View: 20294|Reply: 92
|
Pegawai Teknologi Maklumat (sektor awam) ver.3
[Copy link]
|
|
Ini adalah sambungan daripada thread yang lama Pegawai Teknologi Maklumat Ver.2
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam
Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM2,145.88 RM6,871.56 RM225.00
Syarat Lantikan:
Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,145.88 ] atau
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,353.44 ] atau
Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,664.78 ] atau
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,976.11 ] dan
lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Elaun tetap :
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) : RM300
Sara Hidup (COLA) : RM 300
Perumahan : RM 250
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
mempunyai kelayakan seperti di atas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.
Kaedah Pengambilan :
1. Isi borang permohonan SPA8i di pautan http://www.spa.gov.my
2. Apabila dipanggil untuk menduduki Peperiksaaan, hadir dan jawab dengan baik. Sukatan peperiksaan : http://imej.spa.gov.my/dev/pdf/panduanexam/PEGAWAI_TEKNOLOGI_MAKLUMAT_F41.pdf
3. Apabila lulus peperiksaan dan dipanggil untuk Ke Assessment Centre, hadir dan lakukan lah yang terbaik.
4. Apabila lulus Assessment Centre, jika dipanggil untuk temuduga dan buatlah yang terbaik!
* Last edited by interferens on 17-7-2013 05:14 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
aaa apsal ko post kat sini?
|
|
|
|
|
|
|
|
nk try apply bole ke? sy major bio minor it..kt area mane ni keje?
|
|
|
|
|
|
|
|
otai_g posted on 13-9-2012 09:41 AM
aaa apsal ko post kat sini?
ini adalah sambungan dari thred yang sebelum ini..thread sebelum ini dah lebih dari 100 post..mod suruh bukak thread baru....
|
|
|
|
|
|
|
|
sitisabieha posted on 13-9-2012 12:20 PM
nk try apply bole ke? sy major bio minor it..kt area mane ni keje?
boleh aje apply... tp kena tgk kesesuaian ijazah jugak... kerja PTM ni ada kat semua area, Semenanjung, Sabah , Sarawak, you name it...
|
|
|
|
|
|
|
|
sitisabieha posted on 13-9-2012 12:20 PM
nk try apply bole ke? sy major bio minor it..kt area mane ni keje?
ada major / minor ke ? dekat ijazah tu tulis ijazah apa ??
|
|
|
|
|
|
|
|
interferens posted on 14-9-2012 08:20 AM
ada major / minor ke ? dekat ijazah tu tulis ijazah apa ??
Bioinformatik kot ? Course bioinformatik mmg diorang akn belajar bidang Biologi, Matematik dan IT/Komputer....
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau ade pHD dlm bidang IT...n then baru apply.... kebarangkalian nak dapat job PIT nie tinggi dak ?.....pengalaman keje zero... |
|
|
|
|
|
|
|
dpt panggilan temuduga Jumaat depan.. ade sape2 yg bleh kongsi pengalaman di temuduga.
Ape yg ditanya?? n dll...
|
|
|
|
|
|
|
|
fredbok87 posted on 19-10-2012 12:25 AM
kalau ade pHD dlm bidang IT...n then baru apply.... kebarangkalian nak dapat job PIT nie tinggi dak ...
boleh, kebarangkalian untuk diambil adalah tinggi tetapi ada aspek lain seperti sahsiah dan tahap kemahiran pun akan diambil kira macam calon lain...bila dah dapat, gaji lebih tinggi dari yg cuma ada sarjana muda atau sarjana sahaja...PhD lompat 9 mata gaji...
|
|
|
|
|
|
|
|
as salam,
any news kenaikan pangkat ke gred F44 ke? heard some rumours ada batch yg akan naik pangkat dlm masa terdekat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ada sapa2 kat sini dapat F41 tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
baru check spa td, dpt exam F41 27/7 depan, anyone kt sini yg dapat sama dengan pixela?hurm dh la ari tu fail PTD, soalan lbh kurang PTD ke atau lain konsep ye? |
|
|
|
|
|
|
|
pixela posted on 12-7-2013 07:29 AM
baru check spa td, dpt exam F41 27/7 depan, anyone kt sini yg dapat sama dengan pixela?hurm dh la ar ...
ha samela!! i pon dapat gak.. exam 27/7 ni... takutnyeee harap2 laa dapat.. aminnn
|
|
|
|
|
|
|
|
Jom mintak tips kat senior2 yang dah jadi pegawai F41 sekarang. 27/7 ni sy pun kena duduk exam juga. First time. Mintak2 dipermudahkan dan menyangkut la |
|
|
|
|
|
|
|
Hello, saya dapat jugak panggilan exam f41, kali ni ade exam ye? Sebelum ni terus panggil interview kan? |
|
|
|
|
|
|
|
i pun dapat panggilan exam...any tips from senior2? skop keje PTM ni kne bnyak buat programming ke? i punye programming skill dah lame berkubur.... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pun dapat panggilan utk exam 27.7 ni.harap sapa2 yg ada pengalaman tu leh share soalan mcmana yg ditanya nanti |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|