View: 146|Reply: 0
|
Pengambilalihan KFCH, QSR tak tambah hutang
[Copy link]
|
|
Pembiayaan urus niaga dilakukan menerusi MESB\rPENGAMBILALIHAN KFC Holdings Bhd (KFCH) dan QSR Brands Bhd tidak akan menyebabkan Johor Corporation (JCorp) menanggung hutang tambahan, kata Presiden dan Ketua Eksekutifnya Kamaruzzaman Abu Kassim.\r\n\n\n\n\r “Pembiayaan untuk urus niaga itu akan dilakukan melalui Massive Equity Sdn Bhd (MESB) di atas kekuatan aliran tunai masa depan kedua-dua syarikat itu” katanya dalam satu kenyataan semalam.\r\r\n\n\n\n\n MESB, syarikat tujuan khas (SPV) bagi pengambilalihan itu ialah usaha sama antara JCorp dan dana ekuiti persendirian antarabangsa, CVC Capital Partners Asia Pacific dengan masing-masing memegang 51 peratus dan 49 peratus ekuitinya.\rDilaporkan bahawa hutang JCorp dianggarkan berjumlah RM6.6 bilion, manakala kos mengambil alih kedua-dua syarikat itu dianggarkan berjumlah RM5.2 bilion.\rKamaruzzaman berkata, apabila selesai penjualan kepada MESB, hasilnya akan dikembalikan kepada pemegang saham QSR dan KFC.\rLangkah berkenaan, katanya juga akan menjadikan Kulim, iaitu pemegang saham kawalan QSR, peluang melupuskan pegangannya dalam perniagaan runcit makanan dan menumpu kepada perniagaan terasnya, iaitu perladangan.\r\n\n\n\rKamaruzzaman berkata, pengambilalihan itu akan membolehkan JCorp memiliki kawalan langsung kepentingan ekuiti dalam kedua-dua syarikat berkenaan, dengan keyakinan terhadap asas dan nilai jangka panjang perniagaan KFC dan QSR.\rBeliau berkata, JCorp percaya ia juga akan memenuhi kepentingan semua pihak yang terbabit.\r“JCorp gembira untuk menyatakan bahawa cadangan itu telah diterima baik oleh profesional pelaburan dan orang ramai,” katanya.\rKamaruzzaman berkata, MESB menyambut baik pengumuman lembaga KFC dan QSR kelmarin bahawa mereka menerima tawaran daripada MESB.\r“Penerimaan oleh pengarah bebas QSR dan KFC terhadap tawaran MESB dilihat sebagai bukti bahawa cadangan itu memberi manfaat kepada semua pemegang saham dan sebagai sokongan kepada sebahagian besar rancangan rasionalisasi JCorp Group,” katanya.\rSementara itu, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) membantah cadangan pengambilalihan oleh JCorp menerusi MESB itu kerana berpendapat ia bakal mengurangkan ekuiti Melayu dalam syarikat besar.\rPengerusinya, Syed Ali Alattas berkata, pihaknya tidak membantah cadangan itu jika JCorp bekerjasama dengan syarikat tempatan.\rJusteru, katanya, DPMM akan menyokong jika FELDA memutuskan mahu mengambil alih QSR dan KFCH.\r“Jika pengambilalihan oleh MESB itu dibiarkan, kedua-dua syarikat itu akan menjadi syarikat persendirian, dan ia membimbangkan DPMM kerana penjualan ekuiti selepas ini tidak diketahui umum kerana syarikat itu boleh dijual kepada pihak lain tanpa kebenaran pihak berkuasa,” katanya.\rSyed Ali berkata, pihaknya juga melihat pengambilalihan itu tidak akan membantu JCorp mengurangkan hutang ditanggungnya, malah menambahkan bebannya kerana syarikat berkaitan kerajaan Johor itu akan mengambil masa lama mendapat semula pelaburan bagi pembelian kedua-dua syarikat itu.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|