Mengulas mengenai kenyataan Ketua Keselamatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Chris Eaton baru-baru ini yang menyebut pegawai FAM turut terlibat dalam isu rasuah, Ahmad Shabery berkata pihaknya akan meneliti dakwaan itu yang disifatkannya sebagai tuduhan.
Katanya, Eaton perlu menyatakan asas-asas kepada kenyataannya itu dan sekiranya kenyataan itu berasas, semua pihak perlu melihatnya secara serius.