CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indah91

Ini Takdir Cinta Kita (U)

[Copy link]
 Author| Post time 4-4-2013 08:33 AM | Show all posts
suria74 posted on 3-4-2013 05:17 PM
x cukupppp tt........apapun tq dear sbb ada sambungan.... nah

hihi. dapat bungalaaa. Tenkiu bace
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2013 08:34 AM | Show all posts
Cik_Andak posted on 3-4-2013 08:30 PM
ala....xcukup..

Alooooo..okeyyy nanti free kite smbung byk lagi ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2013 08:34 AM | Show all posts
nallepooh posted on 4-4-2013 07:17 AM
kalau dapat mentua mcm Kamilah ni..mmg sensara hidup..

Mintak dijauhkannnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 08:50 AM | Show all posts
Igt dah ada sambungn...

Mana nih tuan umah....nak n3 lg....x cukup...kalu boleh tepek kasi sampai masuk page 3 tau....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 01:09 PM | Show all posts
sellie003 posted on 4-4-2013 08:50 AM
Igt dah ada sambungn...

Mana nih tuan umah....nak n3 lg....x cukup...kalu boleh tepek kasi  ...

hekhekhek. Akan cuba diusahakan. Bz sikit dua tiga minggu nih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 01:30 PM | Show all posts
Damia menyeka air mata yangmengalir. Lebih kurang setengah jam lagi dia akan sampai negeri kelahirannya.Dua bulan berpisah dengan Nek Jah menimbulkan kerinduan yang teramat sangat.Disitulah kasih sayang dicurahkan dengan penuh ikhlas dan jujur. Kalaulah diaada pilihan lain pasti dia memilih untuk tidak berpisah dengan wanita tua itu.

Sebuah teksi memasuki perkaranganrumah Nek Jah ketika dia sedang menyapu di laman rumah. Wanita tua itu cubamengagak gerangan siapa yang datang ke rumahnya itu. Apabila melihat orang yangdisayangi pulan, Nek Jah tersenyum pilu. Masih ingat lagi Damia kepadanya.

“Nenek ….”

“Mia…”


Mereka berpelukan untuk seketikauntuk melepaskan rindu yang terbuku di dalam hati.

“ Mia rindukan nenek. Nenek sihat?”soal Damia ketika mereka beriringan masuk ke dalam rumah. Rasa bersalah pulaapabila tak pernah bertanya khabar wanita itu selama dia berada di Johor.

“ Samalah nak. Hari-hari nenekteringatkan kamu. Sihat Alhamdulillah. Ni nenek nak tanya kenapa kamu kurussangat ni? Nazirul tak bagi makan pakai cukup ke?” Nek Jah bertanya. Risaumelihat cucu kesayangannya itu tak ubah seperti orang sakit. Kurus, lemah takbermaya. Berbeza dengan dulu.


Damia terdiam. Patut ke dia jujuratau simpankan saja kisah sedih hidupnya disana.

“ Eh dah kurus ke nek? Mana ada.Mia suka tinggal kat sana. Layanan mak dengan abang Naz pun baik sangat Nek.  Mia bersyukur sangat-sangat.” Damia berdalih.Rasanya tak perlu dia menceritakan segalanya. Biarlah dia seorang saja yangmenanggung. Dia tak mahu wanita tua itu susah hati.


“Betul ke ni nak?Takpelah..sebabkan Mia balik malam ni nenek nak masak sedap-sedap. Malam ni taksunyi la nenek kan” balas Nek Jah. Seperti susah nak mempercayai yang Kamilah melayan cucunya ini dengan baik namundia malas nak memanjangkan cerita.  



Damia tersenyum girang. Lupasebentar segala kesedihan yang ditanggung selama ini. Inilah kebahagiaanuntuknya. Kalau boleh setiap masa mahu diluangkan bersama Nek Jah.
Sarah leka memerhatikan gelagatsepasang kekasih di pondok berdekatan dengan kafe. Kadang-kadang diamenggelengkan kepalanya tanda tidak puas hati dengan apa yang dilihatnya. Tanpadia sedari, Damia berjalan dari arah belakang lantas menyergahnya.


“Ya Allah. Mia kau ni buat akuterperanjat jelah. Nasib baik takde sakit jangtung tau” Sarah membebel.Terperanjat juga bila disergah begitu.


“Apa kau khusyuk tengok sampai akusampai pon kau tak perasan?” ujar Damia sambil tergelak. Geli hati mendengarbebelan temannya itu.


Sarah berfikir sejenak. Seketikaterlupa apa yang menarik perhatiannya tadi sehinggakan tak sedar ada manusia dibelakangnya.


