CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4852|Reply: 58

Menteri Besar Tganu bertitah...

[Copy link]
Post time 20-3-2013 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengarahkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana imam di bawahnya yang menjadi penceramah kepada parti pembangkang.
Beliau berkata perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku kerana imam terbabit bertugas dengan kerajaan dan sepatutnya mengikut dasar kerajaan negeri.
Sehubungan itu, beliau akan mendapatkan laporan daripada Maidam berkaitan dakwaan terdapat sesetengah imam berceramah bagi pihak pembangkang.
"Kita harap Maidam dapat ambil tindakan kepada imam yang terlibat kerana mereka ini tidak seharusnya melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.
"Imam yang bekerja dan mendapat gaji daripada kerajaan, dan pada masa yang sama menentang kerajaan dengan berceramah di pihak pembangkang, adalah satu perbuatan yang keterlaluan," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kijal pada Ahad.
Minggu lepas, Pesuruhjaya Agama Maidam Datuk Mohd Rozali Salleh mendedahkan menerima laporan beberapa imam kerajaan berceramah bagi pihak pembangkang di beberapa masjid di daerah seperti Besut dan Kuala Terengganu.
Ahmad berkata imam adalah orang yang sepatutnya menjadi contoh serta mengajak umat Islam ke arah perpaduan, dan jika mereka terpengaruh dengan sikap pembangkang seperti PAS, ia akan menjurus kepada lebih banyak perpecahan kerana parti itulah menyebabkan umat Islam berpecah-belah ketika ini.
Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata rakyat tidak akan mendapat sebarang faedah jika menyokong PAS yang hanya pandai menabur janji kosong serta dengan mudah menuduh kerajaan memberi BR1M sebagai umpan pilihan raya.

dipetik dari : http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/3/17/mstar_berita/20130317193310&sec=mstar_berita  

dan ini jawapannyer....

Mungkin MB Terengganu kita tak faham kot. Nak habaq sikit.

1. Kakitangan awam bekerja dengan kerajaan malaysia. Bukan kerajaan bn.

2. Ya, parti bn menang pru. Jadi mereka dilantik urus pentadbiran negara.

3. Itu bermaksud BN dilantik uruskan pentabdbiran. BN itu sendiri masuk ke dalam pentadbiran kerajaan. Bukan malaysia yang kena masuk dalam pentadbiran BN.

4. Itu bermaksud dasar kerajaan mewakili malaysia mewakili rakyat malaysia la.

5. Dasar kerajaan bukan bermaksud dasar bn. Tak sama. Tak betul. Tak tepat.

6. Tak dinafikan bn wujudkan dasar2 bodoh agar dasar2 itu melindungi kepentingan mereka dalam kerajaan.

7. Namun sebagai rakyat, dasar2 bodoh plus zalim tidak menjadi kewajipan untuk kita patuh dan turut. Ia termaktub dalam islam. Hujah ko tak boleh celen hujah Allah. Sorry.

8. Kakitangan kerajaan hanya perlu focus dan tumpu melaksanakan kerja2 mereka ketika sedang melakukan tugas. Time bekerja.

9. Apa pun yang mereka nak buat selepas waktu bekerja adalah menjadi hak mereka sepenuhnya.

10. Sesiapa pun tak boleh kawal dan tak patut sibuk.

11. Dorang bukan berkempen dan berceramah time bertugas. Kalau gitu boleh la ko marah dan bengang. Kurang ajar punya imam. Aku suruh jadi imam dia ponteng kerja plak.

12. Jangan pandai2 menyatukan dasar bn = dasar malaysia. Dasar bn = sudah tentu bias ke bn. Sampai mampos la kita tak boleh undi selain dari bn kalau ini peraturan yang ko guna. Siapa jamin korang adil sampai bila2? Sekarang pun dah terbukti korang tak adil. Lagi mao paksa orang sokong ke? Kita tak betul satu hal. Then kita paksa orang sokong kita walaupun kita tahu kita tak betul, logik ke?

Tak logik le.

Sebab tue buat tindakan keji.

Yang sebenarnya nak ugut. Dia tahu jika dia biarkan imam2 neh berkempen secara terbuka dan berani menyatakan sokongan terhadap pas, maka selepas ini lebih ramai penjawat awam akan melakukan hal yang serupa. Akan sampai ke satu peringkat yang dia sendiri tak boleh bendung dan kawal.

