CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3316|Reply: 16

Memori: Kesan buruk dari Amanat Hadi Awang

[Copy link]
Post time 4-7-2012 08:26 AM | Show all posts |Read mode






1.       Amanat ini dipetik daripada ucapan YB.  Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981.  Petikan ucapan itu dicetak dengan cara yang menarik dan jelas untuk sebaran kepada ahli-ahli dan pengikut PAS. Tajuk amanat ini memang sudah tertera dari mula lagi dengan nama AMANAT TUAN GURU HAJI ABDUL HADI.



2.      Akibat daripada fatwa lawan UMNO dan BN mati syahid itu bertambah yakinlah pengikut PAS bahawa orang-orang UMNO adalah kafir.  Maka tentulah orang kafir tidak sah menjadi imam sembahyang, imam nikah dan sebagainya.  Yang demikian sebab itulah beriaku gejala pemulauan dalam masyarakat muslim hingga terjadilah SEMBAHYANG DUA IMAM TARAWIHsebulan Ramadan dan sembahyang Jumaat pula bergilir selepas selesai imam kerajaan maka jamaah pembangkang pula melakukan segala yang berkaitan dengan Jumaat seperti yang dahulu tadi.  Peristiwa pelik ini berlaku pada bulan Jun-Julai 1982 di dalam masjid Kampung Gong Pasir, Besut, Terengganu.  Peristiwa tersebut dirakam melalui video yang boleh ditonton pada bila-bila masa juga.  Akhbar Berita Harian 19hb.  Julai 1982 juga turut menyiarkannya.  Sembahyang Jumaat DUA SEKAMPUNG di Terengganu sehingga sekarang (Alaf Baru Tahun 2000) masih terus rancak berlaku pada setiap minggu. (LAMPIRAN-M).

3.       Amanat Haji Hadi ini telah didedahkan buat pertama kalinya di Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 11 Ogos 1983. Berita Harian 12 Ogos 1983 membuat liputan.  Saya sendiri memang berada di dalam DUN itu ketika YAB.  Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad (Menteri Besar ketika itu) membuat pendedahan dengan linangan tangis tersedu-sedu sehingga tersekat ucapannya demi kerana hati kecil beliau begitu sedih dengan hukum yang bersifat fatwa karut YB.  Haji Abd.  Hadi Awang (Sahabat sendiri) ini.  Apatah lagi mengenangkan peristiwa sembahyang berlawan dan musnah keharmonian hidup umat lslam merata kampung seluruh Terengganu.  Semua hadirin senyap turut merasai suasana yang memilukan ini. YB.  Hj.  Ab.  Hadi tiba-tiba bangun mencelah, "Itu memang benar ucapan saya" (LAMPIRAN N).


                           
                          


4.      Pada 1 9 November 1985 behaku Peristiwa Berdarah Memali, Baling, Kedah.  Dalam video yang dirakam daripada siaran TV1 (RTM) ketika itu kelihatan amanat ini ada tertampal pada dinding rumah orang Memali dalam tulisan RUMI.  Kemudian setelah dilihat dalam Kertas Putih Peristiwa Memali yang dibentangkan di Parlimen (Kertas Perintah 21 Tahun 1986) bertarikh 25 Februari 1986, jelaslah bahawa amanat ini telah dicetak dalam EMPAT versi.  Mengikut gambar dalam lampiran "B" kertas putih Memali, cetakan jawi ada dua versi iaitu Penerangan PAS Kelantan dan Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat.  Cetakan rumi pula ada dua versi lagi iaitu oleh PAS sendiri dan Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat.  Ertinya bermula dengan cetakan jawi pertama untuk sebaran pilihraya kecil Selising 1983 dan berakhir dengan cetakan rumi yang terdapat dalam video Memali 19.11.1985 (LAMPIRAN 0).

