CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 263|Reply: 0

Rekod bersih Tentera lebur

[Copy link]
Post time 22-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
REKOD tanpa kalah pasukan berstatus bintang, Tentera akhirnya lebur seawal perlawanan keempat Liga Perdana apabila mereka tewas 1-2 kepada Sime Darby di Stadium Selayang, petang semalam.\rPerlawanan diadakan semula dengan jaringan 0-0 selepas pertemuan asal, petang kelmarin hanya sempat berlangsung 40 minit sebelum ditangguh akibat hujan lebat dan ribut petir ketika Tentera mendahului 2-0 menerusi dua jaringan Marlon Alex James.\r\n\n\n\n\r  Namun, situasi cukup berbeza petang semalam apabila Tentera biarpun mendahului hasil tandukan kapten, Hairuddin Omar seawal minit kesembilan terpaksa akur dengan dua gol pemain import Sime Darby, Sengbah Kennedy pada minit ke-24 dan Patrick Ronaldinho Wleh (41).\r\r\n\n\n\n\n  Peluang terbaik Tentera menyamakan kedudukan disia-siakan Fitri Omar apabila sepakan penalti pada minit ke-71 berjaya diselamatkan penjaga gol Sime Darby, Redzuan Harun yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan.\r“Ini pengajaran berguna. Pemain ambil mudah selepas kita mendahului 2-0 semalam (kelmarin). Tapi kali ini apabila ketinggalan 1-2, gol pula hasil kesilapan pertahanan kita, sukar untuk kita kejar dan penalti pun tak masuk,” kata jurulatih Tentera, B Satiananthan.\rJurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria berkata: “Kita dah nampak kesilapan semalam (kelmarin) dan cuba ubah taktikal. Ia berjalan dengan baik apabila pemain mengikut arahan. Alhamdulillah, tiga mata ini cukup berharga.”

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.070501 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list