Ini juga membuktikan mereka sedar mereka sudah tiada sokongan. Hanya penipuan je boleh selamatkan mereka untuk terus berkuasa. Ini la matematik mudah. Kita dah lama faham. Hanya umno je sindrome in denial ma.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2013 02:56 PM | Show all posts
Tak boooo baaaaa lagi ni memang sah salah Anwar!
Harakahdaily,  20 Mac 2013  

KUALA LUMPUR: Ekoran khabar angin Parlimen dibubarkan hari ini tidak menjadi, tersebar juga mesej, "Ini semua salah Anwar" kerana apa-apa saja yang berlaku di negara ini semuanya salah Anwar.

Sejak pagi tadi, khabar angin tersebar kononnya Parlimen akan dibubarkan hari ini. Malah ada yang mengatakan, Perdana Menteri akan mengumumkan pembubarannya tepat 12.35 tengahari.

Ini ekoran berita bergambar konvoi kenderaan PM memasuki Istana Negara jam 8.31 pagi tadi.

Berita angin Parlimen akan dibubarkan hari ini, 20 Mac tersebar sejak beberapa hari lalu.

Menurut berita angin itu, penamaan calon akan berlangsung 30 Mac manakala pilihan raya akan berjalan pada 13 Mac nanti.

Namun dengan berlalunya masa-masa yang disebutkan itu, Parlimen tidak lagi dibubarkan hari ini.

"Tak boooo baaaaa lagi ni memang sah salah Anwar!! Boooo baaaaa lah," tulis Khalid Samad, anggota Parlimen Shah Alam dalam Twitternya.

Tepat jam 1.00 tengahari tadi, Pejabat Media Perdana Menteri Malaysia (gambar atas) menyebarkan maklumat melalui Twitter memaklumkan khabar angin yang menyatakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, oleh Perdana Menteri tidak benar sama sekali.

Bagaimana pun menurut sumber, mesyuarat Kabinet Malaysia yang berlangsung hari ini adalah mesyuarat kabinet terakhir untuk penggal ini.

Harakahdaily dimaklumkan, tidak ada sebarang kertas Kabinet diluluskan sebagaimana biasa.

Beberapa hari lalu, Najib bersama timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin mengadakan perbincangan marathon dengan ketua-ketua BN setiap negeri dari seluruh negara.

Menurut sumber, muka Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said paling masam sebaik sahaja keluar dari perbincangan itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2013 03:09 PM | Show all posts
ahaha...menteri besar tk cukup akai..negeri kayo tp kasik kt org luar je melambak hasil...

bodo piang...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 03:10 PM | Show all posts
bila MB kapal layar moksom cup berceramah jelas nampak IQ nye yg rendah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2013 03:13 PM | Show all posts
MB Terengganu takut kepada imam-imam masjid?

Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi,

19 Mac 2013

Sikap ‘gelabah’ dan ‘ketakutan’ Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said terserlah sekali lagi apabila beliau bertindak mengecam imam-iman masjid yang dikatakan menyokong Pakatan Rakyat. Ketika berucap di majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Kemaman, beliau berkata perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku kerana imam terbabit bertugas dengan kerajaan dan sepatutnya mengikut dasar kerajaan negeri. Beliau juga berkata, imam adalah orang yang  sepatutnya menjadi contoh dan jika mereka terpengaruh dengan sikap pembangkang seperti PAS, ia akan menjurus kepada lebih banyak perpecahan kerana parti itulah menyebabkan umat Islam berpecah-belah ketika ini.
   
Sehubungan dengan itu, beliau juga telah mengarahkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) agar mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana imam di bawahnya yang dikenal pasti menyokong pembangkang.  Beliau berkata; "Kita harap Maidam dapat ambil tindakan kepada imam yang terlibat…Imam yang bekerja dan mendapat gaji daripada kerajaan, dan pada masa yang sama menentang kerajaan dengan berceramah di pihak pembangkang, adalah satu perbuatan yang keterlaluan".

Amaran dan kecaman Menteri Besar Terengganu terhadap imam-imam yang tidak menyokong pimpinan beliau bukanlah suatu yang mengejutkan. Beliau juga kini dilihat terlalu gelabah dan amat bimbang dengan sikap ramai kalangan penjawat awam yang secara terbuka mengkritik kepimpinan beliau. Ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Pegawai Tadbir Negeri (TCS) pada tahun lepas, beliau berkata; “Penjawat awam dilantik oleh kerajaan yang memerintah pada hari ini. Mereka perlu menghormati dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan tanggungjawab, bukan bertindak hentam kerajaan...dan wujudnya kerajaan hari ini adalah hasil kejayaan Umno/BN dan bukannya bergantung kepada mana-mana
pihak”.