                                    
5.      Musibah Peristiwa Memali 19.11.1985 adalah berupa suatu trajedi yang sungguh menyayat hati.  Barangsiapa yang turut menonton gambar video rakaman oleh polis yang disiarkan sebahagiarnya oleh RTM (TV1) akan terkejut melihat betapa peliknya keadaan orang Islam di Memali; iaitu wanita dan kanak-kanak telah digunakan sebagai benteng menyekat polis menjalankan tugas keselamatan negara di kawasan rumah lbrahim Mahmood Libya.  Golongan kanak-kanak dan wanita yang kelihatan terpukau lupa diri terhoyong-hayang mengacukan parang dan kapak kepada polis.  Namun begitu yang terkorban ialah EMPAT orang polis dan EMPAT BELAS orang awam Memali dan mereka semua adalah orang lelaki dewasa.  Beginilah akan berlaku seterusnya nanti apabila umat Islam sudah FANATIK syahid, hilang pertimbangan kerana terpukau dengan fatwa agama oleh guru-guru agama yang menjamin mereka masuk syurga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2012 08:28 AM | Show all posts
6.      Biar apa pun keadaan yang berlaku, pemimpin PAS tetap terus menyelewengkan fakta bahkan mereka mengeksploitasi peristiwa tersebut untuk membakar semangat jihad pengikut disamping terus menegakkan hukum ciptaannya iaitu "Ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kalau kita mati kerana jasa berlawan dengan puka-puak ni mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam" - demikian kaset ucapan amanat Haji Ab.  Hadi Awang 07.04.1981.  YB. Haji Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya di Kampung Raja, Besut Trg. pada 21 disember 1981 pula mengulangi ketegasan hukum SYAH1Dnya dulu (Rakaman video masih ada). lkutilah sedutan ucapannya di bawah ini:

"Bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada, sebagai orang yang mati syahid dan dikafankan dengan pakaiannya yang berdarah; dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan.  Darah mereka dalam keadaan hidup dan inilah keyakinan kita bahawa mereke adalah syahid"  (YB.  Hj. Hadi. umumkan bahawa ini adalah keputusan ulamak PAS Kedah).


                                       
                                   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2012 08:29 AM | Show all posts
7.      Fatwa yang sama juga telah pernah dikeluarkan oleh YAB.  Datuk Haji Nik Abd.  Aziz Mursyidul Am PAS. Buktinya dapat kita baca dalam ruangan Jamaah Islamiah - Antara Realiti dan Fantasi sperti yang disebutkan oleh Ustaz Haji Omar Khalid, aktivis PAS yang sudah menyesal dan meninggalkan PAS. Setelah beliau bertemu dengan YAB Datuk Haji Nik Ab.  Aziz,  dia membuat pengakuan, "Kita tidak boleh melaksanakan apa yang kita janji kerana tak cukup kuasa".Setelah dirasakan begitu menyesal dengan kegiatannya selama ini memperdaya muslim mengundi PAS sedangkan begini sahaja jawapannya maka beliau pun menulis buku Parti Islam - Antara Realiti dan Fantasi dan beliau sedia bertanggung jawab dengan segala kenyataan di dalam bukunya itu pada bila-bila masa jua.  Para yang kedua muka surat 26  tersebut dinyatakan seperti berikut:

(( Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab.  Aziz semasa dia mengajar di Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan, "Jikalau melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia maka kita dikira mati syahid"))
(LAMPIP.AN P).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2012 11:55 AM | Show all posts
7.      Fatwa yang sama juga telah pernah dikeluarkan oleh YAB.  Datuk Haji Nik Abd.  Aziz Mursyidul ...
crossfire Post at 4-7-2012 08:29



    Parti Ajaran Sesat ini WAJIB dihapuskan sebagaimana hapusnya AL ARQAM.........InsYALLAH MALAYSIA akan SELAMAT.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 01:40 PM | Show all posts
Hmmm....datang pulak mangkuk beginner yang ntah dapat upah berapa sen untuk spam forum ni... aduyai.... ini je pecacai-pecacai hina PAS/PKR yang mampu buat.... kesiaaannnnn..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 03:41 PM | Show all posts
Mana momod nih? Sila bagi tukul kat mamat beginner yg suka sgt buat spam nih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2012 12:19 AM | Show all posts
Seorang saja orang gila dapat forum ni, umno sudah kelamkabut!...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 08:42 PM | Show all posts
kenapa kaburkan kata-kata haji hadi. terangkan lah kata kata itew...supaya generasi muda senang baca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2012 12:22 AM | Show all posts
kamon lah, skang dah ada banyak isu baru boleh diguna untuk attack PAS. amanat ni campak masuk lobang sampah sj...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2012 04:26 PM | Show all posts


ungk kisah basi


      






Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 09:23 AM | Show all posts



stended la puak riak ni....depa punya keburukan mesti nak kambus punya..kalau tang orang x dak pun di adakan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2012 02:10 PM | Show all posts
memori    hehehehe     tongong betul lvsg8 @ crossfire.