“Cuba kau tengok kat pondok tu.Menyampahnya. Macam laki bini aku tengok. Jaga lah sikit adab dalam kampus”Sarah membebel lagi sambil menghalakan matanya ke arah pondok tersebut. Panashati melihat gelagat kekasih yang tenggelam dalam dunia mereka sendiri tanpamemikirkan pandangan orang lain.


Damia mencari-cari apa yangdikatakan Sarah sebentar tadi. Gelak tawanya mati. Dia terkedu. Itu suaminya.Perempuan yang bersamanya sekarang itukah Hana?


“Hello ! Berangan pulak budak ni”Sarah menepuk bahu Damia. Dia perasan yang Damia agak terperanjat melihat apayang ditunjuk tadi. Perasaan hairan mula menjengah di fikirannya.


“Jom kita balik. Aku penat” ujarDamia bersahaja dan terus berlalu meninggalkan Sarah terpinga-pinga. Hati Damiaterasa sakit. Walaupun dia dan Nazirul cuma bernikah atas dasar paksa namun diaada hak untuk cemburu. Kelakuan suaminya dan perempuan lain yang betempuktampar dan berpelukan dengan mesra sangat melukakan hatinya.




Sarah memerhatikan Damia yang baru saja selesai menunaikan solat Asar. Dia ada terperasan yang rakan biliknya itu menangis. Apa masalah yang dia hadapi sekarang? Apa pulak kaitan dengan sepasang kekasih tadi. Pelik.

"Mia..kenapa kau tiba-tiba je berubah bila aku tunjuk orang kat pondok tadi?" Sarah cuba bertanya. Mana tahu Damia sudi berkongsi masalahnya.

Senyap. Damia keliru. Hal rumahtangganya tak patut orang lain masuk campur tapi pada siapa dia nak mengadu semua ni.

"Kalau ada masalah..ceritalah dengan aku. Itulah gunanya kawan" ujar Sarah lagi. Dia pasti Damia menyembunyikan sesuatu darinya.

"Erm..Sebenarnya yang kau tengok tadi suami aku Sarah" lemah Damia bersuara. Dia tak mampu untuk menanggung semua ini dengan sendiri.

Sarah tercengang. Agak terperanjat mendengar kenyataan Damia itu tadi. Sejak bila rakannya ini sudah berkahwin dan mempunyai suami. Kenapa dia tak pernah tau semua itu.

"Dia cucu kepada nenek yang jaga aku selepas orang tua aku meninggal. Nek Jah yang beria-ria untu satukan kami. Untuk balas jasa dia menjaga aku..aku redha dengan takdir aku. Tapi dia tak pernah layan aku macam isteri dia. Aku dekat rumah macam hamba" luah Damia lagi teresak-esak.

"Ya Allah..apa nak jadilah dengan orang sekarang. Isteri cantik tak terima. Kau bahagia ke Mia macam ni?" soal Sarah setelah medengar rintihan Damia. Walaupun baru mereka berkawan, namun sakit hati juga bila ada orang yang melukakan hati rakannya itu.

"Aku pasrah Sarah. Memang tak bahagia tapi impian aku cuma nak tengok Nek Jah gembira. Cuma tu saje" balas Damia. Memang itu yang menjadi kekuatannya selama ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2013 11:28 PM | Show all posts
indah91 posted on 5-4-2013 01:30 PM
Damia menyeka air mata yangmengalir. Lebih kurang setengah jam lagi dia akan sampai negeri kelahiran ...



Sedihnyaaaa....

Napa sume citer sayu jek malam nih?...hari sedih sedunia ke????
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 11:40 PM | Show all posts
"Erm..Sebenarnya yang kau tengok tadi suami aku Sarah" lemah Damia bersuara. Dia tak mampu untuk menanggung semua ini dengan sendiri.

Sarah tercengang. Agak terperanjat mendengar kenyataan Damia itu tadi. Sejak bila rakannya ini sudah berkahwin dan mempunyai suami. Kenapa dia tak pernah tau semua itu.

"Dia cucu kepada nenek yang jaga aku selepas orang tua aku meninggal. Nek Jah yang beria-ria untu satukan kami. Untuk balas jasa dia menjaga aku..aku redha dengan takdir aku. Tapi dia tak pernah layan aku macam isteri dia. Aku dekat rumah macam hamba" luah Damia lagi teresak-esak.

"Ya Allah..apa nak jadilah dengan orang sekarang. Isteri cantik tak terima. Kau bahagia ke Mia macam ni?" soal Sarah setelah medengar rintihan Damia. Walaupun baru mereka berkawan, namun sakit hati juga bila ada orang yang melukakan hati rakannya itu.
TAK INGIN BERSAMAMU


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2013 03:49 PM | Show all posts
sellie003 posted on 5-4-2013 11:28 PM
Sedihnyaaaa....

Napa sume citer sayu jek malam nih?...hari sedih ...