Ya, memang menjadi etika setiap Penjawat Awam termasuk para Imam-imam dalam sistem demokrasi di mana-mana negara sekalipun agar mereka menjalankan tugas secara telus dan beramanah kepada ‘government of the day’ atau ‘kerajaan yang memerintah’. Akan tetapi, para-para Imam juga bertanggungjawab melaksanakan tuntutan ’amar makruf nahi mungkar’ dengan menolak kemungkaran, salah guna  kuasa dan rasuah lebih-lebih lagi yang dilakukan oleh mereka-mereka yang diberikan amanah untuk memimpin.

Namun yang lebih penting, mana-mana kerajaan yang memerintah tidak boleh sekali-kali memaksa mana-mana Imam dan Penjawat awam untuk menyokong dan mengundi mereka dalam pilihanraya. Mereka mempunyai hak dan kebebasan untuk memilih mana-mana parti dan wakil rakyat yang diyakini boleh memimpin menjadi kerajaan. Ini adalah hak ‘berpolitik’ mereka yang tidak boleh diganggu-gugat oleh mana-mana pihak termasuk Menteri Besar sendiri.

Cuma di negeri Terengganu ‘Darul Iman’ ini,  timbul persoalan besar, apakah Imam-imam yang dilantik oleh kerajaan Umno/BN sahaja yang diminta untuk menjalankan tugas secara telus dan  beramanah? Bagaimanakah pula dengan pemimpin-pemimpin Umno/BN yang telah diberikan amanah untuk memimpin kerajaan Terengganu dan dilantik oleh rakyat setiap empat atau lima tahun melalui peti undi dan pilihanraya? Apakah mereka juga tidak terlepas daripada menjalankan tugas dengan telus dan beramanah?

Di Terengganu, semua kalangan kini sedang menilai dengan teliti corak kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said serta kerajaan Umno/BN yang memerintah. Setiap Imam dan Penjawat Awam Terengganu mampu membuat pertimbangan dengan jelas prestasi dan legasi kepimpinan Menteri Besar Ahmad Said dan kerajaan Umno/BN yang memerintah sekarang.

Lihat sahajalah bagaimana kehidupan golongan rakyat bawahan yang rata-rata miskin dan hidup bergantung kepada ‘subsidi’. Sebaliknya hasil kekayaan Terengganu banyak mengalir kepada mereka yang berkepentingan dan pembaziran yang amat ketara. Sebagai contohnya, pembangunan ‘tempang’ yang hanya mementingkan ‘untung’ semata-mata telah mengakibatkan satu demi satu perkampungan tradisi masyarakat Melayu di bandar seperti di Tanjung, Paya Keladi, Ladang dan kini di Cabang Tiga hilang dalam sekelip mata. Rasuah dan salah-tadbir juga telah mengakibatkan Stadium Sultan Mizan yang bernilai hampir RM300 juta runtuh dan tidak dapat digunakan sehingga sekarang.

Begitu juga dengan perbelanjaan tahunan di bawah kepimpinan Menteri Besar Ahmad Said yang dilihat ‘berbelanja mewah’ dengan perbelanjaan tahunan memelihi RM2 bilion setiap tahun. Apakah bajet besar ini telah banyak memberi manfaat kepada rakyat Terengganu yang rata-rata miskin dan masih mengharapkan bantuan kebajikan dann dana khas? Pada waktu yang sama mereka-mereka yang miskin ini juga terpaksa menanggung bebanan kos kehidupan harian yang amat memeritkan mereka dan keluarga.

Ya, setiap empat atau lima tahun ‘rakyat’ yang akan menjadi penentu. Pilihanraya dan demokrasi jugalah yang akan menentukan siapa dan parti manakah yang akan memegang tapuk pemerintahan negeri Terengganu ‘Darul Iman’ ini. Saya yakin setiap penjawat awam termasuk imam-imam yang mempunyai sifat terpuji seperti amanah dan bertanggungjawab tidak akan menyokong dan memilih mereka yang korup, angkuh, bobrok, dan rakus dalam kepimpinan dan pentadbiran mereka.
  
Penulis ialah Penolong Setiausaha Agung PAS merangkap Adun Batu Burok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2013 03:14 PM | Show all posts


cantik kopiah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-3-2013 03:16 PM | Show all posts
kesah lama nih...tkpola kasik refresh..takut sesangat mamat ni...hehehe..

