CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8643|Reply: 64

ND Lala disamun 10 Mat Rempit

[Copy link]
Post time 9-12-2011 12:39 PM | Show all posts |Read mode
ND Lala Disamun 10 Mat Rempit





KUALA LUMPUR, 9 DIS 2011: Penyanyi dan pelakon, ND Lala telah disamun lebih 10 Mat Rempit dalam kejadian awal pagi semalam, yang menyaksikan kereta BMW miliknya rosak teruk dan telefon bimbit iPhone serta kunci keretanya dirampas penyamun itu.

Akhbar Harian Metro hari ini melaporkan, kejadian itu berlaku sekitar jam 3.40 pagi di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang, awal pagi semalam.

ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 50, berkata sebelum kejadian pada pagi itu, dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Cheras selepas berjumpa prospek bagi menerangkan mengenai kursus perniagaan dianjurkannya.

Dia kemudiannya singgah sebentar di stesen minyak dan selepas ke tandas, dia masuk semula ke dalam kereta sebelum membuka telefon untuk membaca SMS. Ketika itulah dia dikejutkan dengan bunyi bising deruman enjin motosikal dan jeritan lebih 10 Mat Rempit datang mengelilingi keretanya.

Beberapa orang dari mat rempit itu kemudian bertindak memecahkan cermin keretanya dengan topi keledar dan salah seorang dari mereka telah mengarahkannya menyerahkan barangan berharga.

ND Lala yang juga bapa kepada penyanyi Shila Amzah kemudian menceritakan lagi, yang dia pada mulanya tidak berani keluar kerana bimbang dicederakan, namun terpaksa mengalah selepas dipaksa dan cermin keretanya dipecahkan. Dia kemudian menyerahkan telefon bimbit iPhone dan kunci keretanya kepada mat rempit itu yang kemudian terus memecut meninggalkan tempat kejadian.

Kehilangan dua barangan itu menyebabkan ND Lala kerugian hampir RM4,000 kerana kunci keretanya buatan eksklusif dan perlu ditempah di luar negara. Dia bagaimanapun bersyukur kerana tidak diapa-apakan kumpulan penyamun itu.

Selepas kejadian, ND Lala segera menghubungi polis dengan bantuan pekerja stesen minyak itu sebelum polis membawanya ke Balai Polis Setapak untuk membuat laporan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2011 12:43 PM | Show all posts
kesian....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 12:56 PM | Show all posts
Lg sorang artis kena kena bahana penyamun... Tgh season ker ape nih?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 12:56 PM | Show all posts
nyanyila lagu PM kita tu..konpom mat rempit respek..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 01:01 PM | Show all posts
aku kalau lpas kul 11mlm x kn singgah mana2 dh termasuk stesen minyak or 7e ke..bnyk dh kes2 jenayah berlaku..apa2 pon..takziah to ND lala..nasib baik selamat
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 01:03 PM | Show all posts
tak bayar zakat biasanya........hahahah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2011 01:04 PM | Show all posts

kesian ND lala


nih twit anak heols.

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 01:05 PM | Show all posts
Kene tambah lirik pasal mat rempit plak dlm lagu die pas nih. Apapon takziah diucapkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2011 01:10 PM | Show all posts
kalo ayahanda bleh ilg kete inikan plak pak cin ND nih...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 01:10 PM | Show all posts
Takziah..jahat betul bdk2 rempit nih..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 01:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 01:11 PM | Show all posts
aku kalau lpas kul 11mlm x kn singgah mana2 dh termasuk stesen minyak or 7e ke..bnyk dh kes2 jenayah ...
3dea_mension Post at 9-12-2011 13:01

a'ah.......member aku siang2 buta kena pecah kereta masa berhenti kat tepik light :@
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 01:11 PM | Show all posts
kalo ayahanda bleh ilg kete inikan plak pak cin ND nih...
lonso Post at 9-12-2011 13:10



   muka gangster pun kene ye dok. inikan yg muka bebaik cm pakcik nd nih. haramjadah punya mat rempittttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 01:12 PM | Show all posts
takde cctv ke dekat stesen minyak tuh??
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 01:14 PM | Show all posts
Reply 11# mixed


    10 Mat Rempit kepung ND Lala
Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
[email protected]




ROSAK...ND Lala menunjukkan cermin keretanya yang dipecahkan kumpulan Mat Rempit, semalam.


KUALA LUMPUR: 揝ukar digambarkan perasaan saya ketika lebih 10 Mat Rempit mengelilingi dan mengepung kereta dengan motosikal mereka sambil menjerit mengarahkan saya keluar.

揔etika cermin kereta dipecahkan, saya menunduk dan menutup muka dengan tangan kerana takut dicederakan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 01:14 PM | Show all posts
muka gangster pun kene ye dok. inikan yg muka bebaik cm pakcik nd nih. haramjadah punya mat ...
snowyqueeny Post at 9-12-2011 13:11



ak sokong sesgt.......huhuhu......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2011 01:19 PM | Show all posts
apalah nak jadi...mat2 rempit ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 01:41 PM | Show all posts
tak bayar zakat biasanya........hahahah
pluto Post at 9-12-2011 13:03



    Hamboi. Dah dapat lesen pahala dosa dari Tuhan ye bang?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 01:57 PM | Show all posts
tak tau la ape nak jadi budak melayu skang  nie..majoriti yg merempit kat luar sana..budak2 melayu kiter...lepastu merompak org kiter sendiri..bukan maksud aku suh merompak bangsa lain..tapi tolong la jgn buat keje2 cam ni..sedih betul..

walaupun tak minat ND LALA ni..semoga dia betabah lahh...tak perlu la gelak kan or cakap tak bayar ape ke..kekadang benda ni berlaku bukan sebab balasan ke ape...jgn lah kiter sendiri nak hukum or gelakkan org yg d timpa kemalangan..esok jadi kat diri sendiri..jiran gelakkan..ape rasA?

jumaat..biasa la..nak jadi ustazah sikit
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 02:02 PM | Show all posts
aku harap mat rempit tu mati pecah kepale kene lenyek lori..   aku salu balik kpg sker awai pagi,, biler nampak motor keliling aku jek aku dh panic dah, aku standby nk pecut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.141895 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list