CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 193|Reply: 0

REDtone Mobile lantik 2 pemegang saham baru

[Copy link]
Post time 4-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Syarikat atur strategi  tingkat perniagaan maya mudah alih\rREDTONE International Bhd, membawa masuk dua pemegang saham baru ke dalam anak syarikatnya, REDtone Mobile Sdn Bhd (REDtone Mobile), penyedia perkhidmatan pengendalian rangkaian maya mudah alih (MVNO) dalam usaha menumpukan kepada bidang perniagaan kepakarannya.\r\n\n\n\n\rKetua Eksekutif REDtone, Lau Bik Soon, berkata kemasukan dua pemegang saham baru iaitu Teh Beng Hock serta Tee Yew Yew sebahagian daripada strategi rasionalisasi perniagaan kumpulan itu.\r\r\n\n\n\n\nSusulan itu katanya, kumpulan menerusi REDtone Technology menjual 65 peratus ekuitinya dalam REDtone Mobile yang menawar perkhidmatan data dan jalur lebar kepada Beng Hock  dan Yew Yew dengan masing-masing memegang kepentingan saham sebanyak 32.5 peratus.\r“Pemegang saham baru perlu bagi menumpukan kelebihan daya saing syarikat dan menjadikan perkhidmatan MVNO yang ditawarkan lebih menarik,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.\rBeng Hock  dan Yew Yew ialah pemegang saham Elepoint Sdn Bhd iaitu penjual semula perkhidmatan Celcom yang terbesar dalam segmen korporat di Malaysia.\r“Mereka memiliki pengalaman lebih 15 tahun dan mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai perniagaan mudah alih di negara ini. Ditambah pula kepakaran REDtone dalam segmen perniagaan kecil dan sederhana, kami percaya perkongsian ini akan melonjakkan REDtone Mobile ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.\r\n\n\n\rBeliau berkata, berkuat kuasa serta-merta, pasukan pengurusan baru akan mengambil alih REDtone Mobile dengan seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang berpengalaman luas akan dilantik.\r“Kini kami dapat memberi tumpuan yang lebih baik kepada usaha mengembangkan perniagaan data dan jalur lebar yang dijangka akan menjadi penyumbang utama keuntungan dan hasil kutipan kumpulan menjelang tahun kewangan 2012,” katanya.\rSebagai penyedia perkhidmatan MVNO, REDtone Mobile akan menggunakan rangkaian digital Celcom untuk menawarkan perkhidmatan mudah alih kepada pelanggannya dan sejak dilancarkan pada tahun 2009, REDtone sudah melaburkan lebih RM3 juta ke dalam perkhidmatan berkenaan.\rBik Soon menjelaskan, modal terbitan dan berbayar semasa REDtone Mobile   RM500,000 dan selepas urus niaga itu selesai, ia akan dinaikkan kepada RM850,000. \rKatanya, pemegang saham barunya akan membeli 350,000 saham biasa berharga RM1 setiap satu dalam syarikat berkenaan. \r“REDtone Mobile juga akan membayar balik bayaran pendahuluan tertunggak bersih berjumlah RM1.9 juta kepada REDtone Technology,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.051863 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list