|
Filem: Underworld Awakening\rGenre: Aksi, seram, fiksyen sains, fantasi\rPengarah: Mans Marlind dan Bjoern Stein\r\n\n\n\nPelakon: Kate Beckinsale, Stephen Rea, Michael Ealy, Theo James, India Eisley, Charles Dance \rDurasi: 88 minit \rTarikh tayangan: 19 Januari 2012.\r\n\n\n\n\n\rPERTARUNGAN antara pontianak dan serigala jadian atau Lycans dalam filem Underworld Awakening kian memuncak selepas Rise of the Lycans, tiga tahun lalu.\rFilem arahan Mans Marlind dan Bjorn Stein ini ialah judul keempat dalam siri filem Underworld dan kali ini ia mengisahkan gadis bernama Eve yang berdarah Lycans dan pontianak, yang menjadi buruan binatang buas itu.\rEve lakonan India Eisley yang disimpan di dalam makmal sebagai bahan penyelidikan untuk mencari vaksin kepada wabak yang melanda penduduk di bandar itu tiba-tiba meloloskan diri. \rWatak utamanya, Selene (Kate Beckinsale) turut ditempatkan di situ sejak 12 tahun lalu, selepas menjadi buruan manusia dan terpisah dengan kekasihnya, Michael Corvin (Scott Speedman).\rSelene tidak menyangka bayangan yang disangkanya sebagai Michael, yang pernah dilihatnya ialah Eve. Telepati yang dirasai mereka menguatkan lagi perasaan Selene bahawa gadis berusia 12 tahun itu ialah anaknya dengan Michael. \rSelene yang dipertemukan dengan anaknya itu bagaimanapun masih mengesan Michael, yang menghilangkan diri selepas menemui lelaki itu, yang turut disimpan di makmal terbabit. \rRentetan cerita juga semakin memuncak dengan kemunculan Eve, yang mempunyai kekuatan luar biasa. Pastinya kisah gadis ini akan diketengahkan dengan lebih besar pada siri akan datang.\rBagi penggemar filem aksi dan filem yang dihasilkan dalam format tiga dimensi (3D) serta pengikut setia siri filem Underworld, pastinya siri keempat ini tidak mahu dilepaskan mereka. \rPada ketika harapan penonton mungkin berkurangan selepas sudah beberapa episod ia diangkat ke layar lebar, Underworld Awakening hadir sebagai sebuah judul yang menghiburkan. \rBukan saja kuat dari segi plotnya, malah teknik janaan komputer (CGI) yang digunakan juga menyerlahkan lagi filem yang mula ditayangkan pada 19 Januari ini. Sinematografinya juga harus dipuji apabila ia mencantikkan lagi filem ini.\rJudul pertama daripada siri filem Underworld, ia memberikan peluang buat penonton menikmati visual lebih jelas dan mengagumkan. Terima kasih kepada penggunaan kamera ‘red epic 3D’ yang memberikan pengalaman menonton lebih hebat kepada audien.\rBagi yang tidak sempat menonton tiga filem terdahulu, usah bimbang kerana imbasan kembali digunakan pengarah pada permulaan cerita, bagi memberikan kefahaman lebih baik buat mereka.\rPendek kata, Underworld Awakening ialah judul terbaik dalam siri filem ini, disokong skrip yang baik, aksi yang mengagumkan dan teknik 3D yang begitu menghiburkan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|