CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

LBS Bina teroka pasaran China

[Copy link]
Post time 4-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Syarikat hartanah rancang majukan projek pembangunan  di Zhuhai 2013\rLBS Bina Group Bhd merancang meneroka pasaran China tahun depan dengan memajukan projek pembangunan hartanah di Zhuhai, satu daripada wilayah ekonomi utama negara itu.\r\n\n\n\n\r  Pengarah Urusannya Datuk Lim Hock San berkata, Zhuhai dipilih kerana lokasinya yang strategik antara Hong Kong, Macau dan wilayah ekonomi utama China yang lain serta kedudukannya sebagai Zon Ekonomi Khas (SEZ) yang turut menempatkan kawasan perindustrian berteknologi tinggi negara itu.\r\r\n\n\n\n\n  “Sebelum ini kami merancang melaksanakan projek itu tahun ini, tetapi memutuskan untuk menangguhkannya ke tahun depan untuk mengkaji sentimen pasaran hartanah di sana.\r“Zhuhai bukan pasaran baru kerana kami sudah memiliki lapangan golf dan litar perlumbaan, Zhuhai International Circuit LBS, namun dari segi pembangunan hartanah, projek ini akan menjadi yang pertama bagi kami di sana,” katanya sambil menambah pihaknya masih belum menentukan sama ada akan membangunkan projek hartanah bercampur ataupun kediaman.\rBeliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.\rEGM berkenaan diadakan bagi mendapatkan kelulusan pemegang saham bagi pembelian semula sehingga 10 peratus saham yang diterbitkan dan berbayar syarikat itu.\r\n\n\n\rDalam perkembangan lain, Lim berkata, pihaknya sedang berunding dengan beberapa pihak bagi mengadakan usaha sama memajukan projek hartanah berpotensi di Semenanjung Malaysia.\r“Kami menyasarkan membangunkan satu atau dua projek secara usaha sama. Antara lain, ia akan membabitkan pembangunan tanah kerajaan tetapi tidak boleh menyatakan lebih lanjut butirannya buat masa sehinggalah rundingan itu dimuktamadkan,” katanya.\rBeliau juga berkata, bagi tahun ini pihaknya akan melancarkan 16 projek baru membabitkan pembinaan 2,426 unit kediaman bernilai RM1.5 bilion, manakala sebanyak 21 projek bernilai RM665 juta sedang dalam pelaksanaan.\rKatanya, beliau yakin semua projek terbabit iaitu di D\'Island Residence, Bandar Saujana Putra, Taman Golden Hills Cameron Highlands dan Bandar Putera Indah Batu Pahat, Johor, akan membantu syarikat mencapai sasaran jualan RM800 juta tahun ini. \r“Walaupun dalam persekitaran pasaran yang mencabar, kami percaya dapat meraih jualan lebih tinggi mencecah RM950 juta pada 2013 berdasarkan permintaan hartanah yang kukuh, dan jika ia dicapai mungkin kami akan pertimbangkan untuk menaikkan sasaran jualan kepada RM1 bilion dalam tempoh dua tahun akan datang,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.047230 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list