CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 0

Hatrik keenam Ronaldo

[Copy link]
Post time 14-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MADRID: Cristiano Ronaldo meraih hatrik keenam bagi dirinya musim ini apabila Real Madrid mengambil langkahan besar ke arah memenangi La Liga kelmarin, bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Levante 4-2 dan melebarkan pendahuluan kepada 10 mata ke atas Barcelona.\rSelepas Gustavo Cabral memberikan kejutan dengan gol pendahuluan, Ronaldo memperoleh gol pertamanya menerusi sepakan penalti ekoran bola terkena tangan Vicente Iborra, yang turut dibuang padang ekoran menerima kad kuning kedua.\r\n\n\n\n\r    Ronaldo menanduk masuk hantaran lintang Gonzalo Higuain pada minit ke-49 dan kemudian melengkapkan hatriknya dengan rembatan cantik dari jarak 30 meter yang menerjah ke bahagian atas jaring gol.\r\r\n\n\n\n\n   Satu jaringan tandukan oleh Arouna Kone kemudian memberikan sedikit harapan buat Levante, tetapi Karim  Benzema menjaringkan gol keempat untuk Real pada minit ke-65.\rTatkala Barcelona, yang tewas 3-2 kepada Osasuna di tempat lawan Sabtu lalu, Real tampak dalam prestasi yang begitu cemerlang apabila menang 19 daripada 22 perlawanan mereka dan menjaringkan 75 gol yang meletakkan mereka di landasan untuk  meraih kejuaraan liga pertama sejak 2008.\r“Masih ada banyak mata dan banyak perlawanan menanti dengan semua adalah sukar kerana ada banyak faktor yang mempengaruhi,” kata jurulatih Real, Jose Mourinho. “Kami perlukan lebih 39 mata lagi untuk menjadi juara – 13 kemenangan tetapi perbezaan  10 mata ini kini memberikan kami ruang untuk melakukan kesilapan.” – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.043276 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list