Kesian kan kat Damia. Huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2013 12:29 AM | Show all posts
Selesai membancuh kopi panas, Damia mengatur langkah keruang tamu. Ketika itu Nazirul sedang leka menonton siaran ulangan perlawananbola.  Walaupun Nazirul tak pernah sukapadanya dia tetap akan menjalankan kewajipannya sebagai seorang isteri.

“Naz..kopi”

“Hurmm” Nazirul membalas tanpa menoleh. Pandangannya masihlagi menatap kaca tv.


“Mia nak tanya sikit boleh? Siapa Hana??” Damia memberanikandiri mengajukan soalan tersebut. Dia malas hendak fikir apa tindakan suaminyaselepas ditanya begitu.


“Yang kau sibuk ni kenapa?” Nazirul menoleh. Wajahnyadibengiskan. Bengang apabila gadis itu sibuk mengambil tahu hal peribadinya.


“Mia berhak tahu. Mia kan isteri Naz” balas Damia perlahan.Takut juga bila melihat reaksi suaminya itu.


“Dia girlfriend aku. Puas?!” jujur Nazirul menjawab. Malashendak melayan kerenah Damia. Lekas dia melangkah laju meninggalkan ruang tamu.Lebih baik dia tidur saja.


Memang puas hatinya mendengar jawapan itu. Damia meraupwajahnya. Apalah nasibnya kini. Sudahlah yatim piatu, tak dikasihi mertua dansuami sendiri. Air mata mengalir lagi untuk kesekian kalinya..


Hana melangkah masuk ke dalam bangunan besar tempat Nazirulbekerja. Ada benda yang dia perlu bincangkan bersama lelaki itu.


“Baby..bila kita nak kahwin ni. I dah malas lah nak belajar”rungut Hana sambil tangannya melingkar di pinggang Nazirul. Sebenarnya dia agakrisau bila bercinta dengan lelaki yang sudah berstatus suami orang. Takut-takutkalau Nazirul akan berubah hati dan mencintai isterinya.


“Sayang..sabarlah..masa kita akan tiba tak lama lagi. Youperlu sabar sikit je. I kenalah pura-pura so that nenek I tu takkan bagi hartakat perempuan tu” ujar Nazirul bersahaja. Yang sememangnya juga dia sudah jemumelihat Damia di rumahnya setiap masa.


“Betul ea baby..you jangan nak tipu I. Kalau tak memang taksenang lah hidup you” balas Hana pula. Kali ini kata-katanya berbaur ugutan.Pantang bagi dirinya bila orang hanya memainkan perasaannya saja. Sudahlahmaruah cinta dan segala-galanya sudah digadaikannya kepada lelaki itu.


“Don’t worry sayang. Erm..geram pulak I tengok you harini.Makin hari makin cantik sayang” jari jemari Nazirul sudah bermain di leherjinjang milik Hana namun ditepis manja oleh wanita itu.


“Baby..pejabat ni kan..control sikit. Gelojoh” ujar Hanasambil tergelak. Kadang-kadang dia menoleh ke arah luar bilik untuk memastikantiada staf yang melihat kelakuan mesra mereka berdua.

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 01:10 AM | Show all posts
alahai.. kesian nyer damia...
x patot diorg buat cmtu...

errr, nnt smbg n3 pjg2 sket yea...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 08:20 AM | Show all posts
indah91 posted on 6-4-2013 03:49 PM
Kesian kan kat Damia. Huhu

Tulahkn...sian dia...dahlah takda sesapa....

Takkan ciput jek?....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2013 05:39 PM | Show all posts
mawar65 posted on 7-4-2013 01:10 AM
alahai.. kesian nyer damia...
x patot diorg buat cmtu...

kannn..sedih kannn......huhu
InsyaAllah malam ni update byk2. heee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2013 05:40 PM | Show all posts
sellie003 posted on 9-4-2013 08:20 AM
Tulahkn...sian dia...dahlah takda sesapa....

Takkan ciput jek?....

Tulaaaaa..sian kat Mia..

Malam ni insyaAllah update pnjg2. Tgu keyyy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2013 12:53 AM | Show all posts
Selesai mengemas apa yang patut selepas makan malam, Damiamelangkah masuk ke dalam biliknya seperti biasa. Pintu bilik dikuak dankelihatan Nazirul sedang duduk di birai katil. Damia hairan. Apa pula yangsuaminya buat dalam bilik ni.


Damia terus melangkah duduk di sebelah suaminya. Diamemandang wajah lelaki itu dengan perasaan bimbang. Namun seperti biasa takkira bagaimana layanan Nazirul terhadapnya, Damia pasti akan melayannya denganbaik.


“Mia..Naz rasa macam bersalah sangat dengan Mia. Kitamulakan hubungan kita semula boleh?”


