|
Peruntukan RM2.1b, pelepasan cukai dalam Bajet 2012 mampu lahir ramai usahawan\rPERSATUAN Francais Malaysia (MFA) menjangkakan industri francais negara mampu berkembang sehingga 30 peratus tahun depan daripada antara 10 dan 15 peratus sebelum ini, didorong langkah kerajaan memberikan insentif potongan cukai yuran francais dalam Bajet 2012.\r\n\n\n\n\r Pengerusinya, Abdul Malik Abdullah, berkata langkah itu juga dijangka mampu menarik lebih ramai usahawan menceburi bidang francais.\r\r\n\n\n\n\n “Yuran francais pada masa kini dianggarkan antara RM30,000 hingga RM200,000 bergantung kepada jenama francais. Justeru, potongan cukai itu mampu mengurangkan beban pengusaha, terutama francais baru.\r“Menerusi potongan cukai itu, francaisi baru dapat membuat tabungan dan modal pusingan sebanyak 20 hingga 25 peratus dalam tempoh enam bulan pertama mereka menjalankan perniagaan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.\rHadir sama Setiausaha Agung MFA, Muhamad Shukri Salleh dan Pengarah Francais Kafe dan Restoran Sakura Kristal, Alex Ong.\rAbdul Malik berkata, langkah kerajaan memperuntukkan dana pembiayaan sebanyak RM2.1 bilion kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga dijangka mampu melahirkan lebih ramai pengusaha francais menerusi skim mikro francais.\r\n\n\n\n\rKatanya, lebih banyak kedai kecil di tepi jalan akan dinaik taraf sebagai kios francais menerusi penawaran skim pembiayaan baru ini.\r“Kami masih dalam perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantu penjaja kecil di sekitar ibu kota untuk dinaikkan taraf kepada sistem kios francais yang lebih sistematik.\r“Perkara ini masih dalam perbincangan dan kami sedang menyiapkan kertas cadangan mengenainya. Dijangka ia dimulakan tahun depan,” katanya.\rMengenai perluasan francais tempatan ke luar negara, Muhamad Shukri berkata, MFA menjangka lebih banyak pengusaha francais dari negara ini akan berbuat demikian tahun depan mengambil peluang daripada insentif dan pelepasan cukai dalam Bajet 2012.\r“Setakat ini, 36 jenama francais dari Malaysia sudah mengembangkan operasi mereka sehingga ke 53 negara luar,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|