CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117|Reply: 0

Bursa Mingguan: FBM KLCI terus aliran menaik

[Copy link]
Post time 17-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Lantunan semula pasaran luar dorong pemulihan momentum belian\rSAHAM di Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat bagi minggu ketiga berturut-turut, seiring lantunan semula di pasaran luar berikutan keredaan kebimbangan zon euro setelah Perancis dan Jerman berikrar untuk permodalan semula bank Eropah menjelang Sidang Kemuncak G20. \r\n\n\n\n\r  Momentum belian pulih dengan tersebar kepada saham murah terutama di kaunter hartanah dan pembinaan, memastikan pasaran yang lebih luas mengekalkan keuntungan yang teguh.\r\r\n\n\n\n\n  Pada penutup, penanda aras FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Indeks Komposit (FBM KLCI) meningkat 42.38 mata atau 0.93 peratus pada minggu lalu kepada 1,442.43, dengan Genting Bhd naik 77 sen, DIGI.com (+RM2) , CIMB (+19 sen), IOI Corp (+21 sen) dan MISC (+55 sen) yang mewakili 40 peratus daripada kenaikan indeks.\rPurata dagangan harian kembali pulih kepada 1.06 bilion saham bernilai RM1.3 bilion berbanding 816.6 juta saham bernilai RM1.23 bilion pada minggu sebelumnya kerana momentum belian bertambah baik disebabkan oleh kebangkitan penyertaan runcit dalam saham murah.\rRali pada minggu lalu didorong semata oleh keyakinan pegawai-pegawai Eropah akan berusaha secepat mungkin untuk memuktamadkan dan mengemukakan satu penyelesaian yang boleh diterima sebelum pemimpin dari Kumpulan 20 ekonomi bertemu di Cannes, Perancis pada 3 dan 4 November ini.\rBerikutan keuntungan minggu lalu, penanda aras FBM KLCI dijangka menghadapi aktiviti pengambilan untung singkat yang menyebabkan penyatuan pada minggu ini sementara belian kitaran antara saham syarikat bermodal kecil dan saham murah berterusan.\r\n\n\n\n\rPelabur dinasihatkan supaya mengekalkan mentaliti dagangan dengan strategi jual-ketika-kekuatan dan beli-ketika-kelemahan sehingga muncul tanda pemulihan ekonomi yang lebih jelas dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, yang masih kabur pada masa ini.\rProspek pertumbuhan yang lebih lemah bagi AS juga kekal walaupun jumlah jualan runcit bagi September meningkat sedikit daripada yang dijangkakan oleh rakyatnya bahawa ekonomi dan kewangan mereka dalam tempoh enam bulan akan datang yang merosot ke tahap terendah sejak tahun 1980 dalam kajian yang dilakukan pada Oktober. \rDengan pertumbuhan pendapatan yang tidak berkembang dan tiada peningkatan dalam ekuiti di negara berkenaan, tiada peningkatan besar dijangka dalam penggunaan untuk memacu ekonomi. \rDi Malaysia, Indeks Harga Pengguna (IHP)  bagi September yang akan dikeluarkan Jumaat ini dijangka kekal tidak berubah pada 3.3 peratus tahun-atas-tahun berdasarkan sebahagian besar jangkaan.\rTekanan inflasi dijangka berkurang dalam bulan mendatang berikutan pertumbuhan perlahan ekonomi global.\rKontrak niaga hadapan yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives Bhd, KLCI bagi Oktober meningkat 59 mata atau 4.3 peratus berdasarkan minggu-ke-minggu pada 1,439, berbanding 20 mata diskaun kepada indeks tunai pada Jumaat sebelumnya kepada 3.43 mata diskaun pada Jumaat lalu.  Pemulihan dalam pasaran niaga hadapan daripada aliran penurunan melampau adalah positif.\rAktiviti pengambilan untung selepas Bajet 2012 menyebabkan saham berada dalam keadaan negatif pada Isnin lalu, bagaimanapun aliran penurunan diimbangi oleh pasaran serantau yang stabil selepas pemimpin Jerman dan Perancis merancang untuk permodalan semula bank di Eropah menjelang Sidang Kemuncak G-20 pada 3 November ini.\rFBM KLCI ditutup tiga mata lebih rendah pada 1,397.04, meningkat sedikit daripada paras terendahnya pada hari itu iaitu 1,392.1, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 335 berbanding 278 membabitkan jumlah dagangan 584.9 juta saham bernilai RM632.7 juta.\rPasaran tempatan meningkat semula pada keesokan harinya berikutan peningkatan pasaran saham AS dengan KLCI naik 14.61 mata atau satu peratus kepada 1,411.65.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.049062 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list