CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 0

BMW perkenal varian baru

[Copy link]
Post time 6-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Enjin petrol empat silinder baru tingkat keupayaan memecut\rBMW Group Malaysia membuka tahun baru dengan memperkenalkan varian baru bagi BMW 5 Siri yang menampilkan enjin petrol empat silinder terbaru dengan teknologi BMW TwinPower Turbo.\r\n\n\n\n\r  Enjin baru itu yang menampilkan unit turbo dua liter terbaru BMW dengan turbocaj skrol berkembar, kawalan injap pelbagai VALVETRONIC dan kawalan kepala injap Double-VANOS itu kini digunakan oleh dua model baru sepenuhnya iaitu BMW 520i serta BMW 528i M Sport.\r\r\n\n\n\n\n  Berikutan itu, kedua-dua model itu menepati strategi kumpulan itu untuk menyediakan pemanduan lebih lancar dan cekap.\rPengarah Urusan BMW Malaysia, Geoffrey Briscoe, berkata pengenalan enjin empat silinder baru yang dilengkapi enjin petrol TwinPower Turbo BMW itu meningkatkan lagi kejayaan BMW 5 Siri sebagai kenderaan sedan eksekutif premium di negara ini.\r“Enjin baru itu bukan saja menyaksikan kembalinya BMW 520i sebagai varian asas, namun begitu akan turut menampilkan model BMW 528i M Sport dipertingkat yang akan mengukuhkan cita-cita kami dari segi kecekapan dan kemapanan,” katanya dalam satu kenyataan.\rModel BMW520i dilengkapi dengan unit kuasa petrol empat silinder dua liter dengan teknologiBMW TwinPower Turbo yang mampu menghasilkan 135 kilowatt (kW) dengan 184 kuasa kuda. \r\n\n\n\rVarian baru BMW 5 Series itu juga mampu mencapai pecutan dari sifar ke 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh lapan saat dengan kelajuan tertinggi 226 km/j.\rSementara itu, model BMW 528i M Sport pula didatangkan dengan teknologi baru BMW TwinPower Turbo yang menghasilkan 180kW dengan 245 kuasa kuda.\rDengan enjin turbo empat silinder baru ini, kereta itu mampu memecut daripada sifar ke 100km/j dalam hanya 6.3 saat dengan kelajuan tertinggi 250km/j.\rVarian baru BMW 5 Siri baru itu juga dilengkapkan dengan model sedan BMW 520d dipertingkatkan yang menghasilkan 135 kW dengan 184 kuasa kuda.\rSeperti semua kenderaan modennya, varian baru bagi BMW 5 Series juga memberi tekanan beberapa inovasi EfficientDynamics BMW seperti Penjana Semula Tenaga Brek, Stering Elektro-mekanikal dan transmisi automatik lapan kelajuan sebagai standard.\rSebagai tambahan, semua varian baru itu juga dilengkapi peralatan yang dinaik taraf dalam Kawalan Pengalaman Pemanduannya seperti butang yang terletak di konsol pusat bagi membolehkan pemandu menyelaras tetapan bagi pemacu, enjin, stering, transmisi, sistem suspensi dan kawalan kuasa cengkaman kenderaan.\rKetiga-tiga model baru itu dilindungi oleh program servis lanjutan BMW iaitu BMW Service + Repair Inclusive (BS+RI) yang meliputi penggantian atau baik pulih biasa serta penyelenggaraan, servis dan baik pulih komponen kilang kenderaan.\rProgram servis itu memberikan keselesaan kepada pemilik BMW dan menyediakan perlindungan selama tiga dari tarikh pendaftaran asalnya atau 60,000 kilometer yang mana terlebih dulu.\rHarga tanpa insurans bagi varian baru itu ialah RM358,800 (BMW 520i), RM409,800 (BMW 528i M Sport) dan RM333,800 (BMW 520d).

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.103812 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list