CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 155|Reply: 0

'Angpau RM1.6j'

[Copy link]
Post time 20-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Chong Wei harus fikir keutamaan juarai Sukan Olimpik: JamesLEE Chong Wei yang ‘makin penat’ diingatkan supaya segera mengalih tumpuan memburu ganjaran lebih lumayan - RM1.6 juta dan pencen bulanan RM5,000 dengan melakar sejarah muncul atlit sukan pertama negara memenangi pingat emas Sukan Olimpik, tahun depan.\n\n\n\nItulah gesaan bersifat ‘cemas’ beberapa pihak yang mula gelisah dengan prestasi dan tahap kecergasan pemain nombor satu dunia itu yang kian merosot selepas terlalu banyak menyertai kejohanan sepanjang tahun mengejar wang selaku pemain profesional.\n\n\n\n\nGambaran lebih perit - pemain kelahiran Pulau Pinang itu tewas buat kali ketiga tahun ini kepada pemain muda China, Chen Long di separuh akhir Final Siri Super Dunia di Liuzhou, Sabtu lalu.Berdasarkan rekod, Chong Wei yang berjaya mengekalkan gelaran pemain nombor satu dunia sejak 2008 menyertai 15 kejohanan sepanjang tahun ini, mara dalam 11 pertandingan akhir serta memenangi tujuh kejuaraan.Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj akur antara faktor utama pencapaian hambar Chong Wei disebabkan terlalu banyak menyertai pelbagai kejohanan tanpa membuat pemilihan wajar sesuai dengan usia.“Dia tidak ada masa berlatih kerana baru tiba dua hari ke tanah air, dia terpaksa terbang ke luar negara lagi untuk menyertai kejohanan lain. Jadi, bila masa dia mahu berlatih bagi meningkatkan serta mempertajamkan pukulannya? “Lagipun, Chong Wei perlu ingat dia sudah mencecah 29 tahun dan bukannya seperti Chen Long yang baru 22 tahun. Jadi, dia perlu berehat secukupnya untuk kembali pulih dan cergas,” kata bekas pemain itu.James berkata, dia akan mengadakan pertemuan dengan Chong Wei dan ketua jurulatih, Rashid Sidek dan jurulatih Tey Seu Bock minggu depan untuk merangka program menjelang temasya terulung dunia termasuk menyaring pertandingan bakal disertainya.“Bagi saya, tiga kejohanan paling ideal dia beraksi sebelum Sukan Olimpik 2012 adalah Terbuka Korea, Malaysia dan Seluruh England. Ini kerana pada Februari dan Mei dia perlu beraksi bersama pasukan dalam kempen Piala Thomas,” katanya.Terdahulu, kerajaan mengumumkan ganjaran RM1 juta kepada atlit yang memenangi emas di Sukan Olimpik, manakala BAM menjanjikan insentif RM500,000 dan Telekom Malaysia Bhd (TM) sudah menyatakan persetujuan memberi imbuhan RM100,000. Pemenang emas juga akan menerima pencen bulanan RM5,000.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.037496 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list