CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1722|Reply: 2

[Tempatan] FGVH Bakal Saman Harakah dan Suara Keadilan Kerana Menfitnah

[Copy link]
Post time 11-12-2012 12:30 PM | Show all posts |Read mode
mari kita lihat, sapa yg kenaaa..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2012 03:20 PM | Show all posts
ANAK bukan wakili suara peneroka

Kuala Lumpur: Persatuan Anak Peneroka FELDA (ANAK) yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak wajar menghalang usaha melantik Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA (KPF).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata selain berstatus pertubuhan tidak sah, ANAK juga tidak mewakili suara peneroka.
“Mereka ini (ANAK) bukan pertubuhan berdaftar, jadi kenapa nak halang. Tak kisah la apa mereka nak buat.. Walaupun ia anak peneroka, itu tak jadi masalah. Tapi ANAK tak mewakili suara peneroka,” katanya di sini, semalam.

Bulan lalu, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengarahkan KPF mengadakan semula perhimpunan agung sebelum 31 Disember 2012.

Bagaimanapun, ANAK mempersoalkan keputusan itu yang didakwa sebagai percubaan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) supaya KPF menjadi pemegang saham utama FELDA Holdings.

Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman mendakwa langkah itu juga bagi memastikan Isa serta Pemangku Ketua Pengarah FELDA, Faizoull Ahmad dilantik menganggotai KPF.

Mengenai tindakan menyaman dua akhbar rasmi pembangkang kerana melaporkan kenyataan fitnah mendakwa FGV menjual minyak sawit kepada Israel, Ahmad berkata, notis saman akan diserahkan kepada Mazlan minggu ini.
“Itu fitnah yang disiarkan di muka depan Harakah dan Suara Keadilan, justeru kena ambil tindakan terhadap Mazlan.

“Sebagai pertubuhan haram yang buat fitnah demi fitnah, manalah mereka dapat cerita khayalan dan dongeng seperti itu,” katanya.

Lidah rasmi PAS dan PKR sebelum ini mendakwa anak syarikat FGV, Felda Iffco Oil Products (FIOP) menjual minyak sawit kepada syarikat Israel, termasuk Bunge Agribusiness Singapore Private Limited.

Suara Keadilan edisi 27 November lalu dan Harakah pada 26-29 November, memetik Presiden ANAK menuduh agensi pembangunan tanah itu berurusniaga dengan Israel, menjual minyak sawit dan mengkhianati Palestin.

Selain itu, beliau juga berharap polis dapat menyiasat dengan terperinci insiden pergaduhan antara penyokong UMNO dan pembangkang pada sesi ceramah di Gombak, minggu lalu.-BH

Off topic: Kenapa dorang ni beria2 nak lantik Isa Samad menjadi pengerusi KPF?? Hebat sangatkah beliau sehingga hendak dilantik pelbagai jawatan dalam Felda? tak cukup lg kah jawatan yg ada sekarang? Adakah beliau pernah mengurus mana2 syarikat sehingga untung berjuta2? FGVH ni pun belum mendapat hasil. tiba2 ada ura2 hendak diadakan AGM semula bagi melantik Isa ni..sangat2 kecewa dgn perangai org politik UMNO. semuanya hendak masuk. Ramai lagi anak felda yg telah berjaya dan berkelulusan profesional. Mereka yg patut diberi peluang. Last edited by epal10 on 11-12-2012 03:21 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 04:02 PM | Show all posts
1. Saman je pitenah yesroel ke hulu yesroel ke hilir.

2. Pesal tak saman sekali pitenah genting untung 400 jota hasil kencingan genting jual kat EPF "on the board" rentetan pitenah genting dpt langganan 400 jota saham FGV?

3. Sokong mazlan aliman utk kepentingan kpf jgn diberi peluang isa samad dan babi2 penjarah tu masuk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 1.244250 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list