View: 149|Reply: 0
|
Aksi Liga-S kurang penonton
[Copy link]
|
|
PENYERTAAN pertama kali Harimau Muda A pada saingan Liga Singapura (Liga-S) masih belum mampu menjadi daya penarik kehadiran penonton terutama warga Singapura untuk menyaksikan pertembungan menentang Gombak United FC di Stadium Jalan Besar, kelmarin.\rHanya sekitar 400 penonton hadir, sekali gus menggambarkan peminat bola sepak negara itu lebih tertumpu pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang membabitkan penyertaan Lions XII sehingga mampu menarik kebanjiran melebihi 7,000 penonton.\r\n\n\n\n\r Sambutan dingin penonton pasti merencatkan kualiti permainan tatkala penyertaan Harimau Muda terarah untuk meraih pendedahan peringkat antarabangsa bagi persiapan menghadapi beberapa siri perlawanan peringkat Asia dan baki kelayakan Sukan Olimpik London.\r\r\n\n\n\n\n Apapun, jurulatih Ong Kim Swee enggan berbicara berhubung kesuraman saingan Liga-S, sebaliknya berbangga anak didiknya mampu mengimbangi kekuatan Gombak United FC yang diperkuat empat tenaga import selepas menang 2-0 untuk mengungguli tangga teratas liga.\r“Kami beraksi dalam kepenatan selepas pulang dari Bahrain bagi kempen kelayakan Sukan Olimpik London dan kemudian mengharungi saingan Liga-S, namun itulah cabaran yang pemain ambil secara positif hingga mampu melakar kemenangan.\r“Kekalahan kepada Bahrain 1-2 tempoh hari pantas dilupakan malah mereka komited dalam aksi pertama Liga-S apabila menguasai saingan terutama di babak pertama tetapi keletihan menyebabkan ada sedikit kelonggaran di babak kedua.\r“Faktor padang rumput tiruan juga mengganggu rentak pemain kerana bola terlalu laju dan ada kalanya pemain hilang fokus,” katanya yang turut berpuas hati dengan penampilan pertama penjaga gol, Mohd Izham Tarmizi Roslan yang konsisten ketika berdepan penyerang tinggi lampai Gombak United FC, Jung Hee Bong dari Korea Selatan.\r\n\n\n\rTanpa kelibat penyerang Ahmad Hazwan Bakri yang cedera, Kim Swee mempertaruhkan A Thamil Arasu di bahagian depan dan penyerang muda itu tidak menghampakan selepas mencipta jaringan dan kerap kali memaksa pertahanan Gombak United FC, Obadin Aikhena dari Nigeria bekerja keras.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|