CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 0

Elaine masih menanti

[Copy link]
Post time 10-10-2011 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Diam bukan bermakna sepiWALAUPUN menampilkan lakonan yang mantap sehingga pernah diangkat sebagai Pelakon Drama TV Wanita Terbaik, namun itu belum dapat meletakkan nama Elaine Daily sebaris dengan pelakon popular sekarang. \n\n\n\nTapi itu tidak menggusarkan Elaine. Mungkin dia berpendapat, biarlah populariti datang seiringan dengan kualiti kerja dan persembahan yang diberikan dalam setiap produksi membabitkan dirinya. \n\n\n\n\n\nLakonannya yang bertenaga dan meninggalkan kesan kepada penonton dalam drama Apa Dosaku membuatkan dia layak dipilih sebagai Pelakon Drama TV Wanita Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA2010) pada Januari lalu. Mereka yang pernah menonton drama lapan episod Satu Ketika...Apa Dosaku yang disiarkan di sebuah stesen TV pada 5 Mei lalu, pastinya tidak akan mempertikaikan kemenangan Elaine.Dalam drama itu, dia memainkan watak Sybil Kahtigasu, wanita yang didera dengan kejam kerana mempertahankan negara pada zaman Jepun. Drama itu sendiri memberi kesan peribadi kepada Elaine.Sybil bukan orang lain dalam hidup Elaine. Wanita cekal itu adalah nenek saudaranya. Bagaimanapun watak Sybil diberikan kepadanya bukan diberikan kerana mempunyai pertalian, tetapi penerbit drama itu Lina Tan langsung tidak tahu menahu mengenai hal berkenaan.\n\n\n\nSelepas siaran drama itu berakhir, nama Elaine Daily seperti kurang menonjol, ditenggelami dengan kehadiran ramai bakat baru yang silih berganti. Namun tegas pelakon berusia 34 tahun ini, peluang untuk berlakon tetap diterima, cuma mungkin publisiti yang kurang meluas menyebabkan kehadirannya dalam dunia seni seolah-olah tidak disedari. Ketika ini wajahnya boleh dilihat sebagai seorang daripada perantara program bual bicara mengenai hal berkaitan kewanitaan dan keluarga, Bella di ntv7, digandingkan dengan Daphne Iking dan Deborah Henry. “Cuma akhir-akhir ini, saya jarang menerima tawaran berlakon. Jadi saya putuskan tiada lagi lakonan buat sementara waktu dan ruang yang ada lebih banyak diisi dengan kerja mengacara. “Saya tetap menanti karya yang betul-betul mampu mencabar keupayaan lakonan. Mungkin belum tiba masanya.“Ketika ini saya baru selesai mengacara sebuah program TV realiti mengenai pencarian model terbaru di Malaysia. Program ini baru disiarkan 25 September lalu,” kata kata pemegang Ijazah Undang-Undang dari External University of London dan Sijil Amalan Guaman dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur itu.Walaupun mendakwa tidak menerima sebarang tawaran berlakon, tetapi bekas Ratu Cantik Malaysia 1999 dan 2003 itu juga sebenarnya adalah antara pelakon yang membintangi filem Hidden bersama-sama Erra Fazira dan bintang Hollywood, Christopher Atkins. Atkins pernah dikenali sebelum ini di zaman mudanya selepas bergandingan dengan aktres jelita Brooke Shields menerusi filem The Blue Lagoon pada 1980. Filem bercorak thriller itu terperap sejak empat tahun lalu dan akan mula ditayangkan di Malaysia bermula 13 Oktober depan.Hidden diarahkan Sameet Baadkhar. Seperti Erra, Elaine juga menarik nafas lega apabila filem ini akhirnya ditayangkan di panggung wayang tempatan.“Lama menanti juga. Tak sangka ia akan menemui penonton di sini tak lama lagi. Selain Hidden saya juga menanti filem Cahaya arahan Johan John.  “Filem ini sebenarnya sudah siap menjalani penggambaran dan proses suntingan. Bagaimanapun, hingga saat ini saya tidak tahu bila filem akan ditayangkan, “ katanya sambil berharap  Cahaya juga akan menemui peminat seperti Hidden.Menyentuh mengenai kehidupan peribadinya, Elaine sambil tersenyum menyatakan bahawa belum berkahwin walaupun usianya sudah lebih 30 tahun, bukanlah satu isu besar kepada dirinya. Menurutnya, sudah menjadi lumrah di kalangan mana-mana wanita, memberi keutamaan kepada kerjaya terlebih dahulu berbanding memikirkan soal peribadi.“Selepas berpisah dengan Hans Isaac, saya ada menemui pengganti lain. Namun semuanya tidak lekat dan belum takdir saya bertemu jodoh. Tak mengapalah, saya gembira dengan kehidupan solo. “Nak mencari kekasih pun kenalah betul-betul, bukan sekadar syarat hanya nak kahwin,” katanya yang semakin fasih bertutur bahasa Melayu selepas terbabit dalam banyak drama tempatan menggunakan bahasa kebangsaan. Sepanjang pembabitannya dalam bidang lakonan, Elaine sudah membintangi filem Di Ambang Syurga, X-Wave, Los Dan Faun, The Red Kebaya, Cuci, Hidden dan Caya. Dia sudah berlakon dalam berpuluh drama antaranya Getting Together, Private Eye, Buddies, Kopitiam, Menyamar Sutradara, Each Other, Astana Idaman, Front Pade, Kerana Karina, Menyamar, Bila Cinta Berbicara, Ku Mohon dan Apa Dosaku.Dalam bidang pengacaraan TV, selain Bella, Elaine pernah menjadi hos untuk program Money Tree, Awas, Technokids dan The Breakfast Show selain pernah terbabit dalam dunia pementasan berjudul Tea dan Odd Couple.PenghargaanSolekan: Faizal Mawar: 012-3135872Busana:  Butik Rizman Ruzaini di No 85-2, Jalan Dwi Tasik 1, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras (http://rizmanruzaini.blogspot.com/ atau [email protected])  017-4766004.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 1.081617 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list