Post Last Edit by juju_amin84 at 2-4-2012 16:43
Salamss all....
Meh laa taruh resepi makanan negeri Melaka.. Leh gak kungsi-kungsi pengetahuan haaa....
Berikut adalah resepi set hidangan tengahari kowang bersama keluarga. Semuanya makanan Melaka.. Sekali sekala ubah selera Melaka apa salahnyer kan?
=======================================
NASI KEMULI POHON MELAKA
BAHAN-BAHAN UTAMA
3 kg beras basmati (jika beras 6 cawan, air 6 cawan juga)
600 gm bawang merah
400 gm halia
400 gm bawang putih
1 sudu teh kicap pekat (tidak masin)
200 ml minyak masak Ramuan 1:
300 gm ketumbar
150 gm jintan putih
75 gm jintan hitam
75 gm kulit kayu manis
150 gm jintan manis
30 gm buah pelaga
Ramuan 2:
80 gm garam
200 gm serbuk perasa ayam
10 gm daun pudina
Cara:
Rebus ramuan 1 dengan setengah cawan air sehingga air hampir kering.
Basuhkan beras dan gaulkan dengan ramuan 1, ramuan 2 dan kicap pekat.
Didihkan air mengikut sukatan beras dan campur beras bersama minyak. Kacau-kacau selalu supaya tidak melekat.
Apabila nasi hampir masak, masukkan daun pudina. Biarkan sehingga nasi betul-betul masak.
===================================================
ASAM PEDAS MELAKA
Bahan-Bahan:
Ikan - tenggiri atau kurau
Bahan untuk dimesin :
Satu labu bawang merah
5 ulas bawang putih
Seinci halia
Secubit belacan
10 tangkai cili kering Bahan tumis :
2 sudu kecil halba campur
Setengah labu bawang merah
3 ulas bawang putih
Seinci halia
3 batang bendi
Asam jawa, dicampur dengan air panas satu mangkukan - tenggiri atau kurau
Cara:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah dimesin. Kacau sehingga cili garing.
3. Campurkan semangkuk air asam jawa dan kacau lagi. Jika mahu, boleh tambah sedikit air.
4. Apabila kuah sudah mula mendidih, masukkan ikan.
5. Masukkan bendi apabila ikan hampir masak.
6. Sedia untuk hidangan.
Cadangan Hidangan:
Makan bersama nasi kemuli pohon melaka
Tambahan:
Masakan asam pedas boleh ditambah dengan sebiji tomato jika inginkan rasa lebih masam
=================================================
AYAM PANGGANG MELAKA
Bahan-Bahan:
15 ml sos soya pekat
30 gm biji sawi
30 ml minyak jagung
2 ekor ayam (4 kg), jangan dipotong
20 biji bawang merah-dikisar
4 ulas bawang putih-dikisar 15 gm lada hitam-dikisar
2 cm kulit kayu manis-dikisar
� biji buah pala
5 kuntum bunga cengkih-dikisar
2 kuntum bunga lawang-dikisar
4 biji buah pelaga-dikisar
Cara:
Satukan bahan-bahan dikisar bersama sos soya pekat, biji sawi dan minyak. Kacau rata hingga sebati. Sapu rata pada ayam termasuk rongga dada dan perap 3 jam di dalam peti sejuk. Panaskan ketuhar pada suhu 180'c. Masukkan ayam di dalam dulang bakar dan bakar selama 40-50 minit atau hingga ayam masak. Sesekali sapukan minyak pada ayam. Sejukkan dahulu ayam yang telah dimasak sebelum dipotong. Hidangkan panas atau sejuk bersama salad segar atau sayur-sayuran yang telah ditumis.
==========================================
AISKRIM SIRAP MELAKA [PENCUCI MULUT]
Bahan-Bahan:
1 botol susu cair ikut cita rasa
絢gkacang tumbuk
setengah kilo agar-agar
sekotak coffee mate
sirap
coklat cair
ceri
Cara:
masak agar-agar hingga cair. masukkan coffee mate kedalam agar tadi. apabila sudah rata masukkan susu cair dan kacang tumbuk.masukkan adunan tadi ke dalam mangkuk.tumbukkan ceri dan hingga lumat masukkan ke dalam adunan.kemudian cairkan coklat tadi dan masukan juga ke dalam adunan.pukul hingga kembang selepas itu masukkan kedalam peti sejuk
Cadangan Hidangan:
cedok ais krim dan masukkan dalam corn
Tambahan:
jika ingin lebih sedap dan menarik masukkan pewarna sirap dan coklat yang lebih tadi diatas aiskrim
====================================================
AIR KELAPA MELAKARAYA
Bahan-Bahan:
1 biji kelapa muda
125 gm gula pasir (untuk dibuat sirap)
125 ml air panas mendidih (untuk dibuat sirap) Hiasan:
air kelapa
375 ml air sejuk
isi kelapa yang dikikis
Cara:
Sediakan sirap. Masukkan gula ke dalam mangkuk & tuang air panas mendidih ke dalamnya. kacau & tutup mangkuk itu. Sediakan buah. Tebuk bahagian atas kelapa & tuangkan airnya ke dalam jag. Belah kelapa & kikiskan isinya dengan sudu besar. Bubuh isinya ke dalam jag.
Tapis sirap yang sejuk ke dalam jag & tambahkan air sejuk secukupnya. Sejukkan di dalam peti ais. Hidangkan.
======================================================
[ Last edited by BabeYSHa at 14-5-2007 10:13 AM ] |