600,000 bakal banjiri PWTC KUALA LUMPUR – Seramai 600,000 orang dijangka membanjiri Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bagi mengikuti Perhimpunan Agung UMNO 2012 pada 27 November hingga 1 Disember depan. Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abd. Rauf Yusoh berkata, jumlah itu merupakan satu angka peningkatan, lebih-lebih lagi perhimpunan itu diadakan ketika bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin dirasai. Menurutnya, perhimpunan itu juga mungkin akan menunjukkan sedikit kelainan terutama pada sesi perbahasan dan ucapan para perwakilan. “Saya rasa mungkin banyak jurubahas akan memberikan ucapan menjurus kepada pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika ditemui pada sesi raptai penuh Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini semalam.
|