View: 210|Reply: 0
|
'Jumpa Chen Long baik buat Lee'
[Copy link]
|
|
Chong Wei sudah bersedia: Chin ChaiANDAI bayangan pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik 2012 mahu dijelmakan, jaguh badminton negara, Lee Chong Wei harus melepasi halangan pertama menumpaskan seteru dari China, Chen Long pada Terbuka Malaysia, bulan depan.\n\n\n\n Pemain nombor satu dunia itu dijangka bertemu Chen Long pada pusingan separuh akhir Terbuka Malaysia selepas tiga kali ditumpaskan pemain muda berusia 22 tahun itu sepanjang tahun ini dengan kali terakhir tewas pada Siri Super Masters Akhir di China, dua minggu lalu.\n\n\n\n\n\n Sebelum ini, Chong Wei turut berdepan dengan masalah menundukkan seorang lagi pemain dari China, Lin Dan yang menewaskannya empat daripada lima pertemuan tahun ini.Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai berkata kemenangan Chong Wei menundukkan pemain ranking ketiga dunia itu sangat penting dalam memastikan ranking teratas dunia masih milik pemain negara itu.“Pertemuan antara Chong Wei dan Chen Long adalah baik apa lagi perlawanan itu diadakan di tempat sendiri. “Chong Wei juga sudah bersedia dan kemenangan adalah penting bagi meningkatkan semula keyakinannya,” katanya mengenai Chong Wei yang sudah tujuh kali menjuarai Terbuka Malaysia.\n\n\nMengenai undian Terbuka Malaysia yang akan berlangsung 10 hingga 15 Januari ini, Chin Chai berkata dia berasa undian kali ini lebih terbuka dengan beregu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang diletakkan pilihan keempat mempunyai peluang mengembalikan kegemilangan.“Kien Keat-Boon Heong juga ada peluang tetapi pada pusingan separuh akhir mereka berkemungkinan bertemu halangan besar iaitu pasangan nombor dua dunia, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan,” katanya.Pasangan negara yang tidak pernah menang dalam keenam-enam pertemuan dengan beregu Korea itu sebelum ini bergelut dalam mencipta kejayaan menjelang Olimpik apa lagi selepas prestasi buruk pada Siri Super Masters Akhir di China yang mencatatkan kekalahan dalam semua tiga perlawanan peringkat kumpulan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|