“Hah??” soalan Nazirul tadi membuatkan Damia terpinga-pinga.Betul ke apa yang baru saja didengari ini? Suaminya kini mahu mengubah keadaanrumah tangga mereka.


“Sayang..Naz nak kita hidup macam suami isteri. Naz tausemua salah Naz. Hana pun bukan orang yang Naz mahu tapi Mia” luah Nazirulbersungguh-sungguh.


Damia memberanikan diri meletakkan tangannya diatas dahilelaki itu.


“Naz demam ke?” soal Damia pula.


“Naz sayangkan Mia” Nazirul bersuara dan lantas memeluktubuh isterinya itu.


Perbuatan Nazirul membuatkan Damia tergamam. Benarkah semuaini atau dia hanya bermimpi? Inilah saat yang dia tunggu.

Damia meleraikan pelukan mereka. Dia berdiri menjauhisuaminya itu. Bukan senang untuk melupakan apa yang telah terjadi antaramereka.


“Mia sayang.. I’m sorry” Nazirul memandang dengan penuhharapan wajah isterinya itu. Seketika itu dia menghadiahkan satu kucupan ikhlasdi dahi gadis itu.


Damia dapat merasakan keikhlasan yang terbit dari hatilelaki itu. Senyuman mula terukir di bibirnya dan menyembamkan mukanya di tubuhsuaminya. Inilah saat bahagia dalam hidupnya. Nazirul kini dapat menerimanyasepenuhnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2013 12:54 AM | Show all posts
Sejak dari itu, mereka hidup bahagia. Berakhir semua kisahsedih Damia. Sarah juga senang mendengar perkembangan hubungan rumah tanggarakannya itu.


Damia berdiri dan menggeliat seketika. Sudah sejam diamengulangkaji pelajaran. Pejam celik pejam celik kini dia akan menghadapipeperiksaan akhir pada esok hari. Dia melihat ke sebelah kanannya. Sarah jugasedang sibuk menelaah pelajaran. Masing-masing tak mahu mendapat keputusanteruk pada semester pertama. Ada lima semester lagi yang harus ditempuhi untukmendapatkan ijazah dalam pendidikan matematik.



Mia sayang turun bawahkejap

Mesej dari suami tercinta ditatapnya. Hatinya berbungariang. Lekas dia mengambil selendang dan disarungkan di kepala sebelum bergegaske bawah blok.


“This is for you”


“Banyaknya bunga Naz” balas Damia selepas melihat satujambangan bunga yang besar di tangan lelaki itu.


“Untuk Mia lah. Good luck exam esok tau” ujar Nazirul lagidengan bersemangat. Senyuman manis dihadiahkan kepada gadis itu.


“Thanks. InsyaAllah”


“Mia habis exam kita balk kampung jenguk nenek ye” pesanNazirul sebelum mengundur diri. Tak mahu mengacau masa belajar isterinya itu.Tambahan pula esok dia ada mesyuarat penting di tempat kerja.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-4-2013 01:07 AM | Show all posts
Dua minggu berlalu. Peperiksaan akhir pun sudah selesai.Nazirul membawa Damia pulang ke kampong untuk beberapa hari dan bercuti disana.


“Apa khabar nek? Mia baru selesai periksa kelmarin” Damiamemulakan bicara mereka berdua sesame perempuan. Nazirul sudah pun keluar untukmencari makanan untuk hidangan makan malam mereka.


“Nenek macam ni la nak. Kadang-kadang tu sihat. Macammana..boleh jawab tak cucu nenek ni?”


“Alhamdulillah nek. InsyaAllah okey semuanya”


“Nenek rasa bersyukur sangat temukan Mia dengan cucu nenektu. Sebab Mia dia dah rajin balik ke sini. Perangai pun dah semakin baik” NekJah berkata. Syukur apabila melihat sendiri kebahagiaan cucunya itu dan legaapabila Nazirul sudah menjadi lelaki yang baik. Tidak lagi bersikap kurangajar.


“Bukan sebab Mia..dia sendiri yang nak berubah nek. Baiksebenarnya cucu nenek ni. Mia bahagia sangat” balas Damia. Mungkin benar keranadirinya itu Nazirul sudah berubah dan rajin pulang ke kampong untukbertemu  neneknya itu.


p/s : So far macam mana ? Okeyy tak. Heeee
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 05:13 AM | Show all posts
Naz ni ada udang sebalik batu..tu yg baik sgt2 dgn Mia
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 08:35 AM | Show all posts
yeay.. da ade smbgn...

errr, naz nie btol2 da berubah ker?? ntah2 pura2 jer...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 09:24 AM | Show all posts
tuh la kan...rasa mcm hipokrit lak laki damia nih...entah2 dia mahukan pertukaran nama ke atas harta2 nenek dia tuh...kalo gitu plannya...kasihan sgt dekat damia...huhuhuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.089867 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list