CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2958|Reply: 12

Rahsia Awet Muda

[Copy link]
Post time 12-1-2012 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Apakah Rahsia Awet Muda?.



KETIKA usia meningkat, kita tidak dapat lari daripada realiti apabila wujudnya kesan garis halus, kedutan dan tanda penuaan lain pada kulit malah membuatkannya makin hilang keanjalan.

Adakah cara untuk kekal muda. Ramai orang dah dedah rahsia awet muda mereka. Bukan sahaja artis malah Pemain bola sepak tertua Negeri Sembilan Ching Hong Aik juga dedah rahsia awet muda.

Pakar produk organik untuk penjagaan kulit dari Perancis, Melvita, menggunakan sel tunjang putik pokok bic, yang dikenali sebagai ‘pokok awet muda’ bersama biji bunga raya dan pelbagai ekstrak biji benih antipenuaan.

Tumbuhan Asli Rahsia Awet Muda

Ia digabungkan dengan hasil penyelidikan saintifik dalam penjagaan kulit bagi menghasilkan ‘Botox Hijau’ iaitu formula antipenuaan semula jadi organik dikenali sebagai rangkaian Naturalift Hibiscus Skin Renewal.

Produk terbaru ini merangkumi krim keremajaan kulit, serum kulit, kompleks kulit mata dan bibir serta dan pupur wajah. Rangkaian pembaharuan kulit ini memberikan nafas baru ke dalam sel kulit untuk menentang gejala penuaan dari dalam sel.Produk ini berkesan mencerahkan dan mengurangkan kesan garis halus dan kedutan serta membuatkan kulit kembali anjal selain memberikan tenaga kepada sel kulit untuk pulih dengan lebih cepat.

Selain itu, ia menggunakan teknologi baru gemoterapi (terapi sel tunjang putik) untuk mengekstrak sel tunjang tumbuhan daripada putik pokok bic bagi mendapatkan ramuan aktif DNA pokok.

Malah, gabungan pelbagai ekstrak biji benih antipenuaan lain antaranya biji bunga raya, rose hip, delima, borage dan camelina yang kaya dengan hormon tumbesaran semula jadi daripada pokok serta faktor pertumbuhan epidermis dan asid lemak membolehkannya memberi kesan lebih memberangsangkan.

Ia juga kaya dengan asid lemak penting, oligopeptida dan ramuan aktif lain.
Penggunaannya membuatkan kita tidak perlu lagi menanggung rasa tegang seperti kulit disapu lilin yang terhasil akibat kesan sampingan daripada suntikan botox.

Sel tunjang putik pokok bic juga membantu membaiki resapan oksigen ke dalam sel kulit untuk memberikan tenaga tambahan bagi membantu meningkatkan pembaharuan sel kulit.

Di samping itu, produk ini juga diberikan tambahan khasiat gam akasia dalam menangani masalah kulit tidak anjal. Bahan ini digabungkan dengan kompleks bakteria nodul akar untuk membentuk membran anjal pada permukaan kulit.

Selain itu, gam akasia juga mempunyai keupayaan luar biasa untuk melembapkan kulit dan kaya dengan gula dan protein.

Apabila digabungkan dengan polisakarida kompleks iaitu bakteria nodul akar yang dipatenkan (sejenis bakteria tanah), ia bersama-sama bertindak meningkatkan keupayaan gam akasia untuk menambah ketegangan kulit.

Hasilnya, kulit menjadi tegang dan anjal serta-merta dengan kesan penegangan dan kecerahan ketara, di samping mengurangkan kesan kedutan di hujung mata dan pipi.

Sementara itu, oligopeptida dalam ekstrak protein daripada biji bunga raya pula mempunyai khasiat setanding botox kerana ia boleh mengurangkan pengecutan sel otot bagi memberikan kesan mencerah serta mencegah garis halus.

Biji bunga raya juga berkesan menentang radikal bebas dengan menguatkan daya pertahanan dan merangsang keupayaan sel untuk menentang radikal bebas.

Krim keremajaan kulit Naturalift ini juga dihasilkan daripada jus pokok mamaku yang berasal dari New Zealand, camelina serta minyak kacang argan yang berkesan melicinkan kedutan.

Krim muka organik ini mempunyai tekstur ringan dan halus dengan bau semula jadi yang lembut dan boleh digunakan sebagai krim siang dan malam.

Ia boleh diperoleh pada harga RM218 untuk isian 50 mililiter.

Serum kulit Naturalift pula mengandungi ekstrak jojoba, aloe vera dan tumbuhan lain yang memberi kesan penghidratan dan antipenuaan serta mengurangkan kedutan.

Ramuan utamanya termasuk ekstrak argan, centella dan rose hip pula mempunyai keupayaan untuk memulihkan kulit yang lemah. Ia berharga RM218 untuk isian 75 mililiter.

Produk kompleks kulit – mata dan bibir jenama ini pula disasarkan pada kulit di keliling mata dan bibir kerana ia mengandungi khasiat pelembap dan pemulihan yang diperoleh daripada minyak rasberi, mentega shea, stevia dan madu yang berkesan untuk mengurangkan kedutan dan garis halus.