Rafizi desak menteri besar jawab isu skandal balak Terengganu

Oleh Nomy Nozwir
February 26, 2013

PETALING JAYA, 26 Feb — Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli, mendesak Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, menjawab isu skandal penyelewengan dan rasuah dalam pengurusan balak di negeri itu.

Rafizi pada melancharkan National Oversight & Whistleblowers (NOW) centre (Pusat Negara Pemantauan & Pemberi Maklumat) di Sungai Besi, 30 Aug 2012. — Gambar fail Choo Choy MayBeliau mendedahkan modus operandi wang rasuah bersabit balak di Terengganu, yang melibatkan 12 syarikat pembalakan yang dipaksa memeterai satu perjanjian pembelian saham dengan proksi untuk membeli sebuah syarikat bernilai RM2.

“Satu perjanjian ditandatangani pada 28 Disember 2011, agar syarikat-syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli sebuah syarikat dormant bernama Berkat Seribumi Sdn Bhd yang mempunyai saham berbayar RM2 sahaja,” kata Rafizi menerangkan isu tersebut di ibu pejabat parti hari ini.

Menurut Rafizi, syarikat itu dijual dengan harga yang cukup tinggi dan tidak berpadanan dengan aset dan kedudukan syarikat yang tidak mempunyai sebarang aktiviti perniagaan.

“Wang dari jualan tersebut disyaki disalurkan kembali kepada orang-orang tertentu yang mempunyai pengaruh untuk menentukan hak membalak,” kata Rafizi lagi.

Beliau juga berkata, media milik Umno dan Barisan Nasional (BN) jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita penyelewengan balak di negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) seperti Kedah dan Kelantan, sedangkan kes rasuah balak di Terengganu lebih besar dan lengkap beserta dengan bukti.

Turut bersama Rafizi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, yang mula-mula membongkarkan skandal balak di negeri tersebut.

“Apa yang berlaku di Terengganu ialah ‘daylight robbery’, hasil kekayaan negeri Terengganu dikaut oleh kroni-kroni,” kata Dr Syed Azman dalam sidang media tersebut.

“12 syarikat terpaksa membeli syarikat RM2 dengan harga RM2.5 juta. Cuba bayangkan RM2.5 juta didarabkan dengan 12?”

Menurut Rafizi, pada 17 Julai tahun lalu, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu mengeluarkan surat kelulusan membalak kepada sebuah syarikat bagi kawasan seluas 1,000 ekar di Hutan Simpan Hulu Setiu.

“Keputusan itu diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Mengambil Hasil Hutan yang dipercayai dipengerusikan sendiri Datuk Seri Ahmad Said,” katanya lagi.

Pihaknya juga berjaya menjejaki penama dan syarikat yang terbabit dengan urusniaga pembelian saham, dimana satu perjanjian dikeluarkan kerajaan negeri Terengganu agar syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli Berkat Seribumi.

“Bukti-bukti ini akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu menjelang pilihan raya umum ke-13, sementara menunggu jawapan rasmi dari beliau dan keseluruhan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional,” kata Rafizi lagi.

Beliau juga berkata, media milik Umno dan Barisan Nasional jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita penyelewengan balak di negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti Kedah dan Kelantan, sedangkan kes rasuah balak di Terengganu lebih besar dan lengkap dengan bukti.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 03:31 PM | Show all posts
Menurut Rafizi, pada 17 Julai tahun lalu, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu mengeluarkan surat kelulusan membalak kepada sebuah syarikat bagi kawasan seluas 1,000 ekar di Hutan Simpan Hulu Setiu.


bab ni tak faham ...apa hal kerajaan negri sendiri tak membuat pembalakan ...wajib ke lantik syarikat untuk membalak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2013 03:40 PM | Show all posts
yg ni je la nampaknyer...

Beliau juga berkata, media milik Umno dan Barisan Nasional jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita penyelewengan balak di negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti Kedah dan Kelantan, sedangkan kes rasuah balak di Terengganu lebih besar dan lengkap dengan bukti.


depan mata penuh taik..gini la jadinyer...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 04:18 PM | Show all posts
kalo sehari xbuat fitnah mmg diaorg xsenang duduk kot..rasa mcm ada benda terbakar jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2013 04:28 PM | Show all posts
Begitu juga dengan perbelanjaan tahunan di bawah kepimpinan Menteri Besar Ahmad Said yang dilihat ‘berbelanja mewah’ dengan perbelanjaan tahunan memelihi RM2 bilion setiap tahun. Apakah bajet besar ini telah banyak memberi manfaat kepada rakyat Terengganu yang rata-rata miskin dan masih mengharapkan bantuan kebajikan dann dana khas? Pada waktu yang sama mereka-mereka yang miskin ini juga terpaksa menanggung bebanan kos kehidupan harian yang amat memeritkan mereka dan keluarga.


