Tadi aku terdengar sebuah station radio milik kerajaan memutarkan sebuah lagu indo. aku nak komen ;
1) lagu indo tersebut tidak sesuai dgn budaya kita sebagai melayu dan ajaran islam... salah satu rangkap lirik lagunye berbunyi seperti ini " kenapa kamu tidak lagi mencium pipiku, kenapa kamu tidak lagi menggenggam tangan ku, adakah kamu sudah punye yg lain"...lirik tu diulang byk kali.. lagu mcm ni kalau budak2 remaja kita dgr, nanti tingkah laku mcm tu akan jadi ikut2kan, sedangkan mencium pipi dan sebagainya tu kan haram .... patut pihak station radio lebih peka pasal ni... jgn hanya nak kejar rating je
2) kenapa radio tempatan lebih utamakan lagu2 indo, walhal byk lagi lagu2 ciptaan komposer tempatan yg di abaikan, contoh lagu mila tu...katanya dari tahun lepas, masih tak dipasang....lagu2 malaysia byk gak sedap2...kalau tak radio tempatan lebih utamakan lagu2 indo, contoh lagu melly yg terbaru, walhal bukan sedap sgt pun, tp putar 20 kali sehari......
tu semuanya permintaan... xleh salahkan radio jugak. agaknya mati kalau tak dgr lagu indon. dengar je kat YOUTUBE sudah ler... yg ko nak mintak lagu hindon kat radio pesalkan...?????
minat lagu2 indon zaman sheila on 7 jer.. susah ape..tukar jer channel lain. Tp,bukan lagu indon jer...lagu2 mat salleh pun lagi banyak yang tak ditapis.. sensual seksual sume kuar...siap jd lagu hits kat chart lg yer..
mostly lagu indonesia sedap unlike most of our malaysian composer's songs yang macam aperntah, besides they're more talented & creative despite some of the songs might sound similarly or we called inspired by 'the other' songs
dah tu lagu aqasha hat bunyi ..''ingin ku geget-geget cuping telingamu'' tak tahu ke telinga tu salah satu tempat ransangan bg wanita..
sabar jelahh tak sesuai gakk
ahhh ikutkan lirik lagu hat memuja kekasih sampai melampau2 tu semua tak ok melainkan yg memuji ALLAH sahaja..
Itulah KPI RTM ... berhajat nak melucahkan dan mencarcamerbakan bahasa dengan kerenah DJ yang suka merapu. Ada DJ Nasional FM ... suka berpantun dengan rangkap yang tak ada kaitan dan berceloteh entah apa-apa .... suka suki dia sahaja sebut patah perkataan ... imbuhan banyak salah ... kosa kata pun berpaling tadah dari maksud ... sepatutnya radio dan TV milik kerajaan kena 100% bebas daripada unsur-unsur tidak sopan dan menjahanamhancurleburkan bahasa Melayu