KUALA LUMPUR, 25 JANUARI 2012: Penyanyi, Anis Aneesa selamat mengikat tali pertunangnnya bersama jejaka yang berasal dari Iran, Ali Hedayati, 32, di Hotel Quality, Jalan Raja Laut, Jumaat lalu.
Meskipun baru berkenalan sejak enam bulan lalu dengan tunangnya yang juga seorang ahli perniagaan di Malaysia, Anis Aneesa atau nama sebenarnya Nuranishazwani Mushidi, 25, berkata sikap Ali yang bersifat pelindung telah membuat dia tidak teragak-agak untuk menerima lamarannya.
"Kami mula berkanalan dan saling kenal mengenali sejak pertama kali berjumpa di majlis ulang tahun rakan kami.
"Selepas berkenalan, kami tidak mengambil masa yang lama untuk meneruskan hubungan cinta. Bagi saya dia seorang lelaki yang sangatcaring dan penyayang. Malah saya akan rasa begitu selamat bila bersamanya.
"Soal berlainan bangsa dan asal itu tidak menjadi masalah besar, kerana apa yang penting dia beragama Islam," katanya.
Pasangan tersebut bagaimanapun telah merancang untuk tidak mengikat ikatan pertunangan dengan agak lama kerana bakal mendirikan rumah tangga dalam masa enam bulan lagi.
"Kami sudah merancang untuk berkahwin selepas enam bulan mengikat tali pertunangan. Namun tarikhnya belum ditetapkan lagi," katanya lagi.
Diraikan dalam majlis yang sederhana, pertunangan tersebut hanya dihadiri oleh saudara terdekat dari kedua belah pihak serta sahabat handai.
Sementara itu, Ali pula tidak melepaskan peluang untuk meluahkan rasa bahagianya apabila memiliki Anis yang kini sudah menjadi tunangnya.
"Bagi saya Anis seorang perempuan Islam yang baik dan menjaga tingkah lakunya kerana dia masih tinggal bersama ibu bapanya walaupun sudah dewasa.
"Saya yakin saya hanya sayangkan dia seorang untuk selamanya," luahnya.
Selain sanak saudara, majlis yang bertamakan warna merah itu turut dihadiri oleh rakan artis seperti Ayati Tasrip, Yantzen dan ramai lagi.
Anis pernah merakamkan album Kompilasi - Lagenda Cinta & Dang Dang Dut 3 dan mempunyai sebuah album mini berjudul Anis Aneesa yang telah menggunakan khidmat Ajai sebagai penerbit album serta komposer.
-murai
Tahniah! {:4_182:}
iols x kenal anis neh.. cari kat utube jumpa video ni jah
Bleh percayake mamat2 Iran ni?entah2 dah kawin dan ada anak bini kt sana...siasat lah dulu..kdg2 ahli keluarga bakal suami pun belom tentu boleh percaya...huhuhu