CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4080|Reply: 4

CInta Kau dan Aku by Siti Rosmizah

[Copy link]
Post time 12-3-2012 12:19 PM | Show all posts |Read mode


Uploaded with ImageShack.us

"Cinta Kau Dan Aku"

author: Siti Rosmizah


Cinta Kau dan Aku menyelongkar kisah kehidupan seorang gadis lasak  pintar; Nur Farisya Iman @ Risya yang mempunyai impian menjadi pemandu.  Impian Risya tercapai bila dia ditawarkan jawatan pemandu peribadi pada  seorang CEO muda, Farish Hakim. Pertemuan yang tidak disengajakan itu  melahirkan cinta pandang pertama Farish pada Farisya. Hubungan yang  makin akrab kerana keserasian Farish dengan sifat lurus , tulus juga  keselambaan Risya makin melebarkan rasa kasih Farish pada Risya.  Keuzuran yang menimpa ibu Risya di kampung dan huluran bantuan segera  dari Farish telah membuka lembaran baru dalam kehidupan Risya bila dia  diminta ibunya mengahwini Farish selepas selesai ibunya menjalani  pembedahan.

Risya yang terpaksa akur membuat rencana bersama rakan  karibnya, Zack Kapcai dan Zamilah untuk mengelak dari berkahwin dengn  Farish, namun rencananya terbongkar tanpa pengetahuannya dan selesai  majlis ijabkabul dia dikejutkan dengan penampilan Farish sebagai  suaminya!. Akur dengan suratan takdir, perkahwinan dilalui dengan redha  namun sikap cemburu yang keterlaluan suami, ego, panas baran ditambah  kemunculan adik ipar dan bekas tunangan suami memburukkan lagi suasana  rumahtangga. Fitnah yang diatur kedua wanita itu akhirnya meleraikan  ikatan perkahwinan yang baru berusia 5 bulan dan penceraian juga tragedi  keguguran yang menimpa telahmembuka lembaran baru dalam hidup Farisya.  

Dia bangkit membina hidup baru.6 bulan berlalu, Farish kembali dan  pertemuan secara tidak sengaja dengan bekas isteri akhirnya membawa  kepada rentetan pembongkaran pakatan keji yang membawa kepada keruntuhan  mahligai mereka dahulu. Farish yang insaf, sedar ingin kembali, namun  Farisya yang sudah parah jiwa nya sudah tertutup pintu hati untuk  memberi ruang untuk Farish kembali bertakhta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2012 12:20 PM | Show all posts
okay.. I nak let go buku nih.. anyone?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 01:33 PM | Show all posts
Reply 2# raindie


    berapa rm include postage?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 02:49 PM | Show all posts
raindie posted on 12-3-2012 12:20 PM
okay.. I nak let go buku nih.. anyone?

bape nk letgo?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 04:43 PM | Show all posts
raindie posted on 12-3-2012 12:20 PM
okay.. I nak let go buku nih.. anyone?

masih ada lagi novel nie?if ada blh email the price di [email protected]. tq
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.545184 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list