View: 145|Reply: 0
|
Khazanah beli hospital Turki
[Copy link]
|
|
Ambil alih 75 peratus saham AcibademKHAZANAH Nasional Bhd bercadang mengambil alih 75 peratus kepentingan dalam pengendali rangkaian hospital terbesar di Turki, Acibadem bagi memperluaskan pelaburannya dalam sektor penjagaan kesihatan global.\n\n\n\nSayap pelaburan Kerajaan Malaysia itu menguasai 15 peratus kepentingan secara langsung dalam pengendali hospital berkenaan manakala baki 60 peratus akan dikuasai secara tidak langsung menerusi anak syarikatnya, Integrated Healthcare Holding (IHH).\n\n\n\n\nTurkish Competition Authority, berkata, pihaknya sudah menerima permohonan daripada pemegang saham Acibadem, Almond Holding dan keluarga Turki, Aydinlar berhubung penjualan kepentingan masing-masing dalam pengendali rangkaian hospital terbesar di Turki itu kepada kumpulan Khazanah.Ia berkata, firma dana pelaburan berpangkalan di Dubai, Abraaj Capital, pemegang 46 peratus saham Almond Holding yang menguasai 92 peratus kepentingan ekuiti dalam Acibadem, tidak akan memegang sebarang kepentingan saham lagi apabila urus niaga itu selesai kelak.“Sementara itu, Aydinlar pula bersetuju mengurangkan kepentingannya kepada 25 peratus daripada 46 peratus sebelum ini dalam Acibadem.“Apabila urus niaga pengambilalihan kepentingan itu selesai kelak, IHH akan memegang 60 peratus kepentingan dalam Acibadem, keluarga Aydinlar 25 peratus dan Khazanah 15 peratus,” kata pihak berkuasa itu dalam kenyataan yang disiarkan di laman webnya baru-baru ini.\n\n\nSebelum ini, Berita Harian melaporkan Khazanah berminat mengambil alih Acibadem sebagai usaha mempercepatkan lagi penguasaan sayap pelaburan Kerajaan Malaysia itu dalam sektor penjagaan kesihatan di peringkat antarabangsa.Nilai pasaran Acibadem kini 1.8 bilion lira (RM3.05 bilion) dan kini mempunyai lebih 9,000 pekerja dan mengendalikan 11 hospital besar, lapan pusat perubatan serta pusat diagnostik genetik di Turki. Ia juga menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lengkap dengan peralatan teknologi moden sejak 1991.Ada laporan media mengatakan Acibadem akan mempunyai 26 rangkaian hospital di lapan negara dengan 5,500 katil sebaik saja pengambilalihan kepentingan syarikat itu oleh Khazanah.Pengendali rangkaian hospital terbesar Turki itu menyasarkan mempunyai 55 rangkaian hospital di 12 negara dengan 9,500 menjelang 2015.Sebelum ini ada laporan mengatakan Khazanah juga berminat mengambil-alih Sterling Hospitals, iaitu kumpulan perubatan terbesar di Gujarat, negeri di bahagian barat India daripada peneraju pelaburan ekuiti swasta, Actis.Sayap pelaburan Kerajaan Malaysia itu juga mempunyai pelaburan dalam sektor penjagaan kesihatan di India menerusi pegangan 12.21 peratus penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan terbesar di Asia dan ketiga terbesar di dunia, Apollo Hospitals Enterprise Ltd.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|