CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 0

KNB labur RM85j kukuh perkhidmatan

[Copy link]
Post time 24-10-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Ubah model perniagaan tarik pelanggan\rKONTENA Nasional Bhd (KNB) menyasar untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan ditawarkannya supaya setanding dengan pengendali perkhidmatan logistik bersepadu bertaraf antarabangsa dalam usaha mengukuhkan kedudukannya dalam industri logistik tempatan dan global yang semakin mencabar.\r\n\n\n\n\rDalam tempoh dua tahun akan datang, syarikat itu bercadang melabur RM85 juta bagi mengukuhkan infrastruktur teknologi maklumat (IT), meningkatkan jumlah gudang dan menggantikan trelernya yang berusia lebih daripada lapan tahun.\r\r\n\n\n\n\nKetua Eksekutifnya, Hood Osman, berkata bermula 2009, pihaknya mengubah model perniagaannya dengan menawarkan keseluruhan rantaian perkhidmatan berkaitan logistik kepada pelanggan seiring pertumbuhan pesat industri logistik tempatan dan global.\rSusulan itu, KNB kini berjaya berkembang daripada penyedia perkhidmatan pengangkutan kontena kepada penyedia perkhidmatan logistik bersepadu dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran hadapan fret antarabangsa, pergudangan dan pengedaran, penyelesaian rantaian bekalan, penyelesaian rantaian hawa dingin dan logistik halal.\r“Kami akan menumpukan perbelanjaan modal bagi tempoh dua tahun akan datang kepada usaha mengukuhkan infrastruktur IT, menambah baik gudang, menggantikan kepala treler dan menambah bilangan trak yang kami miliki.\r“Kini, KNB mempunyai 1,400 pekerja, 392 kepala treler dan 55 trak konvensional. Kami bercadang meningkatkan jumlah trak konvensional kami kepada 150 unit dan kepala treler kepada 400-450 unit dalam tempoh dua tahun akan datang,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat KNB di Petaling Jaya, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rHood berkata, beliau yakin dengan menawarkan keseluruhan rantaian perkhidmatan logistik, KNB akan kekal kukuh sebagai peneraju utama penyedia perkhidmatan logistik bersepadu di negara ini.\rBeliau berkata, bermula tahun depan, pihaknya menjangkakan 40 peratus pendapatannya akan disumbangkan perkhidmatan pengangkutan kontena manakala 60 peratus akan disumbangkan perkhidmatan penghantaran hadapan fret antarabangsa, pergudangan dan pengedaran, penyelesaian rantaian bekalan, penyelesaian rantaian hawa dingin dan logistik halal.\rHood berkata, pihaknya juga menawarkan sistem menjejak trak kepada pelanggannya dengan 75 peratus trak yang miliknya kini dilengkapi peranti sistem penentu kedudukan sejagat (GPS).\r“Menerusi sistem menjejaki trak itu, pelanggan kami boleh memantau pergerakan trak masing-masing,” katanya, sambil menambah bahawa pihaknya juga menubuhkan pusat panggilan sebagai perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggannya.\rKNB memulakan operasi pada 1971 apabila sistem kontena diperkenal dalam negara.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.370927 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list