CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

Artis indie meriahkan jambori

[Copy link]
Post time 9-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
PENAMPILAN beberapa kumpulan dan artis indie negara ini tentu sekali antara tarikan utama pada acara Jambori Converse 2011 yang akan berlangsung di Hutan Simpan Bukit Nanas, pada 17 dan 18 Disember nanti.\rAntara nama yang akan tampil mengadakan persembahan sempena acara berkenaan ialah They Will Kill Us All, Deepset, Tenderfist, kumpulan punk Nao dan pemuzik elektronik, Like Silver. Tidak ketinggalan menunjukkan bakat mereka ialah Azmyl Yunor, Liyana Fizi, SCAM, Flic dan Rainf. \r\n\n\n\n\rManakala artis kesenian yang turut mengambil bahagian pula terdiri daripada Fairuz Sulaiman, Sarah Ameera, Stephen Lau, Abraham Donald, Bront Palare, Liew Seng Tat dan Fahmi Reza dari Da Huang Pictures.\r\r\n\n\n\n\nJambori yang berupa program kem kreatif kesenian itu turut mengatur pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada peserta.\rSelain persembahan muzik, turut disediakan ialah aktiviti pameran, tayangan filem dan bengkel kreatif daripada beberapa individu berbakat dalam bidang masing-masing. Peserta berpeluang berkongsi pengetahuan secara dekat dengan mereka.   \rMenurut seorang daripada 25 duta jenama itu, Bront, dia cuba untuk berkongsi segala pengalaman dalam bidang lakonan bersama peserta kem terbabit.\r“Pembabitan saya dalam jambori ini adalah sebagai seorang daripada duta yang dilantik oleh Converse. Saya dipilih untuk mewakili bidang lakonan, dan bersedia untuk berkongsi sedikit pengalaman dengan peserta,” katanya yang ditemui pada sidang media pelancaran jambori itu baru-baru ini.\r\n\n\n\rMemasuki tahun kedua sebagai duta, Bront melihat acara itu diadakan bagi mencungkil bakat peserta terutama pelajar, agar melihat dunia dengan lebih luas.\r“Aktiviti yang disediakan memang menyeronokkan sepanjang dua hari itu. Daripada pengalaman penyertaan saya tahun lalu, penganjur menyediakan pelbagai program terutamanya yang menguji kreativiti kita. Selain itu peserta turut dihiburkan dengan persembahan muzik.\r“Namun yang sedihnya, pada tahun lalu saya tidak berkesempatan untuk bermalam bersama semua peserta kerana terikat dengan kerja. Bagaimanapun saya dapat meluangkan masa bersama peserta pada hari kedua. Pada tahun ini, saya akan cuba mengosongkan jadual kerja untuk mengikuti semua aktiviti termasuk bermalam di sana,” katanya.\rPenganjuran jambori turut memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran organisasi, perhubungan awam, kreativiti dan mencipta ruang untuk peserta menyerlahkan bakat mereka.\rHanya 200 peserta bakal dipilih untuk mengikuti jambori ini dan kepada sesiapa yang berminat boleh mula mendaftar di laman web www.facebook.com/conversemy sebelum 10 Disember ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.121007 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list