CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16971|Reply: 203

BUNOHAN Menang Anugerah NETPAC Di Festival Filem Golden Horse Taipei

  [Copy link]
Post time 25-11-2011 10:30 PM | Show all posts |Read mode
Bunohan Menang Anugerah NETPAC Di Festival Filem Golden Horse Taipei

Filem drama-aksi Malaysia berjudul BUNOHAN, yang telah pun mencetuskan gelombang di arena perfileman antarabangsa, menerima Anugerah NETPAC di Filem Festival Taipei Golden Horse 2011. Anugerah tersebut diterima pengarah filem itu, Dain Said bagi pihak produksi.

Juri NETPAC memuji filem tersebut kerana mereka mendapati BUNOHAN filem yang menggunakan cara paling kreatif dan unik disamping menggunakan bahasa sinematik dan menangani pelbagai isu kontemporari Asia.

Anugerah NETPAC (Rangkaian untuk Promosi Pawagam Asia) dianugerahkan  bagi menggalakkan pengkarya sinema di Asia mengenengahkan filem-filem yang luar biasa dan berhasrat untuk mencungkil bakat-bakat baru.

BUNOHAN mengadakan tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada bulan September 2011. Festival Filem Taipei Golden Horse dijadikan tayangan untuk tayangan perdana filem BUNOHAN di peringkat Asia. BUNOHAN juga telah dipilih oleh Universal Pictures untuk diedarkan di beberapa negara termasuk United Kingdom (UK), Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.

Bertempat di Kelantan dan bersempadanan dengan negara Thai, BUNOHAN menceritakan mengenai lelaki ganas yang kental. Ia berkenaan dengan nasib tiga adik-beradik; seorang peninju tomoi yang berada dalam pelarian, pembunuh upahan dan seorang ahli perniagaan licik yang tersepit dalam sarang tragedi penipuan dan rasuah.
Filem ini dibintangi pelakon-pelakon yang pernah memenangi pelbagai anugerah seperti Faizal Hussein, Zahiril Adzim serta Pekin Ibrahim, dan dibantu oleh Bront Palarae, Soffi Jikan, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi, Jimmy Lor dan Tengku Azura. Filem ini hasil karya dan diarahkan oleh Dain Said. Ia diterbitkan oleh Nandita Solomon. Tim Kwok Entertainment Convergence bertindak sebagai penerbit bersama.

credit to gua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2011 10:36 PM | Show all posts
tahniah.yg menang ffm haritu dapat ape?.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 10:38 PM | Show all posts
Tahniah.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2011 10:39 PM | Show all posts
x tyg lagi kat msia tp kalo x menang kat msia lagi cite nih x taulah..

tau dari tweet di pekin...........kopi pes kat cni
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 10:39 PM | Show all posts
wow!!! ramai gak puji bunohan neh...walaupon kat mesia tak tayang lgk..kat luar ngara ramai dah ikhtiraf..tahniah!
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 10:42 PM | Show all posts
aku dah book nak pi tgk kt panggung nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2011 10:42 PM | Show all posts
Pasni ramai le yang tumpang amek kredit dari kejayaan Bunohan ni
Padan muka orang Malaysia yang selalu tak support karya anak bangsa sendiri
Bila da menang nak luar negara terhegeh2 la nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2011 10:44 PM | Show all posts
Pasni ramai le yang tumpang amek kredit dari kejayaan Bunohan ni
Padan muka orang Malaysia yang sel ...
kekure Post at 25-11-2011 22:42


ak sokong... masing2 p tweet tahniah kat pelakon... ak tweet kat bront tdi,....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2011 10:49 PM | Show all posts
Tahniah, kan senang kalo menang kat oversea, takde lak org sini nak kritik2. Kalo ade gak yang meroyan gak, 'Bunoh' kan aje hehehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 10:53 PM | Show all posts
de shooting kt ganu gk neh
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 10:56 PM | Show all posts
ak sokong... masing2 p tweet tahniah kat pelakon... ak tweet kat bront tdi,....
lonso Post at 25-11-2011 22:44

Amboi,pantas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2011 10:59 PM | Show all posts
Amboi,pantas
kekure Post at 25-11-2011 22:56


arap2 bront bls tweet ak... {:4_189:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2011 11:01 PM | Show all posts
Tahniah, kan senang kalo menang kat oversea, takde lak org sini nak kritik2. Kalo ade gak yang meroy ...
deadpool1119 Post at 25-11-2011 22:49

tak dek yg moyan.. sampai menangnye semalam ramai yg x tau.. hahaha...

nampak sgt msia suka ngan gosip murahan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 11:03 PM | Show all posts
film2 heavy mcm ni realitinya biasanya x laku dipawagam....


kalu film razak mohidin ahmad idham dan syamsul usop laku la
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 11:05 PM | Show all posts
harap2 boleh menang ffm tahun depan


kalau tak menang jugak tak tahu lah, sebab luar negara banyak dah iktiraf filem ni.. takde lah filem2 cgi je yang menang mcm filem kru tu... filem2 yang genre drama mcm Bunohan ni pun bagus
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 11:05 PM | Show all posts
arap2 bront bls tweet ak...
lonso Post at 25-11-2011 22:59


Sila tepek sini kalau Bront balas
Sharing is caring
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2011 11:06 PM | Show all posts
Reply 15# hanakikan

kru jaguh kampung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2011 11:07 PM | Show all posts
film2 heavy mcm ni realitinya biasanya x laku dipawagam....


kalu film razak mohidin ahmad idham ...
harisbee Post at 25-11-2011 23:03


kalo mcm tuh kita bagi laku kat pawagam buktikan budk2 cari bkn lah org felda pprt ...... {:4_226:}
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 11:07 PM | Show all posts
harap2 boleh menang ffm tahun depan


kalau tak menang jugak tak tahu lah, sebab luar negara bany ...
hanakikan Post at 25-11-2011 23:05

Kalau menang kat FFM kiranya memang salute la
Selalunya yang menang kat FFM ni pepaham jek la cemananya
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 11:08 PM | Show all posts
Mintak2 la takde scene kena potong
Kalau berdasarkan kepada trailer ganah nok mapoh cite ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.064821 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list