View: 180|Reply: 0
|
Binapuri Norwest dapat kuota jana tenaga solar
[Copy link]
|
|
Projek hartanah mewah di Segambut platform jana tenaga mesra alam\rBINAPURI Norwest Sdn Bhd, syarikat usaha sama Bina Puri Holdings Bhd dan Norwest Holdings Sdn Bhd, muncul pemaju perumahan pertama di negara ini yang memperoleh kuota bagi menjana tenaga elektrik daripada tenaga solar daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA).\r\n\n\n\n\r Syarikat itu akan menggunakan projek hartanah mewah pertamanya, Laman Vila @ Mont Kiara North di Segambut, yang bakal dilancarkan pertengahan bulan depan sebagai platform bagi penjanaan tenaga elektrik berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n Presiden Bersamanya, Datuk Aziz Bahaman, berkata pemberian kuota itu adalah sama seperti syarikat mendapat lesen pengeluar tenaga bebas (IPP) mini yang membolehkan pihaknya menjana tenaga elektrik daripada panel solar yang dipasang di bumbung kediaman Laman Vila untuk dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).\rKatanya, tarif yang dipersetujui bagi tenaga elektrik yang akan dibekalkan kepada TNB ialah RM1.49 per kilowatt jam (kWj), manakala pembelian balik daripada TNB untuk kegunaan kawasan kediaman terbabit adalah pada harga 40 sen per kWj.\r“Minggu lalu, kami berjaya memperoleh kuota bagi menjana 300 kW tenaga elektrik dan berdasarkan jumlah itu kami menyasarkan dapat menjana pendapatan sekitar RM50,000 sebulan untuk perbadanan pengurusan kawasan kediaman ini.\r“Daripada pendapatan itu, penghuni Laman Vila @ Mont Kiara North tak perlu membayar apa-apa caj pengurusan atau perkhidmatan penyelenggaraan mereka sekurang-kurangnya sehingga 21 tahun,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\r\n\n\n\rPengurus Besar Bina Puri Properties Sdn Bhd, Lee Tong Leong pula berkata, bagi projek itu kedua-dua syarikat bersetuju memperuntukkan RM3 juta bagi membangunkan infrastruktur dan kemudahan tenaga solar terbabit.\rKatanya, tempoh pengurusan tarif galakan (FiT) yang diberikan SEDA bagi kuota itu adalah selama 21 tahun.\r“Kami menjadi pemaju hartanah pertama yang berjaya memperoleh kuota IPP ini dan ia membuktikan sokongan serta pembabitan kami dalam agenda pembangunan hijau kerajaan.\r“Kami percaya ia mampu dikembangkan kerana penghuni pada masa depan tidak lagi perlu dibebankan dengan caj perkhidmatan atau penyelenggaraan yang tinggi,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|