View: 152|Reply: 0
|
Harimau Muda mengaum lagi
[Copy link]
|
|
Belasah pasukan tangga kedua Liga Australia, Central Coast Mariners 4-1\rNGAUMAN sang harimau di jelajah Australia berterusan lagi. Semalam, skuad Olimpik negara menamatkan aksi siri persahabatan antarabangsa terakhir dengan nota ceria menewaskan pasukan tangga kedua Liga Australia, Central Coast Mariners, 4-1.\r\n\n\n\n\r Walaupun tewas 0-1 dalam pertemuan pertama menentang Mariners sebelum ini, anak buah Ong Kim Swee kembali mempamerkan aksi mantap apabila membelasah pasukan itu menerusi jaringan Ahmad Fakri Saarani, Thamil Arasu dan dua gol daripada penyerang berbakat, Ahmad Hazwan Bakri. \r\r\n\n\n\n\n “Sudah tentu saya berpuas hati dengan keputusan ini. Mariners menurunkan enam pemain utama mereka ketika kita tewas 0-1 dalam perlawanan pertama sebelum ini.\r“Kita mempamerkan aksi yang cukup baik dan semua pemain mempamerkan disiplin tinggi dan penuh rasa tanggungjawab serta mengikut segala arahan diberi,” kata Kim Swee ketika dihubungi, semalam.\rDalam perlawanan itu, skuad B-22 negara turut menurunkan kesebelasan utama dengan meletakkan Izham Tarmizi (Roslan) sebagai penjaga gol.\rKetika ditanya mengenai prestasi Fakri, Thamil dan Hazwan, pengendali berasal dari Melaka itu menegaskan satu perlawanan belum mencukupi untuk menilai mereka namun ketiga-tiga menunjukkan aksi positif.\r\n\n\n\r“Saya harap Fakri akan lebih kerap bermain bersama pasukan baru untuk mempertajamkan sentuhannya. Kami juga akan buat perancangan memperbaiki kemampuan Hazwan dan Thamil. Saya percaya berdasarkan aksi ditunjukkan pemain ini, kita mampu terus mencapai kejayaan selepas ini,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|