|
Dalam dunia ni mungkin terdapat ratusan ribu atau mungkin juga jutaan jenis makanan. Tak sangka Laksa Penang, Malaysia tersenarai dalam top 10 makanan paling sedap di dunia yang disenaraikan oleh CNNGo.com. Berikut adalah senarainya :
10. Chicken Muamba, Gabon
sejenis masakan ayam semuanya berasakan sos kacang, pendek kata resepi ini dipanggil ayam bercili..ada bwaang putih, tomato dan lada serta pelbagai jenis bahan lain, masakan ala-african ini telah diubah suai di US untuk selera omputih disana, bahayanya masakan ini amat banyak kandungan kolestrol dan anda yg suka makanan ini haruslah mula mengambil kad ahli di pusat gym berdekatan..
9. Ice Cream, United States

perhatian anda mungkin terganggu seketika apabila teringatkan aiskrim yang lazat seperti digambarkan disini, dari segi pemanis mulut..kalau ikut style US , aiskrim mereka di buat begitu sedap dilimpahi perasa asli yang segar dan ditabur marshmello..kekacang serta sos coklat. .kat malaysia pun byk juga eskrim yang sedap2..eskrim malaysia sy suka, baru 30sen..hehehe
8. Tom Yum Goong, Thailand
Ini adalah hasil kerja tangan asli Thailand, mengandungi udang, cendawan, tomato, serai, lengkuas dan daun limau purut. Biasanya tomyam gung dimasak menggunakan santan dan sedikit krim, sup yang pekat serta masam dan pedas amat signifikan dengan keunikan Thailand sendiri yang pedas..masam..manis , dan yang paling best, ianya murah dan mudah didapati..kat depn umah sy ada kedai toye, muroh je, smakuk toyey baru 5 iyar, tpi isi kurey, byk bawang lagu tu jo..
7. Penang Assam Laksa, Malaysia

haa....ni dia, makanan kesukaan saya juga, asam laksa, isi ikan segar, asam keping dan cili, juga bahan lain seperi serai, bawang, nenas..sesetengah tempat ada letak nenas dan daun pudina, seperti laksa di penang, kuahnya agak masam manis sedikit dan kena letak otak udang sedikit bagi tambah 'perghh" ..kebanggaan ku keluaran Malaysia. 
6. Hamburger, Germany
Burger ...apabila sesuatu rasa yang amat sedap dan dilaporkan rakyat US sanggup belanja lebih kurang USD 20bil setahun untuk makan disesebuah restauran makanan segera, anda pasti tahu McDonald, walaupun burger yang tak la teramat sedap, tapi kebanyakan orang mencari burger di McDonald, gabungan daging atau ayam yang dimasak bersama bahan2 rempah, kemudain dilapis bersama salad dan di tambah sos yang pedas atau mayonis...fuhhh..tkle tahan
5. Peking Duck, China
Itik gantung ...adui, ni pun tergolong makanan sedap jugak ke, tak nak komen apa2 la
4. Sushi, Japan

Ada pepatah Jepun mengatakan, apabila mau membuat sesuatu, buatla dengan betul2..jenama seperti Toyota, Nintendo, Sony, Nikon, Yamaha mungkin telah diciptakan oleh orang jepun yang telah diisi dengan sesuatu yang amat komplikated dan lebih dari sekadar ikan mentah dan nasi, tapi bagaimana ikan dan nasi itu disatukan bersama dan itu membuat makanan itu menjadi sebutan dan kegemaran seluruh dunia. Ermmm...teringat kat sushi king..okla, sushi sedap juga sekali sekala..pastu letak wasabi, fuhhh....
3. Chocolate, Mexico

Orang Mayan minum koko, seorang pengarah filem pernah menghasilkan filem tentang coklat yang asalnya dari hutan dan di transform menjadi sejenis makanan yang amat terkenal masakini. Ada juga orang menjadi ketagih coklat, masakan tidak hampir kebyanakan makanan dan kek adalah coklat, apalagi pelbagai jenis coklat dikeluarkan ada dipasaran.
terpulanglah kepada peminat coklat samada suika yang dark choclate, atau makan strawberry bersos coklat...teringat lak kat Siti..
2. Neapolitan Pizza, Italy

Pizza...(malas nk translate dah, ..heheh) tapi pizza juga adalah kegemaran kebanyakan masyarakat masakini, makanan segera yang dibuat dari kepingan roti lembut..serta dikelilingi kerak2 yang rangup, ditabur kepingan iaging dan sos tomato serta cheese yang banyak..di Malaysia, pizza semakin menjadi popular dan pastinya orang2 yang tinggal dibandar sudah sinonim dengan pizza kerana cara hidup yang semakin pantas dan penyediaan pizza cukup lengkap khasiat dan kelazatanya..sebab haritu saya belanja makcik2 dari kampung saya, mereka tak gemar sangat pizza ni...rugi2
1. Massaman Curry, Thailand

Tak sangka..dalam rekod ini adalah makan teratas dalam carta paling sedap..ish2..kari yang berasal dari Thailand, pedas dan lemak bersantan, serta pedas dan rasa yang amat lain dari kari yansg kebiasaanya. kombinasi pelbagai perisa adalah cara masakan Thailand...walaupun sepeket sos thai yang kita beli di pasaraya mampu menghasilkan sesuatu masakan yang membangkitkan pelbagai perisa yang aromatik dan fantastik! selain itu nasi dari beras siam yang wangi amat sesuai dimakan bersama kari yang pekat dan pedas dari thailand ...maka tidak hairanlah Thailand digelar The Land of Smiles..
sumber: alaminfor |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|