Gabungan bahan terbabit dengan gam akasia dan lilin gandum kuda membantu menegang dan mengurangkan kesembapan mata.

Ekstrak chlorella dengan ciri nyah toksin juga berkesan mencerahkan lingkaran gelap bawah mata agar mata dan bibir tampak lebih muda dan menawan.

Sementara itu, pupur wajahnya kaya dengan ciri rumpai laut merah yang berkesan menguatkan penggabungan sel dan menambah kandungan oksigen dalam kulit.

Formula ini ditambah pelbagai ciri penghidratan dan pemulihan daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan seperti borage, sisymbrium, bellis dan minyak rose hip, untuk menghidratkan dan melembapkan kulit dengan lebih berkesan.

Pupur dengan tekstur berkrim serta lembut dan licin ini bertindak bersama minyak pati geranium dan rosewood yang harum bagi memulihkan kesegaran dan seri kulit.

FAKTA :

Biji bunga raya

BUNGA raya atau nama saintifiknya hibiscus rosa sinensis tergolong dalam keluarga Malvaceae adalah herba astringen dan menyediakan vitamin c.

Ia mengandungi musilaj polisakarid dan pectin serta asid organik, glikosid sianidin (bahan antiestrogen) dan mengandungi sejenis lendir atau mucin yang memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan rongga paru-paru.

Bijinya bermanfaat untuk menguatkan daya pertahanan dan merangsang keupayaan sel untuk menentang radikal bebas yang terhasil di persekitaran.

Rose hip

JUGA dikenali sebagai rose haw.

Ia mengandungi kandungan vitamin A, D dan E serta vitamin C yang tinggi menjadikannya sumber antioksidan yang baik untuk kulit.

Delima

BERASAL dari kawasan Mediterranean dan banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.

Dikenali sebagai punica granatum dari segi saintifik ia mengandungi banyak zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C.

Gam Akasia

POKOK gam akasia Arab berasal dari bahagian selatan padang pasir Sahara. Resin diperoleh daripada getah pokok ini, yang boleh diibaratkan darah pokok, yang bertanggungjawab mengangkut nutrien hidup ke pelbagai bahagian pokok. Ia kaya dengan hormon tumbesaran pokok (iaitu hormon tumbuhan) dan garam galian.

Minyak kacang Argan

IA diperoleh dari kacang kernel Argania Spinosa iaitu nama saintifik bagi pokok Argan.

Minyak Argan digunakan dalam pelbagai bidang masakan dan kosmetik.

Bahan ini melindungi kulit daripada kedutan disebabkan penuaan pramatang dan membantu mengurangkan penampilan kedutan bawah mata.

Minyak ini juga kaya dengan protein yang sangat baik untuk keanjalan kulit. Ia mampu menguatkan struktur ikatan protein pada kulit dan berfungsi menegangkan kulit serta menjadikan ia kelihatan lebih segar.

Malah, ia sangat baik untuk kulit kering kerana mampu menyegar serta melembutkan kulit lebih mudah daripada penggunaan krim atau minyak yang lain.

Camelina

TERGOLONG dalam keluarga tumbuhan Brassicaceae. Ia memiliki bunga empat kelopak berwarna kuning pucat.
Ia kaya dengan hormon tumbesaran semula jadi yang mampu menenangkan otot muka selain melicinkan garis penuaan dan mengurangkan kedutan. Sekaligus menjadikan wajah anda awet muda.

Kredit Info : kamalmustafa.com : Tumbuhan Asli Rahsia Awet Muda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2012 03:48 PM | Show all posts
panjangnye, mls nk baca...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 02:19 AM | Show all posts
mls nk bce..nk tacang jer
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 09:50 AM | Show all posts
Tengok harge..mak aii
Baik ai petik ulam kat belakang umah,
Antara rahsia awet muda; ulam-ulaman
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 11:27 AM | Show all posts
Murahkn senyuman,senantiasa diri dlm keadaan berwuduk dan amlkn cara pemakanan dan gaya hidup yg sehat.Rahsia awet muda paling mujarab.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 11:33 AM | Show all posts
Rahsia awet muda yang paling mujarab. Kalo umo ko 36 dan orang tanya braper umo ko, ko jangan kabo kater umo ko 36, ko kater umor ko 63......nanti musti orang yang tanya tu akan terkejut dan memberi reaksi spontan "Eiiiiii, you nampak muda, cam 36 jer."
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2012 01:35 PM | Show all posts
selalu senyum..jgn ada hasad dengki
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 09:23 PM | Show all posts
terlalu panjang.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2012 04:46 PM | Show all posts
cari sifu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 04:47 PM | Show all posts
Kuala Lumpur ada sorang Sifu Cina dengan rahsia awet muda. 0172830838
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 04:52 PM | Show all posts
mahalnya......cuba ikut kak nita, air sembahyang je uols.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 08:09 PM | Show all posts
mak aih...cek hai sunggoh
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 08:11 PM | Show all posts
Reply 11# AnakJantan1987


   tulah pasal...sharifah shahwati lak guna air yasin ja basuh muka pepagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.287533 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list