CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

Ulasan Pasaran: Kukuh seiring pasaran serantau

[Copy link]
Post time 13-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
  Bursa tempatan  dirangsang jangkaan pilihan raya umum tak lama lagiBURSA Malaysia ditutup kukuh semalam sejajar dengan lantunan semula harga saham di kebanyakan pasaran serantau, dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.194 peratus.\n\n\n\n  Pada jam 5 petang, indeks petunjuk pasaran naik 16.85 mata kepada 1,428.5, selepas dibuka 2.75 mata lebih tinggi kepada 1,414.4.\n\n\n\n\n\n  Bursa tempatan mendapat rangsangan selepas saham China melantun semula dan harapan bahawa Slovakia akan menggubal undang-undang dana menyelamat zon euro pada akhir minggu ini, kata peniaga. Penganalisis teknikal kanan TA Securities, Stephen Soo, berkata pasaran ekuiti tempatan mendapat rangsangan daripada sentimen keyakinan di rantau ini termasuk langkah China membeli saham bank. \"Kami melihat pengambilan untung dalam sesi dagangan awal semalam tetapi ini kemudiannya digantikan dengan pembelian saham murah, yang melonjakkan indeks utama.  “Di pasaran tempatan, jangkaan bahawa pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi, menyumbang kepada prestasi pasaran semalam. Ini terutamanya dengan saham berkaitan UMNO seperti MRCB, UEM, Time Dotcom dan KUB Malaysia mencatatkan prestasi lebih baik,” katanya.\n\n\n\nIndeks Kewangan Bursa Malaysia meningkat 192.99 mata kepada 13,181.53, Indeks Perladangan naik 91.99 mata kepada 7,249.61 dan Indeks Perusahaan menokok 32.32 mata kepada 2,566.58.Indeks FBM Emas meningkat 119.881 mata kepada 9,693.44, Indeks FBM Mid70 naik 131.700 mata kepada 10,335.65 dan Indeks FBM ACE menambah 48.7 mata kepada 3,703.07.Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 558 berbanding 177 manakala 272 kaunter tidak berubah dengan 468 yang lain tidak diniagakan.Jumlah dagangan meningkat kepada 1.079 bilion saham bernilai RM1.296 bilion daripada 1.06 bilion saham bernilai RM1.376 bilion kelmarin.Di kalangan kaunter cergas, KNM Group naik lapan sen kepada RM1.30, Ho Wah Genting menambah 1.5 sen kepada 32 sen dan Karambunai tidak berubah pada 13 sen.Kaunter wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik tiga sen kepada RM8.28, CIMB dan Sime Darby meningkat lima sen setiap satu masing-masing kepada RM7.30 dan RM8.55, manakala Petronas Chemicals menokok 11 sen kepada RM5.80.Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 791.793 juta saham bernilai RM1.265 bilion daripada 525.504 juta saham bernilai RM1.233 bilion.DI Pasaran ACE, ia menambah kepada 123.767 juta unit bernilai RM18.39 juta daripada 78.23 juta saham bernilai RM13.42 juta.Waran naik kepada 160.327 juta saham bernilai RM11.499 juta daripada 44.28 juta unit bernilai RM4.34 juta sebelumnya.Barangan pengguna menyumbang 26.601 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 131.371 juta, pembinaan 52.637 juta, perdagangan dan perkhidmatan 226.704 juta, teknologi 15.859 juta, prasarana 44.629 juta, kewangan 131.841 juta, hotel 1.33 juta, harta 127.512 juta, perladangan 30.066 juta, perlombongan 32,000, REITs 1.913 juta dan dana tertutup 22,800. –  BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.044965 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list