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2012 08:32 PM | Show all posts
bnyk betul putar belit dlm statement kat atas tu..kesian aku tengok. mmg susah berjuang tegakkan islam..bnyk halangan. Allah akan tanya kita buat atau tidak, Allah takkan tanya berjaya atau tidak sbb Allah tau berjuang tegakkan islam bukan senang.

isu memali semua org tau, ia adalah fitnah..tp pencacai masih xnak percaya. pasal jihad dlm amanat hj.hadi itu mmg betul, sbb menegakkan agama Allah, amar makruf nahi mungkar. kdg2, mmg susah nak bagi org mengaku yg dia tu salah.. kita cakap huruf bermula dgn A, dia cakap B, kemudian dia sedar yg huruf bermula dgn A tp masih cakap huruf bermula dgn B sbb angkuh, bodo sombong.

Betullah imam Syafie pernah berkata "Aku mampu berhujah dgn 10 orang yg berilmu tp aku pasti kalah berhujah dgn seorang yg jahil kerana org yg jahil tidak pernah faham apa itu landasan ilmu" Last edited by mohd_ali on 25-8-2012 08:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 08:27 PM | Show all posts
ziko6 posted on 25-8-2012 02:10 PM
memori    hehehehe     tongong betul lvsg8 @ crossfire.

Terlebih minum jos tok guru ke ziko
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 09:40 PM | Show all posts
crossfire posted on 4-7-2012 11:55 AM
Parti Ajaran Sesat ini WAJIB dihapuskan sebagaimana hapusnya AL ARQAM.........InsYALLAH MA ...

dulu dia perlekeh nabi tak bercukur sbb zaman nabi takde pisau cukur...
antara ajaran sesat yg terbaru "hudud takde dlm quran" katanya.

jom sama2 kita hapuskan nabi melayu tu bersama pengikut2 taksubnya.



Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 12:09 AM | Show all posts
1) cuba baca so called "Amanat Haji Hadi" tu betul2. Takda sebutir pun dia ckp Umno tu kapir. Yang dia cakap, Umno mengekalkan undang2 & peraturan kapir. So, Umno kata negara ni negara Islam dan undang2 Islam. Yang diorg terasa sangat dgn kata2 Hj.Hadi ni kenapa? Sapa makan cili, dia terasa pedas, ye tak?
2) Yang dinamakan amanat ni sebenarnya ucapan dalam ceramah. Hj Hadi @ Pas tak pernah pun jadikan ucapan dia ni sebagai amanat. Tp di "tap" oleh dotdot dan dijadikan senjata politik
3) Isu Memali - terlalu banyak version. Version paling famous, Ibrahim Libya nak serang / guling kerajaan. Otai2 lama polis / tentera semua gelak dengan version ni. "Nak guling kerajaan apakebenda dengan parang / cangkul ? ". Perlu ke bawak kereta perisai nak lawan parang? Version lagi satu, Ibrahim Libya dikatakan komunis. CO Briged Utara (tentera) masa tu pening kepala, takkan la perisik tentera bengong sgt sampai tak tau ada komunis kat Memali? Kalau komunis, kenapa tentera tak dipanggil?
4) Bawa2 lah bergaul dgn org lain. Pro pembangkang / anti pembangkang / polis / SB / tentera / baca blog, pastu timbang2 cerita mana yang boleh diguna-pakai. setakat refer kat RTM/Utusan/ umno, memang sampai kesudah la cerita itu je yang dapatnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2024 05:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Undi DAP je...habis cerita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.047419 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list