Tokyo: Seorang bapa mati beku sambil mendakap anak perempuannya berusia sembilan tahun yang terselamat daripada ribut salji semalam. Mikio Okada mati ketika cuba melindungi anaknya, Natsune daripada angin kencang selaju 109 kilometer sejam dalam keadaan suhu jatuh ke paras enam selsius di bawah paras beku. Okada adalah antara sembilan orang yang terbunuh dalam kejadian berkait dengan ribut salji di Pulau Hokkaido semalam.
Mayatnya ditemui pasukan penyelamat dalam keadaan dia memeluk anaknya yang dibalut dengan jaketnya. Lelaki itu dikatakan berjalan kaki untuk pulang ke rumah selepas traknya rosak. Mereka ditemui kira-kira 300 meter dari trak berkenaan. Menurut penyelamat, Nasune yang dalam keadaan lemah, menangis dalam dakapan bapanya. Kanak-kanak itu dibawa ke hospital dan didapati tidak mengalami sebarang kecederaan. - AFP sumber: http://w1.hmetro.com.my/articles/Bapamatidakapanak/Article
ps: anaknya pasti akan mengingati pengorbanan si bapa sampai bila2...
|