ada worang tak reti beza APCO communication dengan APCO worldwide....
Isu panas APCO Worldwide masih berpanjangan di Malaysia sejak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkannya di Parlimen baru-baru ini (yang mana telah menyebabkan beliau dipanggil oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen). Apakah sebenarnya APCO Worldwide ini? APCO Worldwide adalah satu firma khidmat rundingan perhubungan awam antarabangsa yang berpangkalan di Washington D.C., Amerika Syarikat dan mempunyai 29 cawangan di seluruh dunia, termasuk Tel Aviv. Mereka mempunyai lebih daripada 550 orang pakar perunding yang dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut kepakaran masing-masing. Pakar perunding mereka terdiri daripada bekas-bekas pemimpin negara, duta negara, bekas CEO syarikat, jurnalis, penyelidik pasaran dan juga pakar internet. APCO Worldwide bertanggungjawab membantu menyebarkan objektif klien mereka kepada awam melalui khidmat komunikasi dan pengurusan awam. Mereka menggabungkan kepakaran mereka dalam pemahaman global dengan kepakaran tempatan klien untuk memahami isu-isu semasa dan trend yang memberi impak kepada perniagaan dan organisasi seluruh dunia. (Baca lebih lanjut tentang APCO di sini) APCO Worldwide dilantik oleh kerajaan sebagai firma perhubungan awam rasmi negara untuk membantu kerajaan dari segi komunikasi dalam melakukan beberapa siri reformasinya. Antaranya, mewujudkan peluang pekerjaan, menggalakan pendidikan dan meningkatkan prestasi perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, seperti yang dinyatakan dalam laman webnya. Selain itu ia juga diperlukan untuk membantu memulihkan imej Malaysia dipersada antarabangsa kerana dikatakan telah ‘hancur’ semasa era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad. “(The Malaysian government) wants to ensure that it is able to provide information to the public quickly and transparently, making use of all relevant new technologies.” “They will work to assist in strengthening the government’s online and other strategic communication capabilities to speed the delivery of accurate information to the media and public.”- Margery Kraus, Pengasas dan CEO APCO Worldwide.
Namun demikian, langkah kerajaan memilih APCO Worldwide dalam membantu perlaksanaan strategi reformasinya disangkal oleh pihak pembangkang. Dan inilah isu yang menjadi hangat dikalangan pihak pembangkang hingga sekarang. Pihak pembangkang terus-menerus menghentam kerajaan dengan isu ini. Dakwaannya, APCO Worldwide mempunyai hubungan rapat dengan Israel. Ini kerana APCO Worldwide didakwa pernah dilantik oleh Israel untuk membantu negara itu. Selain itu beberapa orang anggota APCO Worldwide terdiri daripada bekas anggota kerajaan Israel; Doron Bergerbest-Elion (bekas Ketua Keselamatan Kerajaan Israel), Shimon Shein (bekas Duta Israel ke German) dan Itamar Rabinovich (bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat). Secara tidak langsung Malaysia dikatakan menjalin hubungan dengan rejim Zionis Israel. Ini juga menimbulkan dakwaan bahawa APCO Worldwide ‘mengawal’ segala reformasi kerajaan dengan cara Israel, contohnya 1Malaysia yang dikatakan sama dengan konsep One Israel. Namun demikian dakwaan tersebut disangkal oleh APCO Worldwide di laman webnya. Kuala Lumpur (March 30, 2010) – The allegations repeated against APCO Worldwide this morning in the Malaysian Parliament are false. APCO Worldwide is not working for the government of Israel. We did not devise the 1Malaysia concept. In our work as communications consultants we are not involved in policy formation but in the presentation of information the government intends to share with the public. We work for governments which are prepared to take our counsel on transparency, democracy and the rule of law. We are honoured to continue our work with the government of Malaysia APCO Worldwide.
Selain itu pembayaran yang dibuat kerajaan kepada kepada APCO Worldwide sebanyak RM76.8 juta untuk kerja-kerja yang dijalankan sepanjang Julai 2009 ke Jun 2010 menimbulkan kemarahan. Jumlah tersebut agak besar dan tidak berbaloi memandangkan ekonomi pada masa sekarang masih belum berapa stabil. Hingga sekarang belum jelas apakah sebenarnya kerja-kerja APCO Worldwide ini di Malaysia. Kerajaan perlu menjelaskan keadaan sebenar tentang isu ini kepada rakyat. Rakyat berhak mengetahuinya.
|