CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5520|Reply: 39

[Jenayah] {2} Lif flat kena bakar, komponen dicuri, 3000 penduduk bengang!

[Copy link]
Post time 30-10-2012 07:36 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR - Kira-kira 3,000 penduduk Flat 700, Pandan Perdana, Cheras di sini kesal apabila perbuatan merosakkan kemudahan perkhidmatan lif oleh pihak tidak bertanggungjawab semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.


Terbaru, sebuah lif yang baru sahaja dibaiki kembali rosak selepas dibakar oleh individu yang dipercayai juga merupakan penduduk di flat 10 tingkat tersebut.


Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Flat 700, Tong Tick Chong berkata, kebakaran kira-kira pukul 9 malam itu disedari oleh penduduk yang kebetulan lalu di kawasan tersebut sebelum dia sempat memadamkannya daripada merebak.


"Flat ini mempunyai lapan buah lif dan lima sahaja yang berfungsi termasuk yang dibakar, manakala baki tiga lagi tidak boleh dibaiki langsung kerana mengalami kerosakan yang teruk.


"Pada mulanya penduduk menyangka kerosakan tersebut boleh dibaiki, tetapi setelah jawatankuasa pengurusan yang baharu menyiasat, didapati komponen seperti kabel serta mesin untuk menggerakkan lif telah dicuri," katanya ketika ditemui di sini semalam.


Sementara itu, Ketua Biro Aduan Dewan Undangan Negeri kawasan Teratai, Ben Liew Pok Boon memberitahu, kerugian yang ditanggung akibat perbuatan tidak bertanggungjawab itu mencecah RM200,000.


"Ekoran kejadian itu, satu laporan polis dibuat dan suspek telah pun dikenal pasti.


"Hasil daripada laporan tersebut, pihak polis telah membuat rondaan di setiap tingkat dan melantik wakil penduduk untuk memaklumkan kepada mereka jika terdapat sebarang perkara yang mencurigakan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Flat itu sebelum ini bukan sahaja menghadapi masalah lif rosak akibat vandalisme tetapi juga kerosakan pam air yang mengakibatkan penduduk kadangkala terpaksa menanggung masalah tekanan air rendah.

p/s cuba cari komponen kat port penagih dadah...

Statistik kategori thread dibuka oleh TW75 pada 30 Okt 2012

1. Ehwal kemasyarakatan -1 thread
2. Pendidikan - 0 thread
3. Seks - 0 thread
4. Jenayah - 1 thread
5. Dunia - 0 thread
6. Sukan - 0 thread

7. Ekonomi - 0 thread


jumlah thread - 2





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2012 07:39 AM | Show all posts
aman damai nya negara ku...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 07:48 AM | Show all posts
buruk sungguh perangai..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 07:58 AM | Show all posts
mentaliti pprt...

tak layak dulu key yell org2 mcm nih
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 08:06 AM | Show all posts
menyusahkan org betul le
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 08:18 AM | Show all posts
mangkok tol perangai....
suruh keje, malas... asik nak cari duit ikut short cut sajork... tapi menyusahkan orqang ramai...
orang cam ni baik suruh tinggal dalam reban ayam sajork ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2012 08:25 AM | Show all posts
kalu ada kecemasan, ibu nk bersalin ka,org tua tenat ke.. pstu meninggal sbb tk dpt turun cepat psl lif cmni, mmg tinggi la 'saham' pencuri tu kat akhirat kelak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 08:26 AM | Show all posts

Tak lama lagi bukan saje lift kene bako..... rumah pangsa pon senang2 haprak2 ni bakor..

