View: 282|Reply: 0
|
MSN sokong Ayuni ke London
[Copy link]
|
|
Zolkples anggap juara Sukan Komanwel calon sesuai ganti Suriani\rKETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong menyuarakan betapa Nor Ayuni Farhana Abdul Halim calon terbaik menggantikan tempat Nor Suriani Taibi ke Sukan Olimpik andai jaguh menembak negara itu terpaksa menarik diri di saat akhir.\r\n\n\n\n\r “Setakat ini Suriani sendiri sudah menyatakan persetujuan dan sanggup bertanding malah daripada sudut perubatan juga tidak ada sebarang halangan untuk menyekat atlit terbabit walaupun dalam keadaan mengandung namun itu bergantung kepada keadaan beliau (Suriani).\r\r\n\n\n\n\n “Kita akan memantau dan membuat persediaan menggantikan tempatnya dengan penembak lain. Buat masa ini saya rasa Nor Ayuni akan menggantikan tempat Suriani jika dia terpaksa menarik diri,” katanya semalam.\rStatus sebenar jaguh menembak wanita negara itu bertanding dalam dua acara pada Sukan Olimpik Julai depan masih menjadi persoalan berikutan atlit berkenaan kini sedang mengandung dan usia kandungannya dijangka memasuki tujuh bulan ketika beraksi di temasya sukan dunia terbabit.\rSuriani yang baru dinobatkan sebagai Atlit Terbaik pada Anugerah Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) baru-baru ini berjaya melayakkan diri dalam dua acara iaitu 10m air rifle dan 50m tiga posisi rifle.\rSementara itu, ketika ditanya mengenai isu doping membabitkan atlit olahraga kebangsaan, Zolkples menyifatkan bekas ketua jurulatih negara, Harun Rashid kini berada dalam keadaan tersepit.\r\n\n\n\r“Saya bersimpati tapi biar diserahkan kepada jawatankuasa dilantik menentukan nasibnya,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|