CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16082|Reply: 110

Ini Takdir Cinta Kita (U)

[Copy link]
Post time 17-3-2013 07:16 PM | Show all posts |Read mode

" Mak..Ayah..jangan tinggalkan Mia. Mia dah takda siapa dalam dunia ni. Mak taknak tengok ke keputusan stpm Mia nanti ? " Damia Arissa menangis lagi. Sudah seminggu dia meratap di tanah perkuburan itu. Nyawa kedua ibubapanya diragut dalam kemalangan seminggu yang lalu ketika pulang dari pekan.

" Sudahlah nak..mari kita balik. Nek Jah ada. Nenek akan jaga kamu walaupun kamu bukan darah daging nenek " Nek Jah memeluk tubuh gadis itu. Dia tekad untuk menjaga Damia walaupun mereka tiada pertalian darah. Dia hanya mengenali keluarga Damia kerana ayah dan ibunya berkerja di ladang getah miliknya tetapi keluarga Damia selalu mengambil berat tentang dirinya berbanding anaknya sendiri yang tinggal di Johor Bahru.

" Tapi nek..saya bukan cucu nenek. Ayah hanya pekerja nenek saja. Mia tak mahu susahkan sesiapa " tolak Damia secara sopan. Biarlah dia terpaksa merempat dan menanggung kehidupannya sendiri asalkan tak menyusahkan orang lain.

" Keluarga Mia banyak tolong Nek Jah. Walaupun mereka hanya pekerja nenek tapi mereka menyayangi nenek sebagai orang tua mereka. Tinggal saja dengan nenek ya nak " pujuk Nek Jah lagi. Sekurang-kurangnya ada teman dia untuk berborak di rumah nanti.

Damia mengeratkan lagi pelukan mereka. Tangisannya semakin reda. Hatinya terharu ada juga orang yang mahu mengambil berat tentang dirinya.

"Terima kasih nek.. Allah jela yang akan balas jasa nenek. " balas Damia. Setelah bersetuju untuk tinggal bersama wanita itu, mereka berdua berjalan beriringan meninggalkan tanah perkuburan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2013 09:14 PM | Show all posts
yeayea...ada citer baru...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2013 10:52 PM | Show all posts
stars83 posted on 17-3-2013 09:14 PM
yeayea...ada citer baru...

Hihi. Trima kasih. teruskan membaca
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2013 07:46 AM | Show all posts
ada cerita baru...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2013 11:45 AM | Show all posts
wah...ada cerita baru....


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 04:34 PM | Show all posts
sambungan?
intro yang menyentuh hati
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-3-2013 11:00 AM | Show all posts
Sorry lambat update. Bz sikit this week. Will update later. Thanks sume sudi baca
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 01:29 PM | Show all posts
OKEHHH.. kita tungguuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2013 04:10 PM | Show all posts
Damia mengenggam erat bingkai gambar kedua orang tuanya. Biarpun sudah dua bulan berlalu peristiwa itu, bayangan ibu dan bapanya tak pernah hilang. Masih terngiang lagi kata-kata terakhir mereka.

"Mak pergi dulu nak. Mia jaga diri baik-baik ye. Mak sayang sangat kat anak mak ni" kata maknya lantas mencium kedua pipi anaknya itu. Dia memeluk anaknya itu seolah-olah mereka takkan berjumpa lagi.

"Err..mak pergi pekan je kan? Kejap je kan? Kenapa mak macam nak pergi jauh je??" soal Damia bertubi-tubi. Soalannya hanya disambut anggukan dan senyuman maknya.



Barulah Damia sedar itulah petanda bahawa orang tuanya akan pergi meninggalkan dirinya. Air mata mengalir laju. Rindu dengan gelagat kedua orang tuanya itu. Ya Allah..kuatkanlah semangatku. Aminn..

" Mia ! " jerit Nek Jah sambil melangkah merapati tubuh Damia di pondok depan rumah Nek Jah. Damia tersentak. Jauh lamunannya tadi. Air matanya segera dikesat.

"Kat sini Mia rupanya. Nenek ingat cucu nenek ni pergi mana la." ujar Nek Jah sambil mengusap kepala Damia. Dia akan cuba mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kepada gadis itu.

" Mia saja duduk luar ambil angin." balas Damia pendek. Itu semua alasan semata-mata. Dia tak mahu wanita tua itu tahu yang dia sedang bersedih.

" Mia rindukan ayah dan mak ye? " Nek Jah sudah masak dengan perangai Damia. Kalau boleh gadis itu hendak menyembunyikan segala kesedihan darinya.

