CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15347|Reply: 110

[Jenayah] Porche Panamera dilarikan dari bilik pameran!

[Copy link]
Post time 11-10-2012 09:04 PM | Show all posts |Read mode

Porsche Panamera RM900,000 dilarikan dari bilik pameran

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Sebuah syarikat kenderaan mewah kerugian lebih RM900,000 setelah sebuah daripada kereta mewah yang dipamerkan di bilik pameran di Jalan Bukit Bintang di sini dilarikan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata kereta jenis Porsche Panamera berwarna emas itu dilarikan pada kira-kira 9 pagi oleh seorang lelaki yang sebelum itu berpura-pura untuk berjumpa seorang kakitangan di bilik pameran tersebut.

"Setelah itu, lelaki berpakaian kemas dan bertopi itu kemudiannya naik ke tingkat satu dan menggeledah meja sebelum menemui sampul sampul surat yang mengandungi kunci kereta berkenaan.

"Suspek kemudiannya turun dan keluar dari ruang pameran sambil menekan kunci bagi mengesan lokasi dan setelah menjumpai kereta itu dia terus memecut menuju ke arah Bukit Bintang," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kereta yang belum didaftarkan itu diletakkan di luar ruang pameran bersama enam lagi kenderaan lain untuk dihantar ke satu lagi pusat pameran di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.

Berikutan itu, polis sedang mencari Mohd Azri Mohd Kassim, 31, beralamat terakhir di 1801-C1, Blok C, Armanee Condominium, Damansara Perdana dekat sini bagi membantu siasatan.

Pemuda itu mempunyai rekod jenayah lampau antaranya tiga kes curi kereta dan dua kes samun dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu curi kenderaan, katanya. - BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -dari-bilik-pameran

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2012 09:08 PM | Show all posts
wah terer nyaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 09:10 PM | Show all posts
tapi mana la dia nak bawa lari...nak guna pun tak boleh..ermm
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 09:10 PM | Show all posts
design dia secantik GTR tak?



apa da i ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 09:12 PM | Show all posts
noor2 posted on 11-10-2012 09:10 PM
design dia secantik GTR tak?

kak nor demam gtr ka?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 09:12 PM | Show all posts
erkk...berani tul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2012 09:15 PM | Show all posts
mcm cte omputih plak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 09:16 PM | Show all posts
thieo posted on 11-10-2012 09:12 PM
kak nor demam gtr ka?

hehe..tular...tp sepanjang memandu kan..tak jumpa lagi GTR ni..keta mewah lain mudah je jumpa..berapa harga GTR ni?..errr bukan nak beli tauuu tanya bape harga kat malaysia ni..haha

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2012 09:19 PM | Show all posts
mohd azri ni rambang mata kah tgk keta ni

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 09:20 PM | Show all posts
noor2 posted on 11-10-2012 09:16 PM
hehe..tular...tp sepanjang memandu kan..tak jumpa lagi GTR ni..keta mewah lain mudah je jumpa..ber ...

gtr murah ja compare dgn super car yang lain.. around 400k kak nor da boleh beli da

tapi tu lah, thieo sebenar nya jarang jumpa gadis2 [kak nor masih gadis] yang minat gtr. ya lah, gtr tak se sleek dan tak se sexy dan tak curvy se macam super car lain semacam porsche ni though thieo rasa panamera huduh

selalu nya design2 yg ganas2 ni lelaki ja yang minat


Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 09:21 PM | Show all posts


okay la..biasa biasa je tapi harga sampai 900k..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 09:24 PM | Show all posts
thieo posted on 11-10-2012 09:20 PM
gtr murah ja compare dgn super car yang lain.. around 400k kak nor da boleh beli da

tapi tu l ...

tak minatla tgk design panamera ni...dah gugel..design dia ala2 lembut....suka yang ganas sikit..GTR tu smart design...owh..400k ingat sampai 800k..

eii 400k lebih baik k.noor simpan dari beli keta......lainla dah banyak sangat duit..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 09:27 PM | Show all posts
dh mcm italian job versi msia dh. haha
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 09:29 PM | Show all posts
noor2 posted on 11-10-2012 09:24 PM
tak minatla tgk design panamera ni...dah gugel..design dia ala2 lembut....suka yang ganas sikit. ...

tak mampu beli kalu, kita buat wallpaper dekstop pon jadi lah kak nor
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 09:30 PM | Show all posts
thieo posted on 11-10-2012 09:29 PM
tak mampu beli kalu, kita buat wallpaper dekstop pon jadi lah kak nor

.................
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 09:43 PM | Show all posts
thieo posted on 11-10-2012 09:20 PM
gtr murah ja compare dgn super car yang lain.. around 400k kak nor da boleh beli da

tapi tu l ...



ni kan nampak smart


hampoon rosak trit ni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2012 09:48 PM | Show all posts
macam mana dia senang-senang je boleh geledah....takkan takde yang sedar..

kat opis lama aku, ada sorang pakai panamera ni....warna hijau....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 09:56 PM | Show all posts
walaupun dia mmg jahat curik keter orang, tapi dia mmg cerdik dan genius, aku rasa dia nak test jer keter tu ....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 10:06 PM | Show all posts
lavendernovella posted on 11-10-2012 09:56 PM
walaupun dia mmg jahat curik keter orang, tapi dia mmg cerdik dan genius, aku rasa dia nak test jer  ...

tang mana cerdik dan genius tu? nama dan alamat pon dah tau..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 10:07 PM | Show all posts
Lalu BB slalu jeling porche. Mampu tgok aje...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55421 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 41606 Replies : 1607
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 99496 Replies : 4
'Tunggulah kenyataan', UMNO bantah Zafrul masuk PKR
maklukpenggoda'Tunggulah kenyataan', UMNO bant
Views : 46435 Replies : 15
Polis Indon bikin malu
maklukpenggodaPolis Indon bikin malu
Views : 78319 Replies : 33
Kenaikan harga santan dijangka berlanjutan hingga Aidilfitri - Peniaga
ultra78Kenaikan harga santan dijangka berlanjut
Views : 92461 Replies : 26
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 29561 Replies : 218
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8427 Replies : 327
Keluarga mungkin kena jual tanah bayar bil guaman kes pil kuda
maklukpenggodaKeluarga mungkin kena jual tanah bayar b
Views : 48741 Replies : 164

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.067130 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list