingan urusniaga pelayan Facebook.
[Copy link]
|
|
Sejak Facebook Inc menyatakan untuk membina dua pusat data baru, para jurutera buntu untuk memilih sistem pelayan yang dikehendaki sama ada dari Dell Inc. (DELL) atau Hewlett-Packard Co. (HPQ). Oleh yang demikian pihak Facebook Inc. membuat keputusan untuk membina sendiri sistem pelayan mengikut kehendak tersendiri sepenuhnya. Google, Facebook dan Microsoft Corp. (MSFT) juga turut menghasilkan sistem pelayan yang mengandungi komponen yang minimum untuk keperluan khusus mereka.
Projek ini telah diumumkan sebagai Open Compute Project pada 21 April 2011 oleh Facebook di mana pelayan ini menggunakan bekalan kuasa dan papan litar yang direka khusus di atas kepingan logam untuk memaksimumkan aliran udaran di samping meminimumkan jumlah kipas yang diperlukan.
Menurut Facebook, melalui inovasi ini, kecekapan pelayan dapat ditingkatkan sebanyak 38 peratus dan mengurangkan kos bangunan pusat data di Oregon sebanyak 24 peratus. Pelayan Google juga turut dihasilkan mengikut kehendak spesifikasi kompeni tersebut di mana mengurangkan perkakasan mengikut keperluan kegunaan aplikasi yang dijalankan. Pelayan tersebut dijalankan di atas sistem operasi Linux yang telah ubah suai dengan membuang kod yang tidak dikehendaki. Malah Microsoft juga turut tidak ketinggalan dalam membina pelayan sendiri di mana hal ini menimbulkan dilema bagi pemain industri pembuatan pelayan.
Pelayan Open Compute project direka bentuk khusus oleh pasukan pusat data Facebook. Kredit Foto- datacenterknowledge.com
Perniagaan Hewlett-Packard, Dell dan kompeni lain yang terbabit dalam jualan komputer & pelayan turut menyusut dalam pasaran utama oleh kerana Facebook dan Google Inc. turut menghasilkan sistem pelayan sendiri (do-it-yourself servers) di mana pelayan tersebut menyumbang sebanyak 20 peratus dalam pasaran U.S di mana menjanakan pendapatan global USD31.9 billion pada tahun lepas berkata Jeffrey Hewitt, juru analis dari Stamford, Connecticut-based Gartner Inc.
Hal ini juga menyamai keadaan pasaran jualan komputer peribadi masa kini yang turut menyusut di mana para pengguna mula beralih pada peranti tablet seperti iPad sebagai ganti, oleh yang demikian pemain idustri pembuatan komputer mula bergantung pada peningkatan urus niaga jualan pelayan. Walaubagaimanapun kini Dell and Hewlett-Packard kini bakal kehilangan pelanggan-pelanggan yang besar seperti Facebook yang memerlukan beribu pelayan di pusat data mereka.
Kredit: http://www.gombug.net/v1/BM/index.php?option=com_content&view=article&id=9:dell-gagal-dalam-rundingan-urusniaga-pelayan-facebook-&catid=2:technology-news-and-it-business-intelligence
*p/s Saje copy n paste utk dikongsikan bersama..bebuhsan memalam xleh nak tido huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# adie82
efek dia tak pasti, tapi aku gi lowyat, mintak brochure server, smua kedai kata takde. acer, HP, dell, nec, lenovo...
kena tunggu brochure dalam sokkabar the star kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply adie82
efek dia tak pasti, tapi aku gi lowyat, mintak brochure server, smua kedai kata takde. acer, HP, dell, nec, lenovo...
kena tunggu brochure dalam sokkabar the star kot...
bzzts Post at 21-9-2011 03:38
Pergh! efeknya dah sampai ke malaysia ek... so kira pengeluar sekarang gigil lah huhuhu... kalu tak salah sekarang rasanya yang war war kan nak buat server sendiri tak sampai 5 jari lagi huhuhu... sesilap independent yang sesuka buat server utk sendiri nie leh jadi competitor pengeluar server baru huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Habis bungkus lah compnay yg buat server . Tutup kedai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Facebook dengan Google pandai x beli Server dari company lain. Semua buat sendiri. Pandai2 |
|
|
|
|
|
|
|
perrgh berapa banyak boleh jimat tue |
|
|
|
|
|
|
|
kalau diorang boleh buat server sendiri, imagine diorang start selling server baru as a business, memang habis pemain server yang kisah silam dan tua, kalau nak utung lagi, kenalah upgrade research team buat server lagi canggih dan murah |
|
|
|
|
|
|
| |
|