CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 70267|Reply: 481

[Foto Majlis Aqiqah] Kris Dayanti: Amora Umpama Satu Anugerah

  [Copy link]
Post time 17-10-2011 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Kris Dayanti: Amora Umpama Satu Anugerah
                      16 Oct 2011, 11:52pm   |        Arjuna Mahardiansyah  |           Utama >       HIBURAN >       BERITA HANGAT >
Kredit : www.gua.com.my
            
        
                                                                                              
          Kongsi Article Ini:
       
15     Share50     

   

   
        
Menyambut kehadiran Ariannha Amora Lemos umpama suatu anugerah yang amat indah dan bermakna buat penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti. Ini kerana kali terakhir, dia melalui pengalaman melahirkan anak ialah 11 tahun lalu.

Oleh itu, Amora (nama panggilan buat anaknya) yang dilahirkan pada 5 September saling tidak ubah menjadi pelengkap bagi kehidupannya dengan suaminya, Raul Lemos. Apa lagi kehamilan Kris kali ini amat kontroversi kerana Amora sudah berada dalam kandungannya sebelum dia dan Raul sah bergelar suami isteri lagi.

"Biarlah masyarakat bercakap apa saja. Saya redha dengan apa yang saya lalui. Mudah-mudahan kelahiran Amora akan menjanjikan kebahagiaan buat saya dan suami," kata Kris mengenai kehadiran anak ketiga dalam kehidupannnya.


Melihat, membelai dan mengucup Amora yang baru berusia 42 hari itu sangat menyenangkan Kris. Bahkan, pengalaman menjaga dan menguruskan Amora dalam tempoh berpantang juga disifatkan Kris satu proses yang menyeronokkan.

Ini kerana menurut penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Menghitung Hari itu, ketika dua kelahiran terdahulu, dia banyak dibantu dan dibimbing oleh ibunya, Rochma Widadiningsih.

Namun, tidak untuk kali ini ketika melahirkan Amora, segala-galanya harus dilakukan sendiri daripada memandikan bayi sehinggalah membasuh najis si kecil itu kerana ibu Kris tidak lagi sesihat dulu yang mampu membantunya.

"Ibu saya tidak sihat seperti dulu. Dia uzur dan kerana itu saya perlu melakukannya sendiri. Tetapi, ibu sentiasa memberi nasihat kepada saya. Walaupun begitu, saya tidak merasa kekok untuk melakukannya kerana pengalaman dulu banyak juga membantu saya kali ini," Kris berkongsi cerita sambil mengusap wajah Amora yang asyik dalam pelukan Raul.


Selain melalui episod baru menerima anak kecil pada usia 36 tahun, kegembiraan Kris juga tambah berganda kerana kemanisan menerima orang baru itu turut dirasakan dua oranga anaknya melalui perkahwinan terdahulu dengan Anang Hermansyah, Auriel Nurhermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah.

Kata Kris, Auriel dan Azriel amat sukar untuk berenggang dengan Amora sehinggakan profil wajah di telefon blackberry kedua-dua anaknya itu hanya memaparkan wajah adik mereka.

"Setiap hari mereka akan mengambil foto Amora dan jadikan foto itu sebagai wajah profil di blackberry mereka," kata Kris mengenai gelagat dua cahaya matanya itu.


Kris melahirkan Amora menerusi kaedah pembedahan di Rumah Sakit Mitra Kemayoran, Jakarta.

Maksud Ariannha diibaratkan sebagai intan sementara Amora bermaksud cinta. Kedua-dua nama itu masing-masing digabungkan dari bahasa Latin dan Portugis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2011 03:53 PM | Show all posts
eee.... boleh tak kita ban citer KD? Muka dia tak rasa bersalah langsung.. aku takut berjangkit ke artis malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 03:54 PM | Show all posts
KD pompuan keji!
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 03:58 PM | Show all posts
masa dapat anak baru nak kata anugerah Tuhan
masa buat dosa, tak pikir plak Tuhan

sokong!! manusia keji!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 04:03 PM | Show all posts
kang ade la komen2 kata sekurang2nye dia tak buang anak tu :re:
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 04:15 PM | Show all posts
dolu2 aku pencinta KD... tp skg xlagi....
apapun harap2 kebahgiaan milik dia hingga ke akhir hayat.....{:1_125:}
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2011 04:16 PM | Show all posts
kisah KD x perlu di hilite kat malaysia nie...ermm
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 04:18 PM | Show all posts
Reply 6# cascutes


   samela. dulu minat kini hmmmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2011 04:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 04:26 PM | Show all posts
ntah ape2 la ppuan ni...venci i
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 04:36 PM | Show all posts
eee.... boleh tak kita ban citer KD? Muka dia tak rasa bersalah langsung.. aku takut berjangkit ke a ...
hemm Post at 17-10-2011 15:53



   untuk tunjuk rasa bersalah harus lempar anak itu dari tingkat dua seperti mana yg lazim di lakukan oleh wanita  melayu islam itu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 04:37 PM | Show all posts
sebaik2nya kisah2 KD nie dibanned je...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 04:39 PM | Show all posts
kang ade la komen2 kata sekurang2nye dia tak buang anak tu
UnaHusna Post at 17-10-2011 16:03



   kamu orang hendak beliau lakukan apa?abortion?
lempar anak?
pakai tudung  untuk puaskan hati kamu orang yg beliau berzina dan lahirkan anak luar nikah?


beliau telah khilaf dan beliau telah akui nya.

apa lagi yg beliau harus lakukan untuk konon nya tunjuk kesal kepada masyarakat?

berkurung dalam rumah sehingga akhir hayat?

pakai jubah dan tudung pose depan kaabah?

lempar anak dari tingkat dua flat pprt?

saya tak faham apa yg masyarakat inginkan daripada orang2 sebegini.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 04:41 PM | Show all posts
xyah duk konon2 jijik la...sekeliling korang ramai jer melayu rosak..2 x 5 jer perangai memasing...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 04:44 PM | Show all posts
kamu orang hendak beliau lakukan apa?abortion?
lempar anak?
pakai tudung  untuk puaskan h ...
Vokuro Post at 17-10-2011 16:39


setuju sgt..

ape sbnarnyer yg masyarakat Islam kat forum cari ni nak KD wat sbnarnyer...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 04:50 PM | Show all posts
dulu aku suka ngat lagu2 KD ni.. lebih2 lagi cubalah setia tu.. tup..tup dia yg curang.. terus x minat dah.. tk kuasaaaa... dia kata tk kisah apa masyarakat nak kata.. yelah time tgh senang.. kaya... mmglah cakap camtu..cuba lau miskin, ada brannnn nk ckp camtu? hampehlaaaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2011 04:50 PM | Show all posts
pjgnyer kuku si KD ni camne la dia cebuk anknyer tu haish!!!!!..geli plak...aku..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 04:52 PM | Show all posts
tgk muka baby tu cam ikut bapak die jahhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 04:53 PM | Show all posts
sekurang2nya dia x buang n abaikan anak tu, dia sambut dan hebahkan lagi kelahiran anak tuh.. amik yg jernih.. buang yg keroh
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 04:53 PM | Show all posts
comel bby.. semoga didik menjadi ank yang soleh kpd agama. insyaallah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.076062 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list