CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

Dengarnya...: GAFIM pecat kakitangan urus setia FFM24?

[Copy link]
Post time 3-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dengarnya...: GAFIM pecat kakitangan urus setia FFM24?Oleh Normah Becok2011/11/03\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANYAK betul acara anugerah bulan ini, sampai pening Cik Normah nak pilih yang mana satu harus Cik Normah hadiri. Sedang Cik Normah mencongak tarikh setiap anugerah yang semakin hampir, sambil menikmati kuih bahulu, telefon di meja pejabat pula tiba-tiba berdering. Tergendala sekejap perancangan Cik Normah petang itu.\rKedengaran suara Gayah Gebu di corong telefon. Katanya, ada gosip panas berhubung kemelut dalaman yang melanda penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24. \r\n\n\n\n\rTak cukup dengan isu panas yang berlaku, ada pula isu lain yang timbul dan kini, khabarnya sudah mula berlaku permainan pecat-memecat.\r\r\n\n\n\n\nHai! Siapa pula yang memecat dan siapa pula yang dipecat? Menurut Gayah Gebu yang boleh tahan pedas juga kata-katanya, tiga kakitangan urus setia FFM dipecat Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) baru-baru ini. Atas alasan apa mereka diperlakukan begitu, Cik Normah tak diberitahu pula.  \rKata Gayah Gebu lagi, kerana simpati dengan pemecatan tiga kakitangan urus setia terbabit, setiausaha GAFIM bertindak untuk meletak jawatan disebabkan tidak berpuas hati dengan pengurusan atasan persatuan itu.\rKenapa sampai macam itu sekali? Tidakkah mereka harus fikirkan tarikh acara yang semakin hampir, bukan bertelagah sesama sendiri. Sebelum ini ada pertelingkahan antara GAFIM dan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), kini masalah dalaman GAFIM pula terjadi.\rKalau berterusan begini, Cik Normah risau juga mengenangkan acara berprestij itu nanti. Agaknya, macam manalah pula jadinya FFM24 nanti? Jangan huru-hara sudahlah, nanti akan mencacatkan industri perfileman kita juga. Kalau pihak luar tengok, industri kita juga yang malu. \r\n\n\n\n\rSudah 24 kali FFM dianjurkan, sepatutnya penganjur semakin matang dan memperbaiki kelemahan yang ada bukannya menambahkan lagi kemelut dalam penganjuran. Cik Normah takut nanti masyarakat akan pandang rendah pada FFM dan menganggap industri perfileman kita kucar-kacir.\rSepatutnya kemelut yang kian meruncing ini ada campur tangan daripada pihak berwajib kerana majlis ini diadakan bagi menghargai karyawan dan penggiat seni bukannya majlis untuk bertelagah sesama sendiri. Jadi fikir-fikirkanlah untuk kebaikan semua.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.091554 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list