CCTV tak de pasang kat luor lift?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2012 08:41 AM | Show all posts
mentaliti depa dok umah flat cam nie laa.....hampeh!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 08:44 AM | Show all posts
mentaliti PPRT... mak bapak tak ngajar kecik2 dulu .... mak aku pesan, nak didik anak, didik dgn nilai2 murni masa umurnya sebelum 7 tahun... umur sebelum 7 tahun ialah umur budak2 ni menerima sahaja ajaran orang... patutnya masa inilah mak bapak ajar anak segala nilai murni, jati diri kat anak2... ini tak, mak sibuk asyik nak beranak kecik & kerja, bapak sibuk kerja, sibuk lepak kedai kopi, sibuk layan PSP mengalahkan perangai budak, sibuk bergf, sibuk tgk bola, sibuk, sibuk, sibuk yg di buat2 sibuk........ anak2 "terbiar".... Last edited by BidadariAnggun6 on 30-10-2012 08:46 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 08:46 AM | Show all posts
dia nak org ramai kurus cepat la tu.....bersenam sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 08:50 AM | Show all posts
BidadariAnggun6 posted on 30-10-2012 08:44 AM
mentaliti PPRT... mak bapak tak ngajar kecik2 dulu .... mak aku pesan, nak didik anak, didik dgn nil ...

Hai kakak bidadari... sihat?

Herm erm...nice info, kakak bidadari ni best la, slalu je bg info yg best2 dan berguna~

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 08:53 AM | Show all posts
Munnalicious posted on 30-10-2012 08:50 AM
Hai kakak bidadari... sihat?

Herm erm...nice info, kakak bidadari ni best la, slalu je bg in ...

Hi darling... sihat tak sihat, dah series 6 dah.....mental betul momok sana tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 08:53 AM | Show all posts
Dulu masa iols dok kat flat masam yg penuh warga asing ni iols n member iols pernah kena sound dgn 1 macit tua yg agak berisi ni, dia kata kat iols n member iols ''ee korang yang kurus2 ni naik je la tangga, bagi la kitorng ni naik lift''.

masa tu iols x dgr tp member iols la bgtau masa lepas kuar lift tu, iols ckp kat kwn iols.. awat hang xbalas balik ja kata ''patutnya bg la org kurus yg naik lift, org gemok la kena turun naik tangga supaya ringan sikit badan jd kurus, ni dah la gemok lepas tu naik lift bertambah2 lemak je'' kalau iols dgr macit tu cakap mcm tu mmg iols cakap mcm tu je kat orang tu~
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 08:58 AM | Show all posts
BidadariAnggun6 posted on 30-10-2012 08:53 AM
Hi darling... sihat tak sihat, dah series 6 dah.....mental betul momok sana tuh....

6 Series tu yg mahal, mcm biemdabeliu (bmw) 6 series kekdahnya, awat depa suka mcm2 dgn kakak bidadari?
kakak bidadari ok pe, hazab2 pon tp byk pengetahuan best2 ape~
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 08:59 AM | Show all posts
cuma manusia bagang & tengin aje yg pendek akal nak buat perkara semacam ne...
betul2 menyusahkan org lain...terutama warga tua & OKU ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2012 09:00 AM | Show all posts
pprt punya otak.....
Last edited by ctaz on 30-10-2012 09:01 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 09:01 AM | Show all posts
nak juga kutuk org flat pprt ni.....cth flat sri nilam kat KL tu. hari ni dah elok2 orgbuat lift cantik2esok tengok conteng sana conteng sini..siap kencing dalam tu...mana letak otak pun aku xtahu...tu belum lagi yg buang sampah tepi tgga...malas kedarah nak buang sampah ke dlm tong sampah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 09:01 AM | Show all posts
flat kat area Pandan Indah pun klu x silap sama je nasibnya mcm flat nie
vandalisme tue jgn cakaplah bukan takat dinding dikotori dgn pelbagai tulisan ada lg yg best diaorg dok tampal chewing gum kat dinding, mmg mentaliti diaorg xleh nak diajar agaknya, bengang sungguh member yg pernah dok flat mcm tue, diaorg dok menyewa tp kena harungi kehidupan yg entah apa2
hrp2 org yg buat tue andai satu hari berlakunya musibah akan terkenalah kat batang hidung dia supaya dia boleh insaf
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 09:16 AM | Show all posts
Aku pernah duduk kat aprtment di Pandan Indah. Incidence kencing bawah tangga selalu sgt la. Taraf civic rakyat Malasyia amat memalukan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.107688 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list