CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8577|Reply: 33

Puak asli aneh berkeliaran di tebing sungai di tenggara Peru

[Copy link]
Post time 2-2-2012 12:05 PM | Show all posts |Read mode

GELAGAT beberapa orang asli Mashco-Piro yang berada di tebing sungai Madre de Dios, di tenggara Peru dirakamkan menerusi teleskop oleh seorang pengembara Sepanyol, Diego Cortijo pada 16 November tahun lalu tetapi didedahkan Survival International kelmarin.



LIMA - Pihak berkuasa Peru menyatakan, mereka sukar membendung orang luar daripada mendekati satu kumpulan suku kaum pribumi hutan Amazon di Amerika Latin yang mula berkeliaran di tepi tebing sungai selepas mereka terasing daripada peradaban manusia.
Puak itu dikenali sebagai Mashco-Piro, kumpulan kecil orang asli berkenaan mula berkeliaran di tebing sungai sebuah hutan yang popular dalam kalangan pelancong sejak tahun lalu.
Tingkah laku mereka mengelirukan ramai saintis.
Adalah dipercayai bahawa kemunculan suku Mashco-Piro itu adalah disebabkan pencerobohan hutan oleh pembalak serta bunyi bising pesawat yang terbang rendah dari kawasan eksplorasi minyak dan gas asli di sekitarnya.
Setakat ini, suku kaum Mashco-Piro dipersalahkan berhubung kejadian serangan anak panah terhadap orang ramai yang berada di tebing sungai berkenaan di negeri Madre de Dios, tenggara Peru apabila puak berkenaan muncul buat pertama kali pada Mei tahun lalu.
Pada bulan berikutnya, sebilah anak panah menusuk jantung seorang penduduk pribumi tempatan, Nicolas "Shaco" Flores yang sudah lama menjalin hubungan baik dengan suku kaum Mashco-Piro.
"Kini sukar buat kami untuk mengetahui punca suku kaum Mashco-Piro keluar dari rimba kerana satu-satunya individu yang dapat bertutur dengan mereka sudah mati," kata seorang pakar arkeologi Sepanyol, Diego Cortijo.
Pada Selasa lalu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Survival International menyiarkan gambar-gambar orang asli Mashco-Piro berkeliaran di tebing sungai tersebut.
Sehingga kini dipercayai terdapat beberapa ratus orang asli Mashco-Piro hidup di hutan Taman Negara Manu di Peru. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2012 12:06 PM | Show all posts
Uisskkkk.... Kalau bagi Iphone kat mereka ni, mesti dimakannya ..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 12:14 PM | Show all posts
Mereka mesti pandai main Angry Birds.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 12:16 PM | Show all posts
Uisskkkk.... Kalau bagi Iphone kat mereka ni, mesti dimakannya ..
perang_sivil Post at 2-2-2012 12:06



    ... hahaha mmg lawak.. dorang mkn iphone..
kalo kasi burger mcm mana pulak ekk..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 12:49 PM | Show all posts
ada lagi manusia yg terputus dgn peradaban dan tamadun manusia..
mmg menarik minat org nak wat kajian ni..
but kang kena panah plak...adehhh!
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 04:46 PM | Show all posts
adekah dorang tau puak dorang bernama Mashco-Piro
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2012 07:26 PM | Show all posts
ayo...vougenya akak tu dok bersilang
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 09:20 PM | Show all posts
Dia orang geng makan orang tak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2012 09:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by reddots at 2-2-2012 21:47

bila gugel.. byk plak gmbo dia..
















kat gugel ada gmbo akak tu terkangkang..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 09:46 PM | Show all posts
nie mcm filem the cannibal tu, pelakon dia pun serupa mcm tu gak
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 09:50 PM | Show all posts
kesian la plak kan..kehidupan derang dah terancam...




senjata ke hapa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 10:55 PM | Show all posts
diaorg berlakon je tu... sebenarnya peradaban diaorg lebih canggih dari alien...

tak lama lagi diaorg akan melaksana misi menakluk bumi
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 07:07 AM | Show all posts
diaorg berlakon je tu... sebenarnya peradaban diaorg lebih canggih dari alien...

tak lama l ...
areenarena Post at 2-2-2012 22:55



    dorangkh penyebab 2012
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 12:38 PM | Show all posts
Diorg ni semua pelakon handalan diupah KERAjaan Peru.

Nnt boleh tingkatkan industri pelancongan buat 'pengkaji' yg nak datang 'mengkaji' org asli ni.

Hotel2 akan penuh ditempah, syarikat penerbangan akan penuh ditempah, pemandu pelancong akan penuh ditempah. Terompah pun akan penuh ditempah. Abis semua produk Peru akan penuh ditempah. Duit masuk.... Pakcik kayo...

Kt skolah dulu aku dh belajar teknik ekonomi ni. Ni la namanya ekonomi tempah menempah.

p.s: apa aku merepek ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 04:27 PM | Show all posts
teringat ngan kisah org Tasaday dlm buku teks sejarah sek. menengah dulu. last2 4-5 thn lps dpt tau tu cuma 'hoax' semata2
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 04:54 PM | Show all posts
Diorg ni semua pelakon handalan diupah KERAjaan Peru.

Nnt boleh tingkatkan industri pelancongan  ...
muda_nerq Post at 3-2-2012 12:38


betul tu..dulu benda ni penah blaku..peru upah org utk blakon konon2 jumpa org asli..pehtu kantoi pelakon tu bagi tau kat press
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2012 07:23 PM | Show all posts
tak logik. tgk perawakan mereka tak mcm org yg jauh dari tamadun dunia even org asli kat gurun kalahari pun lebih kelihatan sakai dr mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 11:51 PM | Show all posts
Kreatifnye umah diorang..orang2 dia lebih kurang yang ada kat pedalaman kita jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 05:14 AM | Show all posts
wah..info yg menarik..

dorg ni mst mcm yg zaman purba kn?xtau sepatah haram pn ngn peredaran masa..tu yg dorg sibok memanah pelancong..

org asli kte pn lg maju
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2012 10:54 AM | Show all posts
adakah inilah kelompok minoriti yang gigih dalam misi menyelamatkan bumi daripada dirosakkan oleh manusia sendiri...?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.080370 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list