CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

Norizan tagih aksi mantap

[Copy link]
Post time 11-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
AKSI mantap seperti ketika menumpaskan Sarawak 2-1 di Ipoh Rabu lalu, diharap mampu diulangi pemain Perak apabila turun menentang T-Team di Kuala Terengganu malam ini supaya kedudukan selaku pendahulu Liga Super dapat dipertahankan.\r“Mempertahankan kedudukan pendahulu serta meneruskan rentak kemenangan menjadi agenda Perak dalam perlawanan seterusnya dan saya berharap pemain sentiasa bersiap sedia menggalas tugas yang diberikan jurulatih (Norizan Bakar) pada setiap perlawanan,” kata pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun.\r\n\n\n\n\r    Beliau yang juga bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berkata, kejayaan berada di tangga teratas diharap turut menyemarakkan semangat di dalam kem Perak tetapi pantas mengingatkan pemain betapa tugas dan cabaran besar masih banyak menanti termasuk apabila berdepan T-Team yang mahu menebus kehampaan selepas tewas kepada Negeri Sembilan, Rabu lalu.\r\r\n\n\n\n\n    Justeru, pemain perlu berwaspada terhadap perangkap yang dipasang jurulatih Yunus Aliff apabila turun ke padang malam ini.\r“Kedudukan pendahulu bukan jaminan kerana masih terlalu awal untuk mendabik dada. Apa yang diharapkan pemain mampu meneruskan momentum mereka,” katanya.\rMengenai ketumpulan  penyerang import Perak, Lazar Popovic dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang mengalami kemarau jaringan dalam tiga perlawanan berturut-turut, Azwan berpendapat ia bukan faktor penghalang kejayaan pasukan.\r“Bola sepak ialah usaha berpasukan. Setiap anggota pasukan mempunyai peranan untuk memastikan kejayaan pasukan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.050093 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list