"Selagi nenek ada, nenek akan jaga kamu nak. Kalau ayah dan mak Mia tengok Mia bersedih macam ni mesti diaorang pun sedih. Jangan sedih-sedih lagi ye nak. Yang hidup pasti akan pergi juga. " pujuk Nek Jah sambil memeluk tubuh cucu angkatnya itu. Dia faham sangat apa yang Damia rasa. Kehilangan orang yang kita sayang memang memeritkan.

Damia tak mampu untuk berkata-kata. Hanya linangan air mata saja yang mampu Damia luahkan. Sedih. Pedih. itu semua yang dia sedang rasakan sekarang. Tapi apa yang dia boleh buat, hidup perlu diteruskan.



"Nenek ! Nek ! " Damia berlari-lari mencari kelibat wanita tua itu. Wanita yang sudah dianggap sebagai ibunya. Dia tak sabar untuk berkongsi kegembiraan ini.

" Ya nak.. Nek kat sini nih. Tengah masak kat dapur nii " laung Nek Jah dari dapur. Apa lah yang dikecohkan tu. Nek Jah menggeleng sambil tersenyum.

" Alhamdulillah nek. Result stpm Mia cemerlang !" Damia meluru ke arah Nek Jah dan terus memeluk orang tua itu. Dia gembira sangat kerana apa yang dihajatkan tercapai. Dia mahu sambung pelajarannya untuk mengubah nasib dirinya dan melunaskan janji kepada arwah ibu bapanya.

"Alhamdulillah. Nenek dah agak dah. Cucu nenek ni bijak kan." Nek Jah tersenyum dan menghadiahkan satu ciuman di pipi gadis itu. Setelah lima bulan tinggal bersama, kini mereka sudah rapat dan seperti keluarga sendiri.



Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 02:46 AM | Show all posts
Nak lagi....(sambil kelip2 mata)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2013 07:50 PM | Show all posts
Sorii lambat sambung next entry. Harap sume sudi menunggu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2013 05:06 PM | Show all posts
" Ada apa mak panggil kitaorang balik sini? Mak tau tak saya ni ada banyak kerja. " rungut Kamilah sebaik saja dia sekeluarga sampai di rumah Nek Jah di Melaka. Kalau bukan sebab harta orang tua ni banyak, memang takkan lah aku jejak kaki kat sini lagi. Kamilah memang merupakan seorang anak yang kurang ajar. Sejak bapanya meninggal, perangainya semakin menjadi-jadi.

" Panasnya. Mama cepat sikit. Naz malas nak duduk lama-lama kat rumah kecik ni" Nazirul Muzakir, cucu tunggal Nek Jah mula bersuara.

"Kamu berdua ni..kalau ye pun tunggu lah kejap. Aku ada benda nak cakap ni" ujar Nek Jah kasar. Tak perlu berlembut dengan orang begini. Buang masa saja.


Damia yang sedang menyiapkan minuman petang untuk mereka sekeluarga hanya memasang telinga. Mendengar setiap butir perbualan mereka. Nampak serius semacam je Nek Jah.

" Dua bulan lagi Mia cucu aku ni nak masuk belajar dekat UTM skudai tu. Jadi aku nak kamu berdua tengok-tengok kan dia. Jadi aku nak kahwinkan dia dengan Nazirul. Dia calon yang paling sesuai untuk kau" Nek Jah memulakan bicaranya. Dari dulu lagi dia memang mahukan Damia menjadi salah seorang ahli keluarganya. Inilah masa yang dinanti-nantikan.

Serentak itu Damia Arissa dan Nazirul Muzakir tersentak dan saling berpandangan.

"Ini gila. Ada ke patut nenek suruh Naz kahwin dengan budak kampung ni???" tengking Nazirul. Dia berdiri dan mencekak pinggang tanda dia tak bersetuju dengan cadangan wanita tua itu.

" Apa mak? Milah tak setuju ! Jom Naz kita balik. Nenek kau ni dah nyanyuk agaknya" bentak Kamilah pula. Jijik pula hendak menantukan gadis kampung seperti Damia itu. Dia mencapai beg tangan dan terus berlalu pergi meninggalkan Nek Jah. Nazirul mencebikkan wajahnya dan terus mengikut perbuatan maknya itu.

Nek Jah mengeluh. Ini memang sudah dijangka. Namun dia tak mahu mengalah. Dia sudah semakin tua. Dia mahu ada orang lain yang menjaga Damia ketika dia sudah tiada.

"Nenek..Mia.." Damia cuba berkata. Dia agak terkejut dengan keputusan Nek Jah tadi.

" Biar nenek jelaskan.. Nenek mahu ada orang jaga cucu nenek ni nanti bila nenek dah takde. Nenek sayangkan Mia" Nek Jah menerangkan tujuan tindakannya tadi. Dia tak mahu gadis itu salah faham.

