CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 170|Reply: 0

Hadiah lumayan menanti peserta Suara Fantasi

[Copy link]
Post time 26-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
JIKA anda memiliki bakat dalam nyanyian dan berasakan keupayaan itu harus dikongsi bersama masyarakat, apa kata sertai Pertandingan Karaoke Suara Sensasi 1 Malaysia yang bakal diadakan mulai 27 Januari.\rPertandingan anjuran Azmee Sound & Light dengan kerjasama Rimba Putih Sdn Bhd dan Ombak Tinggi Sdn Bhd itu bukan sekadar memberikan peluang kepada bakat baru menonjolkan bakat, malah ia turut menyediakan habuan hebat kepada pemenang.\r\n\n\n\n\rJuara bakal menerima wang tunai RM3,000, manakala naib juara dan pemenang tempat ketiga pula masing-masing akan membawa pulang RM2,000 dan RM1,000, selain piala, sijil dan hamper.\r\r\n\n\n\n\nDiadakan pada setiap Sabtu dan Ahad, mulai jam 8 malam, sempena penganjuran Karnival Bukit Jalil 1Malaysia, pertandingan ini terbuka kepada sesiapa saja yang berminat. Setiap penyertaan dikenakan bayaran pendaftaran RM50.\rBagi mendapatkan borang penyertaan dan mengemukakan pertanyaan, bolehlah berbuat demikian dengan merujuk kepada pihak penganjur di konti DJ Suara Fantasi di tapak karnival, ataupun dengan menghubungi Puan Zie di talian 019-3653678 atau Manan, 019-6489493.\rPenyertaan adalah terhad dan bagi mengelakkan keciciran daripada pertandingan ini, anda dinasihatkan mendaftarkan diri lebih awal.\rPeringkat saringan akan bermula pada 27 Januari, manakala saingan akhir pula dijadualkan berlangsung pada Mac depan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.549986 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list