perghhh...2 bilion setawon...mana la pi duit ni yer...
rakyat tganu cam gitu gak...
sonot sungguh mereka menghabiskan duit royalti utk kepentingan sendrik..

apo lai owang tganu...tk terbukak pintu hati lagi ka...?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 04:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 04:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 04:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 04:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 04:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2013 04:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 04:56 PM | Show all posts
siapakah Wan Ismail Wan Ahmad?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 04:59 PM | Show all posts



KOTA BHARU: PAS kini dilihat semakin lari daripada perjuangan asal parti untuk menegakkan Islam selepas bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, kata bekas setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan Wan Ismail Wan Ahmad.

"Buktinya ketika ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sebut mengenai Hudud dan hanya sentuh mengenai negara berkebajikan sebab (wakil) DAP dan PKR ada. (Abdul Hadi) kena fikir mengenai wakil-wakil pembangkang ini juga," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.

Laporan akhbar pada Sabtu melaporkan usaha PAS untuk melaksanakan hukum hudud jika pembangkang menang pilihan raya umum ke-13, menjadi tanda tanya apabila Abdul Hadi langsung tidak menyentuh mengenai perkara itu dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini, Jumaat.

Sebaliknya, Abdul Hadi dalam ucapannya selama kira-kira dua jam itu menekankan kepada persiapan jentera parti menghadapi pilihan raya umum untuk memastikan PAS memenangi sebanyak mungkin kerusi yang ditandinginya.

Ismail yang juga antara pengasas PAS, berkata hukum hudud yang cuba dilaksana PAS hanyalah untuk mengaburi mata rakyat kerana apa yang digariskan parti itu mengenai hukuman jenayah Syariah dilihat banyak bercanggah dengan prinsip pelaksanaan yang terkandung dalam Islam. Ismail berkata Islam menegaskan untuk mengemukakan empat saksi, bagaimanapun ia terikat dengan beberapa kriteria yang perlu diambil kira sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan kepada pesalah.

"Antara syarat itu ialah saksi berkenaan mestilah beragama Islam, mukallaf dan akil baligh serta orang yang tidak pernah melakukan dosa besar dan tidak kekal membuat dosa kecil.

"Sekarang mana nak cari orang yang macam ini (orang yang tidak pernah melakukan dosa besar dan tidak kekal membuat dosa kecil) untuk menjadi saksi?" katanya.

Ismail berkata langkah yang diambil oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak menyokong hukum hudud yang cuba dilaksanakan PAS adalah tepat kerana ia sememangnya bercanggah dengan hukum Islam.

"Saya difahamkan Dr Mahathir (ketika menjadi perdana menteri) ada hantar surat kepada (Menteri Besar Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat), kata ada dua perkara bercanggah dengan hudud yang PAS nak buat. "Contohnya kes mencuri, orang Islam kena potong tangan tapi bukan Islam kena hukuman macam mana, sedangkan hukum Allah kena adil (ketika menjatuhkan hukuman).

"Satu lagi apabila perempuan tak ada suami, tapi mengandung sebab kena rogol. Masa sama tak ada bukti nak tunjuk dia mengandung sebab dirogol kerana tiada empat orang saksi, maka perempuan itu kena tuduhan zina dan kena sebat 100 kali," katanya.Isu pelaksanaan hukum hudud kembali hangat diperkatakan apabila Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Harun Taib selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS ke-51 Jumaat lepas dilapor berkata PAS telah bersetuju untuk melaksanakan dasar Islam, termasuk syariat Islam dan hukum hudud sekiranya berjaya mentadbir negara.

Harun berkata pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksana sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.

Bagaimanapun, kenyataan Harun itu disanggah Pengerusi DAP Karpal Singh dan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw yang dilapor berkata mereka tidak tahu bagaimana boleh timbul isu hukum hudud dipersetujui pakatan pembangkang, sambil menegaskan DAP hanya menerima kedudukan agama Islam seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2013 05:13 PM | Show all posts
akughi posted on 20-3-2013 04:59 PM
KOTA BHARU: PAS kini dilihat semakin lari daripada perjuangan asal parti untuk menegakkan Isla ...

elo bang...apo kono ni bang...jauh menyimpang nih...

hudud ni seme da tau apo kes nyer...tkyah la ko nk meroyan lebih2...

ni tahap gaban punyer konar nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.070478 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list