"Mia setuju ye. Nenek nak tengok Mia bahagia. Ada keluarga bahagia sebelum nenek tutup mata" ujar Nek Jah lagi.

"Nenek..jangan cakap macam tu. Nenek dah janji nak jaga Mia kan... Nek, Mia terima je..mungkin dah ni jodoh Mia." balas Damia. Sebenarnya dia tak terfikir untuk berkahwin pada usia muda begini namun dia pasrah dan redha dengan ketentuannya. Mungkin benar ini sudah takdir hidupnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 01:26 AM | Show all posts
" Ma " panggil Nazirul sambil menoleh ke arah mamanya seketika. Kemudian pandangannya dialihkan ke hadapan. Fokus kembali kepada pemanduannya.

" Nenek tu Naz rasa dah gila lah. Ada ke nak suruh Naz kahwin dengan perempuan comot tu ? " soal Nazirul lagi. Dia meluahkan perasaan tak puas hatinya tadi. Agak bengang dengan tindakan neneknya yang sesuka hati menentukan jodohnya.

" Hurmm ma pun tak setuju. No class lah kalau budak kampung tu jadi menantu mama. " sokong Kamilah. Harapannya mahukan mana-mana anak datuk menjadi menantunya. Boleh tumpang senang sekali.

Nazirul mengangguk kepalanya berkali-kali tanda setuju dengan kata-kata mamanya itu.

" Tapi..Ma rasa Naz kena ikutkan jugak idea gila nenek.." ujar Kamilah tiba-tiba. Dia terfikir mungkin ini saja cara untuk membolot semua harta Nek Jah dari dirampas Damia. Kamilah tersengih sendirian.

" What ?? Ma are you crazy?? " bentak Nazirul tanda tak setuju. Apa kes mama sokong pulak idea nenek gila aku tuu?

" Itu satu-satunya cara halus untuk kita kaut harta perempuan tua tu. Don't you think like that my son ? " balas Kamilah sambil tergelak besar. Dia mula merancang rancangan jahat. Gelaknya itu disahut pula dengan gelak besar Nazirul.



p/s : Sorii update pendek je. Harap sume masih sudi baca kisah kedua sy nii
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 08:47 AM | Show all posts
mesti kesian giler hidup damia pas kawin nanti... next tt. best citer ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 09:14 AM | Show all posts
misssakura posted on 28-3-2013 08:47 AM
mesti kesian giler hidup damia pas kawin nanti... next tt. best citer ni

Jeng3. Hehe. Teruskan membaca taw
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 09:55 AM | Show all posts
baru pewasan...tajuk kita hampir sama ler... tema sy pon ala2 kawin paksa gak...huhuhu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-3-2013 10:24 AM | Show all posts
sellie003 posted on 28-3-2013 09:55 AM
baru pewasan...tajuk kita hampir sama ler... tema sy pon ala2 kawin paksa gak...huhuhu...

Hihiihi. Alahaiii. Takpelaaaa..Tapi cite awak ag beshhh. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 10:31 AM | Show all posts
indah91 posted on 28-3-2013 10:24 AM
Hihiihi. Alahaiii. Takpelaaaa..Tapi cite awak ag beshhh. Hehe

jagn kata gitu indah syg...suma karya kat tret nih best2 belaka...ada tuh terus x sambung2 sampai sudah...harap2 kita berdua tak gitu ya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 11:04 AM | Show all posts
sellie003 posted on 28-3-2013 10:31 AM
jagn kata gitu indah syg...suma karya kat tret nih best2 belaka...ada tuh terus x sambung2 sampai  ...

huhuhuhu itu yg su nk dengar....su pembaca tegar novel @ cerpen kt sini.........byk cerita yg best telah digantung x bertali...sedih sangat...hilang separuh dari jiwa....teruskan karya kamu semua sampai tamat ye....tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 11:11 AM | Show all posts
suria74 posted on 28-3-2013 11:04 AM
huhuhuhu itu yg su nk dengar....su pembaca tegar novel @ cerpen kt sini.........byk cerita yg best ...

Tau xpe suria...bukan makn minggu...kekadg makn  bulan...ada tuh dah bertahun2...aku kalu bolh x nak camtu...ikutkn karya aku tuh...dr taun lepas aku wat...tp sbb nak menyambung tuh idea x mari...kali nih aku fikir balik...mungkin ngan tepek kat tret...idea utk kembgkn citer nih makin bertambh....

aku pun peminat tegar board penulisan nih...best sgt...mmg beza...bila kita menulis dlm tret ngan komen sekali...jd seronok lak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.077373 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list