CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

Cabaran NS tambah perit

[Copy link]
Post time 24-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
  Shukor tekad bawa Rusa kekal mahkota Piala Malaysia\rKAPTEN Negeri Sembilan, Mohd Shukor Adan sudah sedia menggalas tugas dan amanah disandarkan  pasukan menjelang musim baru saingan Liga Malaysia sekalipun akur tugas itu berbeza kerana dijangka lebih sengit berbanding musim 2011.\r\n\n\n\n\r  Dia beranggapan misi  perlu dilaksanakan dengan mempertahankan reputasi dan menjulang nama pasukan apabila menentang juara Liga Super, Kelantan dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Kota Bharu pada 7 Januari ini. \r\r\n\n\n\n\n  “Sebenarnya bukan terletak pada saya seorang dalam menentukan kejayaan pasukan tetapi semua pemain yang dipilih ketua jurulatih (Mohd Azraai Khor Abdullah) dan sikap itu menjadi penentu dalam memastikan kejayaan seperti musim lalu.\r“Saya berharap prestasi pasukan akan lebih menyerlah sepanjang musim depan terutama dengan kehadiran pemain import dan pemain muda. Negeri Sembilan mampu mengharungi cabaran itu dengan lebih yakin mempertahankan status sebagai juara Piala Malaysia.\r“Kami akan berjuang mempertahankan kedudukan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.\rTonggak berpengalaman kelahiran Melaka berusia 32 tahun itu yakin bahawa dia tidak akan berdepan masalah kerana mendapat sokongan dan kerjasama padu daripada rakan yang sentiasa menunjukkan komitmen tinggi untuk memberikan sumbangan terbaik demi kejayaan pasukan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.041324 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list