CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11748|Reply: 51

Pemilik Rumah 'Diganggu' Kerana Drama 'Tanah Kubur'

[Copy link]
Post time 12-3-2012 06:57 AM | Show all posts |Read mode
Pemilik Rumah 'Diganggu' Kerana Drama 'Tanah Kubur'

Oleh WAHIDUZZAMAN


Rumah Mek Nab yang disewakan untuk penggambaran drama Tanah Kuburmendapat 'gangguan' selepas penggambaran drama itu berakhir.

PETALING JAYA: Pemilik sebuah rumah yang disewa kru produksi drama seram mendakwa kediamannya menerima ‘gangguan’ selepas penggambaran drama bersiriTanah Kubur pada bulan lalu.

Zainab Baharuddin, 65, atau mesra disapa Mek Nab memberitahu, rumahnya yang terletak di Kuang, Sungai Buloh itu 'diganggu' dengan pelbagai kejadian pelik termasuk bunyi rumah diketuk dan seakan ada orang menggaru dinding selepas penggambaran drama itu berakhir, kira-kira tiga minggu lalu.

“Mulanya, saya tidak mahu untuk percaya pada 'gangguan' itu tapi apabila cucu saya mendengar bunyi dinding rumah kami diketuk dan dicakar pada pukul 2 pagi, kami jadi tidak selesa.

"Malah, saya sendiri pernah mendengar gangguan tersebut,” katanya ketika dihubungimStar Online, di sini.

Ketika ditanya mengenai perkembangan 'gangguan' berkenaan, Mek Nab berkata perkara itu berakhir selepas dia mengamalkan bacaan surah Yasin di dalam rumahnya.

“Saya ini jenis yang susah hendak percaya pada benda pelik-pelik macam itu, jadi saya hanya membaca surah Yasin dan apabila kejadian itu berlaku saya bercakap seolah-olah meminta supaya gangguan itu berhenti.

“Alhamdulillah, kini 'gangguan' itu sudah tiada lagi dan saya berasa serik untuk menyewakan rumah kepada produksi drama atau filem seram lagi selepas ini,” katanya.

Mek Nab menunjukkan dinding rumahnya yang "dicakar" selepas penggambaran drama itu.

Katanya, 'gangguan' itu pertama kali berlaku kepada keluarganya sejak dia menyewakan rumah bagi tujuan penggambaran drama atau filem sejak beberapa tahun yang lalu.

“Kalau diikutkan saya memang keberatan untuk menyewakan rumah untuk penggambaran drama atau filem seram dan tahyul tetapi disebabkan mereka (kru produksi) merayu, saya jadi kasihan pula.

“Tapi tidak sangka pula, pada kali ini, rumah saya mendapat ‘gangguan’ kerana sebelum ini tidak pernah pun kejadian pelik ini berlaku,” katanya.

Susulan kejadian itu, Mek Nab berkata pada masa akan datang dia hanya akan mempertimbangkan untuk menyewakan rumahnya bagi penggambaran drama atau filem selain daripada genre seram sahaja.

Sementara itu, pengarah drama terbabit, Rashid Sibir yang dihubungi berkata dia tidak pasti sama ada 'gangguan' itu berpunca daripada penggambaran dramanya atau produksi lain.

Rashid Sibir

"Saya tidak tahu sama ada kejadian itu berpunca daripada pihak kami, penggambaran drama lain atau mungkin juga secara kebetulan.

"Apa yang pasti, penggambaran Tanah Kubur tidak membabitkan pemujaan, kemenyan atau peralatan yang boleh menggalakkan kehadiran 'gangguan' itu.

"Sebaliknya, drama arahan saya itu hanyalah tentang mayat orang meninggal dan upacara penyempurnaan jenazah yang melibatkan ayat-ayat Al-Quran dan bukan berkaitan syaitan atau perkara mistik," katanya.

Rashid berkata dakwaan sebegitu pertama kali didengarnya sejak Tanah Kuburdilanjutkan sehingga musim ketiga.

Musim terbaru drama 13 episod itu disiarkan pada setiap Jumaat pada pukul 7.30 malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) bermula 24 Februari lalu.

***credit to Mstar Online



Lagi Berita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2012 09:41 AM | Show all posts
hohohoho... pulok doohhh....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 09:59 AM | Show all posts
mcm2 hal.. mmg drama ni xde pon cite pasal pemujaan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 10:15 AM | Show all posts
sian plak makcik ni. xpasal2 terkena gangguan
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 10:52 AM | Show all posts
Saja je Allah nak ingatkan nenek ni yang dah lama tak baca surah Yassin
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 10:53 AM | Show all posts
Alhamdulillah..makcik tak kena kacau dah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-3-2012 10:56 AM | Show all posts
Tapi rasanya rumah ni dah selalu jadi lokasi drama2 di Malaysia ni. Lagipun krew2 Rashibir ni selalu wat pergambaran di kawasan kubur maybe makhluk2 kat situ ikut balik kot..Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 12:36 PM | Show all posts
kebetulan je kot......bende tu kalu nk kacau byk sebab..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2012 12:48 PM | Show all posts
tak silap rumah ni ade dlm episod pasal lelaki nak jd perempuan....wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 01:11 PM | Show all posts
kesian..bartabahlah nenek ya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 01:17 PM | Show all posts
tpmt tinggal aku ni....byk kali nmpk van diorang...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 01:59 PM | Show all posts
seriau baca ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 02:11 PM | Show all posts
ntah2 ade orang dengki pasal umah Mek Nab selalu jadi tempat shooting kot...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 02:13 PM | Show all posts
Mm... bertabah jela nenek ek... mmm.. pasneh beringat2... itu jela..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 02:18 PM | Show all posts
tapi cantik umah beliau.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 02:23 PM | Show all posts
Bende2 ghaib ni follow derang kot..... kebetulan plak umah ni kosong.. s
etahu saya area kuang ni agak seram gak...
pernah gi sana hantar kawan balik umah dia ..masa pergi ikut short cut ... kiri kanan gelap cam utan jer....dah la tgh mlm tu...
mase balik member bagi jalan lain.. jauh sikit.. tapi lebih terang..
prefer lagi jalan yg terang tu.....jauh pun x pe la....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2012 03:12 PM | Show all posts
comelnya rumah.....
mungkin sementara aje kot...
tapi, cuak jugak kalau dah dengar macam-macam...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 04:05 PM | Show all posts
Saja je Allah nak ingatkan nenek ni yang dah lama tak baca surah Yassin
jazaa Post at 12-3-2012 10:52



    Mungkin nenek ni selalu sangat wat sesi karaoke kat umah kut
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 04:38 PM | Show all posts
promot drama kot..kekekeke...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 11:32 PM | Show all posts
aku benda tu suruh nenek tu tengok drama tanah kubur kut....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.075346 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list