CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4596|Reply: 22

Kedah diancam bencana

[Copy link]
Post time 20-12-2012 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Kedah kini diancam bencana
BUKTI kerakusan aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air di Pedu yang hanya kurang 200 meter dari gigi air Tasik Pedu

Ooohh... itu sebabnya hasil tinggi, abis gondol dikejekan.
Anugerah Alam yg Allah berikan utk kesejahteraan manusia yg tidak dihargai.




Azizan tingkat hasil balak, mana pergi masa BN
Aziz Muda,
18 Jan 2012

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ternyata seorang pemimpin yang berintegriti sehingga menjadikan pendapatan negeri itu meningkat berkali ganda berbanding semasa Kedah berada di bawah BN dulu.

Disebabkan kebolehan dan kejujuran Azizan dalam mentadbir negeri, hasil balak di Kedah sahaja mencatatkan keuntungan berkali ganda, apabila ia ditangani dengan baik, sejajar dengan amanah yang diserahkan kepadanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun Azizan seorang ustaz yang diragui kebolehannya untuk menjadi pemimpin oleh sesetengah pihak khususnya Umno BN, tetapi beliau kini ternyata seorang yang berkebolehan dan berintegriti.

Menurutnya, setelah Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, semua pihak telah tahu hasil balak di Kedah telah meningkat sehingga menyebabkan semua pihak tertanya-tanya ke mana perginya hasil balak semasa BN memerintah Kedah dulu.

"Semasa Umno BN perintah Kedah dulu, nampaknya balak dinilai dengan harga RM1,000 untuk satu ekar, tetapi setelah Datuk Seri Azizan menjadi menteri besar, satu ekar balak dinilai dengan harga RM19,000.

"Keluasannya sama, jadi mana perginya RM18,000 lagi semasa Umno BN memerintah Kedah dulu?" tanya beliau sinis sebagai mengulas perkembangan memberangsangkan bagi ekonomi Kedah setelah berada di bawah pemerintahan PAS atau Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, dengan perkembangan yang memerangsangkan itu, kini semua pihak boleh menilai betapa berbezanya sesebuah kerajaan itu apabila ia dipimpin oleh seseorang yang berpegang kuat dengan ajaran Islam dan bersikap jujur, berbanding mereka yang dikatakan bijak dalam memimpin tetapi tidak jujur, penuh rasuah dan sering melakukan penyalahgunaan kuasa.   

Ketika berucap pada acara Ucapan Penggulungan Pimpinan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Alor Setar, Kedah, Sabtu lalu, beliau turut menyebut perkara itu dan disambut tepukan gemuruh daripada lebih 2,000 perwakilan.

Katanya, dengan peningkatan hasil negeri yang sedemikian tinggi, Azizan ternyata telah berkemampuan mematikan dakwaan tidak berasas pihak-pihak tertentu selama ini yang kononnya golongan agama, ustaz atau ulama tidak boleh menjadi pemimpin kerajaan.

"Malah dengan peningkatan hasil negeri setelah Kedah berada di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan, rakyat Kedah ternyata turut berbangga kerana akan dapat dibela dengan lebih menyeluruh berbanding semasa Kedah berada di bawah BN dulu yang hanya memberikan bantuan kepada kroni-kroni pemimpin parti itu sahaja," tegasnya yang juga Ketua Umum PKR.

Manakala dalam satu kenyataan, Datuk Seri Azizan berkata, Kerajaan Kedah di bawah Pakatan Rakyat telah berjaya meningkatkan hasil balak hampir 205 peratus berbanding hasil yang dikutip oleh BN semasa pemerintahan mereka sebelum ini.

Harakahdaily pada 3 Januari lalu melaporkan Azizan berkata, pencapaian memberansangkan itu berlaku hasil dari sistem tender terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat yang berjaya memberi pulangan menggalakkan kepada negeri.

"Sistem tender terbuka yang diperkenalkan memberi pulangan positif kepada kerajaan dan rakyat negeri ini. Pada tahun 2008 yang lalu semasa pengambilalihan kuasa pentadbiran, hasil pungutan balak hanyalah sebanyak RM35 juta. Ia meningkat kemudiannya kepada RM39 juta pada tahun 2009 yang lalu.

"Namun begitu pada tahun 2010 hasilnya premium balak berjaya mencecah sehingga RM50 juta," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Beliau berkata, hasil ketelusan dan sistem tender terbuka yang menjadi polisi kepada Kerajaan Kedah turut membuktikan bahawa gejala rasuah dan kronisme dapat dielakkan.

Sebelum ini Ketua Audit Negara telah melaporkan Kedah berjaya meningkatkan pendapatan dari hasil balak sebanyak 205 peratus pada tahun 2010 jika dibandingkan dengan tahun sebelum 2008 semasa pemerintahan BN dengan mendapat pulangan dalam lingkungan RM8 juta sahaja



.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2012 04:17 PM | Show all posts

Jom tukar, sebelum Kedah bertukar menjadi Gurun.












Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 04:26 PM | Show all posts
Pok Man..balak haram kat Sarawak, Pahang ,ngan kat sabah xnak reveal ker?Gambar ngan source pics byk nih..meh sinih bg email..aku leh bg kat pok man kalo nak..wkwkwkwkw pastuh pic banjir kat Johor, Pahang, ngan kat Sarawak pon ader..nak x?wkwkwkwkw
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 09:10 PM | Show all posts
Setamak-tamak kerajaan BN kedah dulu pun tak pernah kacau kawasan yg dah warta sebagai hutan simpan tadahan air. ni apa kejadah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2012 08:26 PM | Show all posts
rashiman posted on 22-12-2012 05:47 PM
Balak: Pas Kedah tetap degil

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

biar la kedah jadi padang pasir pon. asalkan masih milik negara.

yg kat johor tu bukan setakat hutan jd padang pasir
...pasir yg ada pon nak digadai ke singapor atas alasan nak wat jematan bengkok.




"takpe, secara menang-menang!"
kata geng umno merelakan tanahair tergadai



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2012 12:23 PM | Show all posts
bangcak posted on 22-12-2012 08:26 PM
biar la kedah jadi padang pasir pon. asalkan masih milik negara.

yg kat johor tu bukan setakat  ...

jika tidak dikawal,
Tasik Pedu yang membiru bakal bertukar menjadi Tasik Pedu Teh Tarek.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2012 10:01 PM | Show all posts
rashiman posted on 23-12-2012 12:23 PM
jika tidak dikawal,
Tasik Pedu yang membiru bakal bertukar menjadi Tasik Pedu Teh Tarek.

sebut pasal teh tarek tingat org2 johor yg di anaktirikan tv3



Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2012 10:23 PM | Show all posts
dulu masa BN memerintah lg truk bukit2 gondol..ramai org marah tp x masuk plak tv3 suku dgn surat khabar..yg hairannya mna p keuntungan tu??

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2012 10:29 PM | Show all posts
rashiman posted on 22-12-2012 05:47 PM
Balak: Pas Kedah tetap degil

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

sumber utusan???haha..org2 yg jenis prcaya kt utusan tu la yg akn sokong BN..sultan kedah sndiri pernah kata yg baginda lebih suka dgn pntadbiran kerajaan negeri skrang..pok man x prnah dgr kot ucapan baginda sblom ni..xpe,d maafkn..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2012 01:15 PM | Show all posts
ko dh jadik ahli bersekutu utusang ka pok man...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2012 01:23 PM | Show all posts
Don Henley posted on 24-12-2012 01:15 PM
ko dh jadik ahli bersekutu utusang ka pok man...

Pok Man nak tercalon jd ketua editor Utusan kot...mane taw..leh meratib dgn lebih kusyuk..yer x pok man? wkwkwkwwkwk
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2012 09:44 PM | Show all posts
rashiman posted on 22-12-2012 05:47 PM
Balak: Pas Kedah tetap degil

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

ko bodoh ke apa, siapa pengarah hutan nie sampai boleh masuk mesyuarat exco nie?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2012 09:47 PM | Show all posts
http://darisungaiderhaka.blogspo ... telah.html?spref=fb


nie link dia... utusan memang penipu
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2012 12:57 AM | Show all posts
Pok Man....apa cer?
nk mintak mahap bgi pihak Utusan Merapu tk?...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2012 01:00 AM | Show all posts
rashiman posted on 20-12-2012 04:17 PM
Jom tukar, sebelum Kedah bertukar menjadi Gurun.

cameron highland dah gondol habis.. jadi musti tukar negeri pahang sebelum parah.....


Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2012 01:03 AM | Show all posts
bangcak posted on 22-12-2012 08:26 PM
biar la kedah jadi padang pasir pon. asalkan masih milik negara.

yg kat johor tu bukan setakat  ...

pasir johor dah habis dikaut ke singapore untuk ditambak.. negeri johor perlu ditukar sebelum parah....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2012 01:06 AM | Show all posts
ade bende nak cucuk
salah sendiri x nmpk
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2012 03:34 PM | Show all posts
rashiman posted on 20-12-2012 04:17 PM
Jom tukar, sebelum Kedah bertukar menjadi Gurun.

spatutnya cm ni,"jom tukar,sblum malaysia jd gurun.." ha,baru btol..

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 10:54 AM | Show all posts
patut la sekarang ni KEDAH dilandq banjir besar
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 02:00 AM | Show all posts
rashiman posted on 20-12-2012 04:17 PM
Jom tukar, sebelum Kedah bertukar menjadi Gurun.

Sudah2 lah rashiman, hentikan fitnah. Ni, umur makin kurang,  kan mb dah jawab isu ni, kau ada maklumat tu? Kalau takde,  malang lah nasib kau, kerna jgn kau pandang mudah penulisan/copt paste kau disini, sudah tentu akan dibaca oleh ribuan manusia. Pastikan kau dpt kan pandangan kedua pihak baru blh kau menghakimi.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.079717 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list